Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 18 May 2011

NASI LEMAK HIJAU PANDAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera

Nasi lemak hijau pandan? Pelik ke bunyi nya? Pelik tetapi benar.. Macam nasi lemak biasa je tapi warna nasinya hijau. Warna hijau yang terhasil datangnya dari air pandan yang dimasukkan semasa memasak nasi lemak ini. Bau harum pandan pun lebih dari biasa.


Tak ada mood nak tulis panjang lebar ni. Terus sahaja kepada resepinya yer.

NASI LEMAK HIJAU PANDAN
Resepi Oleh : Naz's COSK

Bahan-bahan :
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air daun pandan (4 helai daun pandan, dipotong-potong pendek dan dikisar dengan 2 cawan air. Kemudian tapis dan dapatkan 1 cawan air daun pandan ini)
  • 1 inci halia - diketuk
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
  • 2 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras bersama semua bahan lain ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa. Pastikan sukatan air mengikut sukatan beras anda.
  3. Setelah masak, hidangkan bersama sambal tumis sotong atau sambal tumis ikan bilis, telur rebus atau telur mata kerbau, hirisan timun atau kangkung celur dan juga ikan bilis goreng.



SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Naz

Nasi lemak ni kalau makan memang terangkat, nak2 kalau kena sambal yg power lagi lah sedap. K.ct belum pernah cuba baut nasi lemak pandan, tapi insyaAllah akan cuba juga satu hari nanti guna resipi dari Naz ni. ianya lain kan sangat berbeza :DD

Kak Rose said...

Salam Naz, terasa nak tumpang bekpes kat sini lak... harum sampai shah alam nih!

Bungadamia said...

eh sama pulak bekpes kita...fiza buat semalam..betul tu bau nasi ni lagi wangi dari yg biasa tu..mabeleskan...

izahdaut said...

kak naz.. da sihat ke tu? dah sihat la kan dah leh makan nasi lemak.

saya pernah jugak buat nasi lemak gini.. tapi resepi kak hanieliza.. sedap

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz...
pasti wangi kan nasi nie... tgk pun dah tau sedap.. diana belum perna lg masak nasi nie.. boleh try nnt nie

tun_telani said...

kak naz.. smp bintulu dh bau harum dia nii.. sedapnyer.. tiba2 terasa nk mkn nasi lemak laa pulak. tolong tapaukan ye.. nnti tun nk gi amik =)

EmbunRosaliza said...

assalam naz..sedapnya nasi lemak tu

HomeKreation said...

Salam Naz. Tak lama lagi kita pun kena buat nasi lemak ler sbb anakanda yg sulong nak balik, dia tu hantu nasi lemak....hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...