Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 4 May 2011

GULAI AYAM KERING SANTAN


Assallamualaikum dan salam sejehtera.

Bila tengok gambar gulai di atas tu, mesti ramai yang menyangka itu lauk ayam masak lemak cili padi kan. Naz pun bila terpandang gulai ni di rumah UIL(uncle in law) hari tu pun ingat lauk lemak cili padi rupanya bukan. UIL Naz bagi tau ni gulai ayam kering santan. Jangan tanya Naz ye kenapa nama dia macam tu sebab UIL Naz ni pun tak beri penjelasan lanjut.

Naz pun tanya je la resepi gulai ni. Senang je kata UIL. Bahan-bahannya ialah ayam, sedikit bawang merah dan bawang putih, halia yang banyak, asam keping dan sedikit serbuk kunyit serta santan. Masukkan saja semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga ayam empuk. Masukkan sebatang cili merah yang dihiris sebelum menutup api. Senang jer kan. 

Resepi ni katanya kegemaran arwah bonda dia semasa hayat ada dulu. Selalu arwah ni masakkan gulai ni bila UIL Naz ni balik ke kampung. Naz ubah sikit cara penyediaan gulai ini sebab nak letak kentang di dalam kuahnya. Kentang kan kegemaran orang di rumah ni.... Resepi yang sesuai untuk anak-anak sebab tak pedas.

GULAI AYAM KERING SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2-3 inci halis - dihiris memanjang
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan santan pekat dan hirisan cili. Tunggu seketika hingga menggelegak. Rasakan garamnya.  Matikan api. Hidang dengan nasi panas.
  3. Rasa gulai ni sepatutnya sedikit masam. 
SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

Cendana Kasih said...

waaa..selera sungguh nampak lauk ayam tu yer.. meh tukar ngan lauk masak merah nak tak??

Dapat ku rasa kemasaman gulai ni..errmm...teringin la plak..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

ni akak datang melawat..nak mintak wat lauk malam ni...

HaSue said...

wooo kak naz.. pandai uncle akak masak yer..kretip je kan..mmg nampak menyelerakan la kak.. ni nk baling kerepek cam piring terbang nih..kang anto semangkuk ayam tu guna kapal selam ye kak..(sebab sarat berisi)haha..

Kak Rosaliza said...

assalam naz..akk pun ingat lomak cili padi..nmpk sedap sangat ayam tu

Mas said...

akak...sedappnya tengok ayam tu..
anak2 mas suka lauk gini...
senang masak kan....
campak jerk semua bahan dalam periuk..he..he..
eehh..pinggan arcopal tu sama la macam pinggan arcopal mas....dah 11 tahun mas guna..tahan kan pinggan tu....

lina_pg said...

naz,gulai ayam ni kalau guma ayam kampung mesti lagi sedap kan?tengok pun dah sedap tuu

Ayu said...

wah kalau naz tak cakap memang confirm akak ingat lemak padi..tengok bahan2 cili sebatang aje..dan memang confirm lagi tak pedas..boleh cuba ni next time..

nOOrsha said...

salam kak..gulai ayam gini klo dpt pedas2 sket sedap ni...fyuh terliur tgk pic!~ yummyyyy...!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...