Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Baru 4 hari lepas ulangtahun kelahiran anakanda Haris yang ke 10. Hari ini (10/5/2011) pula merupakan ulangtahun pertama anakanda Maisarah Hani. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka, sudah setahun keluarga kami ditambah kegembiraannya dengan kehadiran Hani.
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kehadrat Illahi atas kurniaanNya dan anugerahNya kepada kami di muka bumi ini. Juga bersyukur atas peluang yang diberi olehNya untuk membesarkan seorang lagi permata hati kami suami isteri sehingga menginjak usia setahun hari ini.
"Anakanda Maisarah Hani, sekiranya anakanda membaca coretan ini satu ketika nanti, ingin ummi maklumkan yang ummi tak mampu memberi segunung intan permata buat anakanda atau mengadakan hadiah yang mahal-mahal pada ulangtahun kelahiran anakanda. Tapi apa yang pasti, dengan izin Allah SWT, ummi akan terus memberikan kasih sayang yang tiada tolok bandingnya kepada anakanda selagi hayat dikandung badan."
Untuk semua anakanda-anakandaku, Muhd. Haris, Maizatul Husna dan juga Maisarah Hani..ummi dan ayah akan terus menyayingi anakanda semua selagi diberi peluang olehNya. Seperti kata Dato' Dr. Fadzilah Kamsah yang amat ummi setuju sangat :
We will always love all of you differently (because all of you are different persons) but of course as much as each other..
SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU MAISARAH HANI..
Semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan juga di akhirat.. Insyallah..
16 comments:
slmt hr lahir utk si comel maisarah hani!tunjuk gigi..alala pandainyer dia..:)
Tarikh lahir yg sama dengan anak akak...selamat hari lahir Maisarah...
selamat hari lahir Maisarah,semoga panjang umur..cutenya maisarah ni..
selamat ulgtahun kelahiran buat maisarah hani..semoga membesar menjadi ank yg solehah dunia akhirat...kasihilah ibubapamu seperti mereka mengasihimu..
cubit2 pp dia..dah beso ank dara sorg nih..hehe
Assalam naz...selamat ulang tahun maisarah hani ya..sekejap je masa berlalu..comel je, semoga maisara membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat
Hepi besday maisara. Semoga jadi anak yang solehah.
pssttt maisara dah ada boypren ke belum?
Selamat Hari Jadi buat Maisara yg comel ni...alahai comel betul...suker tengok...auntie Nur cubit sikit boleh tak??
happy birthday maisarah yang sangat comeiii ni...
moga menjadi anak yg solehah....
Assalamulaikum Naz
alololo.. sangat comel maisarah hani. gigi ada 4 sangat cute nya. geramnya nak cubit2 pipi tu..hihihi
happy birthday my sweety maisarah hani... muahhhhh!!!
happy bday maisarah
comelnya dgn gigi 4 batang tu..huuiihhh....dah lama tak ngentel budak kecik..hehe
aummm chakkkk ala dak tomeiii punya birthday ker... terlebih dulu tahniah buat mama yg melahirkan anak yg comel nii semoga doa ibu menjadi nyata...tahniah buat kalian berdua semoga bahagia..dan sihat selalu..
selamat hari lahir maisarah.. alah comelnye die kat pic bawah skali tu..hehe..rase nak cubit2... :)
hepi befday gegurl..moga jd ank yg solehah..meh dkt skit mokcik nk bg kiss 1 more..hehe
wah...happy besday yer maisarah....jd annak soleh tau!
Salam Maisarah Hani...
selamat hari lahir... comel la dia senyum sampai nampak gigi... :)semoga Maisarah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah, amin.
Tq aunty-aunty semua atas ucapan dan doa...
Bagi pihak: Maisarah Hani :))
Post a Comment