Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, May 16, 2011

AYAM GORENG SOS PLUM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah....blogspot dah kebah dari demam..heheheee.. Entry yang kena telan (terpadam) pun dia pulangkan balik. Cuma komen-komen di ruangan komen dah terpadam nampaknya. Semua blogger mengalami nasib yang sama nampaknya. Orang lain semua berlumba-lumba mengupdate blog masing-masing nampaknya. Naz jugak yang nak kena ambil balik "mood" untuk mengupdate blog semula.. Maklumlah dah beberapa hari cuti..heheheeee..

Okey, ni menu yang tertangguh entrynya. Maklumlah cuti beberapa hari ni dengan masalah blogspot dan juga dengan kemalasan diri sendiri heheheeee...


Resepi asal dari blog Diana @ Melley Mey : Sky Blue's Kitchen. Nampak resepi ni beberapa kali ditayangkan di blog Mas. Naz buat tak ikut resepi asal sepenuhnya sebab ikut tahap kerajinan dan juga ikut barang-barang yang ada di dapur rumah. Ubah suai sendiri biar kena dengan selera orang di rumah ni. Untuk resepi asal, boleh klik pada nama Diana dan Mas di atas tu yer. Rasanya di blog Kak Nor(Secubit Garam) pun ada kan. Boleh la ke blog kak Nor ni selongkar sendiri yer..

AYAM GORENG SOS PLUM
Oleh : Naz's COSK

Bahan-bahan perap :
  • 2 keping dada ayam - dipotong kecil dan dicuci*
  • 2 sudu besar tepung jagung*
  • 2 sudu besar sos lada hitam*
  • 1/2 sudu teh garam*
* Semua bahan bertanda * di atas, digaul rata dan perap seketika.
  • 2 biji kentang - dikupas kulitnya dan dihiris
  • 1 biji mangga separa muda - dipotong  kiub(boleh juga diganti dgn kiub-kiub nenas)

Bahan-bahan [A] :
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia*
  • 3 tangkai cili merah*
* Semua bahan bertanda * di atas ditumbuk atau dikisar. 

Bahan-bahan [B] :
  • 6 sudu besar sos plum
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • sedikit air - agak-agaklah nak kuah banyak mana

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan angkat. Kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi. Angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan [A] hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan bahan-bahan [B] dan gaul hingga sebati. Masukkan air dan apabila nampak menggelegak, masukkan bahan-bahan goreng tadi dan gaul rata. Biar seketika agar kuah dan ayam sebati. Dapatkan kepekatan kuah yang diingini. Masukkan kiub-kiub mangga. Gaul sebati. Tutup api.
  4. Hidangkan bersama taburan daun bawang dan bawang goreng.

SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

Mas said...

akak..bestkan ayam ni..
anak2 mas suka sangat.....

Anna Qawina said...

rasa macam nak buat lagi..ayam ada & sos masih berbakli..haruskah/ hehe...

Chik Mimi said...

antor ke akak sikit....

CT Delima said...

Assalamulaikum Naz

kat umah kak ct, kalau ayam ni tak pernah miss dalam sehari. ni gara2 anak2 semuanya memang gemar makan ayam dari ikan. Nampak menarik gak resipi ni. Harap mood tu dah pulih lah ya Naz, jom masak2 yokkk! :DD

Sari Yusa Ibrahim said...

bilalah nak buat ayam sos plum ni ya... sedap tol nmpknya...

tun_telani said...

sedap2!! tun br buat, tp kasi can kat kak naz letak n3 dulu laa.. hihi.. kak anna, harus, harus, meh kita wat sama2 =)

Treat and Trick said...

Nampak sedap ayam ni, masuk list dulu ya...

dZana said...

tengok kuah pekat ayam tu.. pekena nasi panas.. 2 pinggan tak cukup naz..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
wah nmpk sedap tu... terima kasih sudi mencuba n diana suka dengan olahan resipi tu ... pelbagaikan lagi cara memasaknya kan.. sedaap ;)

Naz said...

Mas,

Mmg sedap kan sos plum ni Mas.. Akak tak tahan tgk Mas asyik dok tayang jer menu sos plum ni..

Naz said...

Anna Qawina,

Buat jer la Ana.. Tak yah fikir panjang2..:))

Naz said...

Chik Mimi,

Ha chik Mi, sedia ..Nak pos ni semangkuk..

Naz said...

Ct Delima,

Kak ct..di rumah Naz pun mmg laku kalau ayam tp kalau lauk lain kurang sikit.. Sedap sos plum ni.. Try la kak..
Harap2 mood nak update blog berkekalan hendaknya..:))

Naz said...

Sari Yusa Ibrahim,

Yus..buat Yus..Tambah lagi koleksi lauk ayam di rumah..

Naz said...

tun telani,

Oooo tun pun dah pernah buat eh? Sedapkan tun..

Naz said...

Treat and trick,

Heheeheee..mcm Naz dulu pun masuk list jugak ni.. Baru ni terbuatnya..

Naz said...

dZana,

Ya la kak zana.. Makan nasi 2 pinggan pun tak perasan kan..:))

Naz said...

Diana @ Melley Mey,

Tq to you too dear sbb kongsi resepi ni. Kalau tak sebelum ni tak taupun wujud sos plum dalam pasaran..heheheee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...