Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 11 May 2011

BUNCIS DAN TEMPE GORENG BERLADA

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak kacang buncis kegemaranku ini dan diregukan dengan tempe yang juga kegemaran Naz. Best! Resepi yang sangat mudah untuk disediakan. Kepada penggemar tempe, bolehlah dicuba resepi ini.


BUNCIS DAN TEMPE GORENG BERLADA
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 20 batang kacang buncis.- dicuci dan dihiris serong
  • 1 keping tempe - dipotong kiub dan digaul dengan kunyit + garam
  • 5-10 tangkai cili kering - direndam 
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Beberapa keping ikan bilis
  • Garam
  • Gula

Cara-cara :
  1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan juga ikan bilis bersama.
  2. Goreng tempe dan toskan.
  3. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan garam.
  4. Masukkan kacang buncis dan tempe. Gaul sebati. Rasakan masinnya dan tambah sedikit gula sekiranya perlu.
  5. Hidangkan dengan nasi panas.

SELAMAT MENCUBA!

3 comments:

Nazrah said...

sedap nya lauk tengahari ...

Ijan said...

Salam Kak Naz,
Lamanya tak makan tempe. suka sangat tempe goreng... bertambah2 nasi kalau ada lauk ni..:)

Prettyvrach said...

sedapnyeeee...kat russia neyh susah nak jumpe kacang neyh,kacang panjang biase tu pon susah nak jumpe, tunggu tengah bulan 6 time musim panas gile tu baru lah ade jual. tu pun mahal amat, seikat adela dalam rm5-rm10. hihi...nasib dah nak balik msia! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...