Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, 14 June 2013

UDANG MASAK TEMPOYAK

Assallamualaikkum dan salam sejahtera.

Dah lunch ke semua? Mesti masing-masing dah kenyang kan. Sambil tu mata pun kian layu dan kuyu..hehehe.. Haippp...siapa yang kerna kerja dan masuk ofis tu, segar-segarkanlah mata anda ye. Bagi yang boleh melayan mata yang kian layu tu, dipersilakan..heheheee..

Okey, menu ringkas je nak share hari ni. Udang masak tempoyak. Buat pekat-pekat dengan kepedasan yang "kick", perghhhhhh...sedap makan bersama nasi panas. Tak ingat-ingat dah tambah nasi berapa kali..huhuhuuu... Resepi simple dan ramai pun yang pandai membuatnya kan..

UDANG MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan :
  • 20 ekor udang sederhana besar
  • 1-2 papan petai
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3-5 sudu besar tempoyak (ikut selera masing-masing)
  • 5-10 biji cili padi (adjust ikut tahap kepedasan yang dikehendaki)
  • Air mengikut tahap kepekatan kuah yang dikehendaki
  • 1 inci kunyit hidup atau 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Kupas kulit udang, basuh dan toskan.
  2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari.
  4. Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika.
  5. Rasakan masam dan manis gulai anda. Tutup api.


SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Perghhhh memang sedap udang masak tempoyak ni Nadz...

Dah lama akak tak masak, nak ke masak juga ni, nadz sudah bikin air liur akak meleleh ni :D

JaSSNaNi said...

alhamdullillah nadz.. nani dah kenyang.. tapiiiiii nampak udang tempoyak ni.. terliur la pulak... mcm tak cukup plak nani makan nasi sebekas tadi... sedap ni.. waktu nani mengandung hari tu teringin patin masak tempoyak termeloh.. terjah sampai temerloh tu punya cari...
ni nadz dah mencari makanan mengidam ye.. :) heheh

EmbunRosaliza said...

Assalam nadz, akk suka udang tempoyak, rasa mcm mkn sambal tempoyak berudang, mmg sedapkan mkn ngan nasi panas2. Terliur tgk, lama tak msk mcm ni

Mas said...

perhhh.....mengeliurrrrkan sangat nengoknya kak..
buat mas nak cari udang buat jerkkk....

LiNa_Pg said...

Assalam Nadz,
akak dh kenyang dinner,maklum ler smpai lambt..
sdp tu udang ngan tempoyak layan ngan ns panas,xyah lauk lain dh.Ini dh cukup..kalau ada lauk lain cam kaco daun jer haha

tun_telani said...

wahhh.. terliur.. dh lama tun tak jumpa tempoyakkkkk...

zila norazila said...

Mata klu kt opis mmg asik nk lelap jew naz..mmg mgntuk..lg2 time pknen cmne..hevhee..dapnye mkn nasi mesti brtmbh klu cmne..

Mel said...

mel tak makan tempoyak tapi kalau letak dalam masakan, memang laju makan..lagi2 kalau pedas..mau bertambah

AhliaSaleh said...

Salam kenalan sis...specialnye udang tempoyak ni..

Azmi B said...

Salam...kalau xde daun blh x...ganti kan serai ke blh x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...