Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam bagi kita semua. Dipanjatkan doa dan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini untuk terus menginsafi diri.
Lemang ni Nadz buat semasa masak lontong bersama sambal tumis bilis dan rendang ayam berkerisik hari tu. Bila dah siap, memanglah tak akan sama rasanya 100% dengan original lemang yang dibakar dan dimasak di dalam buluh tu. Haishhhh..terliur pula bila fikir lemang yang banyak dijual di rumah bonda di kampung.
Anyway, just nak melepaskan gian, bolehlah dicuba cara ni. Cara ni Nadz belajar masa tinggal di negara orang dulu. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik melayu yang dah jadi PR di sana yang ajarkan. Yelah, manalah nak dapat buluh di sana untuk membakar lemang. So guna cara instant je lah. Kalau cara tradisional tu, kena mengadap api dan bakar lemang berjam-jam. Yang ni sebab dah instant, tak adalah lama sangat nak menyediakannya.
Cara penyediaan lemang ni lebih kurang sama macam nak buat kuih lopes versi tradisional tu. Kalau diikutkan, buat kuih lopes memang kena rebus pulut yang kita masak kejap di atas api dapur setelah dibalut kemas dan diikat ketat dengan daun pisang. Biar pulutnya elok kembang dan padat. Cuma now days, kita semua suka permudahkan dan ringkaskan cara tradisional ni agar cepat siap apa yang dimasak. Pelbagai cara yang lebih mudah, ringkas dan cepat ada untuk diikuti sekarang ni. Eh???? Apa pasal cerita pasal kuih lopes pulak ni?? Bukan ke nak cerita pasal lemang segera..hehehe...sori melalut.
LEMANG SEGERA
Bahan-bahan :
- 3 cawan beras pulut (lebih kurang 300 gm)
- 300-350 ml santan pekat
- Garam
- Daun pisang secukupnya
- Benang pengikat
- Air secukupnya untuk merebus
Cara penyediaan :
- Basuh beras pulut dan rendam semalaman atau beberapa jam. Toskan.
- Masukkan santan dan garam ke dalam periuk. Bila mula menggelegak, masukkan beras pulut tadi. Kacau-kacau hingga santan meresap ke dalam beras pulut. Buat hingga santan kelihatan tidak berair lagi. Sekejap je proses ni dalam 5 minit bergantung pada api dapurlah. Jangan khuatir sebab pulut ni memang tak masak sepenuhnya lagi. Masih berdetus atau berbiji kalau dipicit. Tutup api dapur dan biarkan ia suam.
- Sementara itu, layur kan daun pisang di atas api dapur dan lap bersih daun pisang tersebut. Sebolehnya biarkan daun pisang tu panjang ye sebab nak bungkus pulut tadi sebanyak dua kali balutan agar kukuh.
- Tebarkan daun pisan di atas permukaan yang rata. Sendukkan sedikit beras pulut tadi dan bungkus dengan daun pisang hingga menjadi silinder. Ikat dengan benang di kedua-dua hujung silinder tadi. Janganlah guna tali rafia sebab di akhir proses nanti, lemang ni akan dibakar di dalam oven. Nanti cair pula tali rafia tu..heheheee.. Buat sampai habis semua pulut digulung ke dalam daun pisang.
- Panaskan periuk dengan air yang banyak di atas api dapur. Masukkan semua pulut yang telah dibungkus dalam daun pisang tadi dan rebus lebih kurang 40-50 minit. Proses ini untuk memastikan pulut kembang dan padat dan masak sepenuhnya. Bila sudah siap, toskan.
- Bakar dalam oven pada suhu 180-200 C selama 15 minit atau sehingga daun pisang kelihatan kering.
- Sejukkan sebentar sebelum dipotong dan dihidangkan.
Ini satu lagi cara penyediaan yang Nadz pelajari dan buat masa tinggal di perantauan dulu. PR-PR yang ajarkan ni. Cara ini lagi express.
Bahan-bahan :
- 1 cawan beras pulut
- 1 cawan santan sederhana pekat
- Garam
- Aluminium foil
Cara penyediaan :
- Basuh beras pulut dan rendam semalaman. Toskan. Kalau tak rendam pun boleh juga.
- Masukkan beras pulut dan santan ke dalam loyang dan kukus hingga pulut masak.
- Bila pulut telah suam, balut pulut dengan aluminium foil membentuk silinder. Bungkus ketat-ketat tau! Kemaskan dan ikat di setiap hujung silinder. Buat hingga habis.
- Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut yang di dalam aluminium foil tadi lebih kurang 20-30 minit.
- Bila telah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.
Memanglah tak kan sama dengan original lemang kan tapi untuk mengubati kerinduan dan memenuhi keinginan anak tekak, bolehlah guna cara ni daripada tak ada langsung..hehheheee...
SELAMAT MENCUBA!
9 comments:
betul tu nadz.. sekadar nk lepaskan kempunan org kata.. boleh je buat ikut cara yg mudah.. janji dpt mkn.. guna daun pisang tu rasanya lebih sedap kot sbb ada aroma daun pisang kan.. hehe..
p/s: akak nak tanya.. akak ada buat kek Best Moist Choc Cake yg Nadz share tu... kek tu mmg naik ye? akak punya kek naik pastu merekah bahagian atas dia... kalau nak tuang ganache atau hias nak kena potong sikit atasnya bagi rata.. mmg mcm tu ke eik? ikutkan akak cuma guna suhu 155C je.. ikut saranan resepi 150C.. tp akak tgk Nadz guna suhu 170C kan.. advice pls. TQ.. (akak lom potong lg tu.. baru mlm td bakarnya.. hehe)
salam
mmg sedap sekali kalau mkn lemang dgn rendang..agak2 lemang tu blh bakar kat oven tak..?
Assalam Nadz,
akak pun minggu lepas buat ketuat daun pisang.Kira adik beradik lemang ni la jugak...
Dulu pernah buat rcp Lemang Express myR tuh..biasalah suma nk cepat hehe..janji boleh makan hihi..kalau nk yg betul2 authentic kena dulu mak2 yg buatkan hihi...tak gitu Nadz
Assalam nadz, sedapnya lemang segera ni, tak kisah lah tak ori pun tak apa janji ada rupa lemang sudah lah kan, yg penting pulut tu n ada aroma daun pisang
Waalaikumussalam. Salam kenal juga kak. Menu raya la pula..Sama macam orang indonesia sini masak..tapi rasa memg lain sikit. Cicah rendang ke, sambal bilis ke, laju juga makan..hihi
Assalamualaikum Nadz,
Rajinnya nadz ni... kalau umi pun bab melepaskan kempunan ni..apa2 pun jadi...
Assalam Nadz, wah...dah rasa bahang nak raya ya..heheh..puasa belum lagi tapi dah terasa teringin pulak hehe..
akak lemang ni tak pernah lagi cuba buat sendiri selalu beli aje..dan selalu kalau beli pun isinya kurang baik ada kalanya dah basi...rajin Nadz buat sendiri..eh akak baru tahu Nadz expecting ya..congrats congrats...take care ya dear..semuga Nadz & baby, sihat & selamat melahirkan ya..:)
Alhamdulillah..dapat jgk akak mengubati kerinduan pd lemang walaupun x ori ^^..
x pe lah..janji sodap kan kak.. nnt bleh jgk yana cuba..sedap dpt mkn dgn rendang..xsabar plak rsnya nk raya hihii
Idea menarik ne naz..nk cari buluh bknnye snang kn..biasa zila tggu raya bru mkn lmang..tp kt pasar mlm byk jual lmng siap rendang..tp mcm kurg sedap..
Post a Comment