Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.
Showing posts with label Bubur/ Pengat. Show all posts
Showing posts with label Bubur/ Pengat. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

BUBUR BUTIR NANGKA

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah teringin nak buat bubur butir nangka. Cuma mencari-cari buah nangka, tak jumpa-jumpa pula. Kebetulan terjumpa nangka yang dah dibungkus kecil-kecil di Mydin. Terus je beli. 

Sebenarnya, membuat bubur butir nangka tidak lah sehingga wajib memerlukan buah nangka. Cuma Nadz suka masak bersama hirisan buah nangka agar rasa bubur ni nanti ada manis-manis buah nangka tu. 

Jadi mari tengok resepi mudah ni. Tiada sukatan tepat untuk bubur ni sebab boleh ikut citarasa masing-masing. Macam Nadz di rumah ni, kalau buat bubur atau pengat, kuahnya memang banyak sebab anak-anak perempuan dalam rumah ni suka makan kuahnya lebih daripada isi bubur atau pengat tu.




BUBUR BUTIR NANGKA
By: Nadz@ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan untuk butir:
  • Tepung pulut (glutinous rice flour)
  • Pewarna kesukaan
  • Secubit garam halus
  • Air secukupnya untuk menguli dan merebus butir nangka
Bahan-bahan untuk kuah:
  • 500 ml santan (adjust la ikut banyak mana kuah yang dikehendaki, I guna santan kotak je)
  • Gula secukupnya (I campur sedikit gula Melaka dengan gula pasir)
  • 1 sudu besar halba (I tak letak pun, anak-anak tak suka)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan-basuh, siatkan dan simpulkan
  • 3-4 ulas buah nangka yang telah masak-hiris ikut  
  • 3 sudu besar biji sagu-basuh, rendam seketika dan toskan 

Cara-cara penyediaan:
  1. Tepung pulut diuli dengan air yang telah dibancuh dengan garam dan pewarna pilihan. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan.
  2. Panaskan air di dalam periuk. Di samping itu, sediakan satu mangkuk berisi air biasa. Apabila air mendidih, gentel doh tadi menjadi bebola-bebola lonjong dan masukkan ke dalam periuk. Apabila masak, doh tersebut akan timbul. Cedok keluar doh yang timbul dan masukkan ke dalam mangkuk lain yang berisi air yang disediakan tadi. Buat hingga habis kesemua doh direbus.
  3. Untuk kuahnya, masak santan bersama gula, garam dan daun pandan di dalam periuk. Sekiranya menggunakan gula Melaka, dinasihati agar masak dulu gula Melaka bersama sedikit air hingga gula larut. Kemudian tapis sebelum menggunakannya. 
  4. Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan butir-butir nangka tadi, buah nangka yang teah dihiris serta biji sagu. Rasakan manis bubur mengikut citarasa anda. Tutup api. 
NOTA NADZ: 
Nadz suka bubur butir nangka yang doh butir nangkanya bila digigit lembut tetapi masih kenyal-kenyal. Untuk mendapatkan bubur butir nangka dengan doh butir nangka yang lembut tetapi sedikit kenyal bila dikunyah, ikut langkah berikut:
  • Semasa proses menguli tepung pulut, jangan masukkan banyak air hingga adunan terlalu lembut. Cukup sekadar mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan boleh dibentuk.
  • Jangan biarkan bubur di atas api terlalu lama setelah doh butir nangka dimasukkan ke dalam kuah santan. Ini untuk mengelakkan doh butir nangka terlebih rebus. Nanti ia akan menjadi terlalu lembut/lembik. 
  • Walau bagaimana pun, terpulang pada citarasa masing-masing ye.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 2 May 2012

BUBUR JAGUNG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua kawan-kawan dan pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN sihat sejahtera hendaknya. 

2 hari lepas, mak saudara (belah hubby) Naz bagi 5 tongkol jagung. Bila bawa balik rumah, tersadai jer jagung ni di dapur. Hari ni projekkan jagung ni menjadi bubur. Kalau tak dibuat sesuatu, harus jagung tu mengecut nanti..hehehe...

 Isi jagung setelah dileraikan dari tongkolnya.

BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan :
  • 5 tongkol jagung - dibuang kulitnya dan dikukus hingga empuk
  • 200 gm gula Melaka (1 ketul)
  • 5 cawan air (1250 ml)
  • 1 cawan santan pekat (250 ml) - Naz guna santan kotak
  • 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • 1 tsp garam
  • 5 Tbsp biji sagu - dibilas dan direndam 10 minit

Cara penyediaan :
  1. Kikis isi jagung dari tongkolnya. Ketepikan.
  2. Masak gula Melaka bersama 5 cawan air hingga larut. Tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan daun pandan, garam dan biji sagu ke dalam periuk berisi larutan gula Melaka. Masak hingga menggelegak.
  4. Masukkan isi jagung dan santan pekat. Kecilkan api. Kacau sentiasa hingga menggelegak perlahan. 
  5. Tutup api dan boleh dinikmati pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 8 May 2011

PENGAT PISANG DENGAN DURIAN

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Banyaknya durian di dalam rumah ni. Puas rasanya dapat makan durian. Tak taulah di tempat lain tapi di sini sekarang tengah hebat dengan Durian Kunyit. Merata-rata ada durian ni. Memang sedap. Isinya yang bewarna kuning pekat dan sungguh manis. Mula-mula muncul durian ni beberapa minggu lepas, harganya RM8-RM10 per kg. Hari Jumaat lepas pergi ke Pasar Siti Khadijah, terjumpa pula dengan pak cik ni yang menjual durian kunyit dengan harga RM5 per kg. Apalagi... memboronglah encik hubby..heheeeeheee... Anak-anak pun memang suka sangat makan durian ni. Ummi dia apa lagi kan:))


Di rumah juga ada sesisir pisang nangka pemberian mak mertua. Konon-konon nak buat kerepek pisang sebab masa diberi hari tu, pisang ni masih muda. Tapi tak sempat nak mengerjakan pisang ni jadi kerepek. Dah masak pun dalam masa 2 hari. Jadi sebelum buruk dan masuk ke tong sampah, Naz projekkan pisang ni menjadi pengat pisang. Lepas tu campurkan sekali dengan durian yang masih berbaki di rumah ni. Uihhhhh... sedap hingga menjilat sudu..kih..kih..kih...(tak kan nak cakap hingga menjilat mangkuk..buruk bebenor bunyi dan rupanya...). Jadi sesiapa yang masih ada lagi musim durian di kampungnya, bolehlah buat pengat ini untuk santapan keluarga.



PENGAT PISANG DENGAN DURIAN
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 200 gm gula melaka
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • 300 gm isi durian 
  • 1 tsp garam
  • 4-5 biji pisang nangka - dikupas kulit dan dihiris menyerong setebal 1 cm
  • 2-4 Tbsp biji sago - dibilas dan direndam 10 minit
  • Gula pasir - option untuk tambah kemanisan sekiranya perlu

Cara-cara :
  1. Masak hingga larut gula melaka dengan air. Tapis.
  2. Masukkan air gula melaka bersama isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masukkan juga biji sago yang telah ditoskan airnya. Masak hingga menggelegak.
  3. Kecilkan api dan masukkan santan pekat. Kacau sekali sekala agar tidak pecah santan. Bila nampak santan mula menggelegak, masukkan hirisan pisang nangka. Rasakan kemanisan dan tutup api. 

NOTA :
  • Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh ditambah lagi air. Isi durian juga akan memekatkan lagi pengat.
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...