Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, 25 November 2015

ROTI BOY/ MEXICAN BUN/ PAPAROTI


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Roti boy atau Mexican bun atau pun Paparoti. Macam-macam nama ada. Nadz pernah kongsikan resepi ni dulu. Kali ini pun Nadz masih menggunakan resepi yang sama.

Cuma untuk fillingnya tu, Nadz buat double dari adunan asal sebab masa buat dulu tu, itinya macam sikit sangat. Okay, jom semak resepi.


ROTI BOY (MEXICAN BUN)
Tried by :  Nadz@ovenkecil.blogspot

Bahan-bahan (17 biji )-bergantung kepada saiz setiap roti yang anda bentukkan.

# Bahan untuk Inti # (Nadz double kan kuantiti di bawah kali ini)
  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang
# Bahan untuk Topping #
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (boleh kurangkan kepada 2 sudu besar jika tak mahu rasa nescafe yang kuat)
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur ke dalam bancuhan kopi
  • 100 gram tepung serbaguna/tepung gandum, diayak
# Bahan untuk Doh Manis #
  • 500 gram tepung roti/tepung gandum, diayak
  • 20 gram tepung susu, diayak
  • 1 such besar bread improver (Nadz tambah)
  • 75 gram gula kaster
  • 1 sudu teh)garam
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 270 gram (270 ml) air atau susu segar (kalau sudah menggunakan susu tepung jangan guna susu segar tapi gunakan air)
  • 60 gram mentega, dilembutkan

Cara-cara :
Cara untuk Intinya :
  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang dan pukul hingga sebati. 
  3. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan bekukan dalam peti sejuk. 
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram(kali ni Nadz buat 15 gm setiap satu) dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Cara untuk Topping : 
  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu. 
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit. 
  3. Masukkan esen kopi. 
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan sehingga semuanya sebati. 
  5. Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
***Nadz sediakan filling dan topping sehari sebelum menguli roti***

Cara untuk Doh Manis : 
  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster, bread improver dan garam di dalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat. 
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.

Cara untuk membuat Roti Boy : 
  1. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  2. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  3. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. 
  4. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit di dalam suhu suam. 
  5. Pipe topping di atas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. 
  6. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit atau sehingga roti keperangan.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Sedapnya Nadz..
Akak kerajinan buat roti tu tak de sgt..
Selalu akak beli kat Giant je..
Dulu 90sen.. skrg dah rm1.10 pulak..

mamawana said...

Mexican roti...huhuhu mengancam enaknya.

cinta said...

Wahhh.. tiba2 mcm terbau kopi. Mmm...
Instruction yg sgt jelas. Nak buat lah.
Tp xde mixer :p

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Atiqah Nallieta said...

Kalau x de tepung roti bolehkan guna tepung gandum..

Atiqah Nallieta said...

Kalau x de tepung roti bolehkan guna tepung gandum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...