ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Ermm..demam blended orange cake dah lama berlalu rasanya tapi tuan dapur COSK ni baru jer mencubanya. Lambat mencubanya bukan kerana cara penyediaan yang rumit. Cara penyediaan kek ini amat mudah sangat. Cuma Naz je yang sedikit risau sekiranya hasil kek Naz nanti rasanya sedikit pahit dan tak sesedap yang orang lain buat.
Tapi kalau tidak dicuba, bagaimana nak tau hasil dan rasanya kan. So, here is my first blended orange cake and also my first fondant cake. Kebetulan masih ada fondant yang berlebihan setelah menghias cuppies hantaran sepupu hari tu, jadi Naz ambil kesempatan untuk cuba menghias kek oren ini dengan fondant tersebut.
Resepi asal kek yang terkenal ini datangnya daripada kak Fida@myresipi. Jadi untuk melihat resepi asal dan juga hasil daripada kak Fida, silalah klik pada link yang disertakan di bawah ye. Terima kasih kak Fida! Naz kongsikan di sini pula ye!
BLENDED ORANGE CAKE
OLEH : Naz @ovenkecil.blogspot.com
Sumber : Kak Fida @myresipi
Bahan-bahan :
- 1 biji buah limau (Naz guna limau sunquick yang tiada biji)
- 1 cawan minyak (Naz guna minyak jagung)
- 2 cawan gula halus (Naz guna 1 cawan sahaja)
- 3 biji telur
- 2 cawan tepung gandum *
- 1 Tbsp baking powder * (* ayak bersama)
- Beberpa titis pewarna oren (Naz tambah sendiri)
Cara-cara :
- Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali.
- Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
- Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 40 minit-1 jam atau sehingga masak.
NOTA NAZ :
- Adunan kek ini Naz bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal manakala 2 adunan lagi diwarnakan dengan warna oren pada tona warna yang berbeza. Naz bakar adunan kek ni dalam 3 loyang yang berlainan tetapi sama saiznya (loyang checkerboard) untuk mendapatkan 3 lapisan kek yang berbeza tona warnanya.
- Kek ini naik tinggi juga hasilnya walaupun tidak dipukul menggunakan pengadun kek(mixer).
- Naz menggunakan loyang bulat 8 inci.
- Kek yang amat mudah disediakan dan tidak memerlukan mixer.
- Will try it again, again and again.
SELAMAT MENCUBA!





