Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, April 11, 2012

BISKUT NESTUM RANGUP (CRUNCHY NESTUM COOKIES)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Misi untuk menghabiskan nestum dalam stok masih lagi diteruskan. Kali ini, nestum ini Naz gunakan untuk membuat biskut. Resepi pandai-pandai sendiri je ni. Alhamdulillah menjadi. Ye la..Kalau tak jadi tak kanlah ada entry biskut ni dalam blog ni kan..hehehe..

Tapi memang best sangat bila dah dibakar biskut ni. Rangup je. Rasa bijirin nestum tu memang sedap di dalam biskut dan juga di luar biskut. Memang satu pilihan yang tepat menggunakan bijirin nestum di dalam adunan biskut ni. Penuh dengan rasa nestum.

Hi..hi..hiii.. Tengoklah, penutup balang biskut pun tuan dapur COSK 
guna untuk posingkan biskutnya..^_^. Macam dah tak ada bekas lain..


CRUNCHY NESTUM COOKIES (BISKUT NESTUM RANGUP)

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan tepung gandum - ayak
  • 1 1/2 tsp serbuk penaik - ayak
  • 2/3 - 1 cawan bijirin NESTUM original - dikisar halus
  • 1 cawan bijirin NESTUM original - tak perlu dikisar
Bahan-bahan B :
  • 125 gm butter
  • 1/2 cawan gula kastor (boleh kurangkan 1-2 Tbsp untuk kurangkan sikit rasa manisnya)
  • 1 tsp esen vanilla
  • 1 biji telur gred A @ B
Bahan-bahan C (untuk hiasan) :
  • Bijirin NESTUM secukupnya - letakkan di dalam sebiji pinggan
  • Buah ceri yang dipotong kecil
1. Golekkan bebola ke dalam bijirin nestum.
2. Susun di atas dulang pembakar.
3. Tekan bebola dengan garfu dan kemudian tekan potongan ceri di atasnya.
4. Biskut yang telah dibakar. 


Cara penyediaan :
  1. Satukan semua bahan A ke dalam sebuah mangkuk. Ketepikan.
  2. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dengan gula hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan telur dan terus memukul hingga sebati lagi.
  3. Masukkan bahan A ke dalam bahan adunan dan uli hingga membentuk doh yang lembut. Balut doh dengan plastik pembalut dan simpan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
  4. Keluarkan adunan dari peti sejuk. Cubit sedikit adunan dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Golekkan bebola-bebola ini di dalam pinggan berisi bijirin nestum. 
  5. Susun bebola-bebola ini di atas dulang pembakar yang telah dilapik dengan kertas kalis minyak. Tekan sedikit bebola-bebola ini dengan hujung garfu agar leper sedikit. 
  6. Ambil buah ceri dan tekankan di tengah-tengah doh sebagai hiasan.
  7. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 20-25 minit atau sehingga biskut bertukar warna menjadi perang. Sejukkan biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

NOTA NAZ :
  • Biskut yang betul cara pembakarannya akan rangup di luar dan di dalam selepas sejuk pada suhu bilik.
  • Tip : Sekiranya biskut tidak rangup selepas disejukkan, bakar semula biskut pada suhu yang sama selama 5-8 minit lagi menggunakan api bawah sahaja. 
SELAMAT MENCUBA!

26 comments:

Nazrah said...

Salam Naz... menarik juga projek nak menghabiskan nestum ni...kita pun ada baki nestum yang banyak di rumah..terima kasih resepi

ijayuji said...

Salam kak naz! waaaaaa... mcm tau tau ajerr stok nestum kita ada lagi :D suami kita suke dgn almond snow sbb kita golek2 kan dgn nestum, yg ni pun byk guna nestum boleh buatkan tuk dia nanti :D ty!

mimie said...

Salam kenal2an Nadz....

Vahhh....cam esok plak nk raye....best kn mkn kudap2 ni... x terasa da mkn sebalang.... nti nk try laaa....nampak menyelerakan...

Saya follow....

Mas said...

tgk biskut kak naz rasa mcm nak raya plak hihihi

kat rumah sy xde nestum so saya mintak biskut nestum kak naz jelah boleh?

tun_telani said...

assalamualaikummmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 tun datang beraya niihh... hihi.. siap mkn sekut, nk balik dpt duit raya tak? hihi

Mamasya said...

Salam Naz.wah misi menghabiskan nestum....ada biskut nestum...golek dlm nestum pula,tentu rangupkan. sedap nyunyah ni.kek kat bawah tupun nampak ceria rupanya.
re; kena rembat kukus sbb dok berkenan dah lama.

a'in fajar said...

sedap2..biskut nestum mmg favorite nie..rase nk buat esok je..ank2 pun suka..minta resepi naz lah...hehe

Nuwairani Ira said...

resepi kukis yang mudah. bahan2 pun senang nak cari...mewah betul dengan ceri. besar2 dia letak. kalo nani tu agaknya cincang sampai halus la ceri tu..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

mESTI KRAP KRUP NI.....MENGADAP TV...MEMANG LICIN HABIS

Nieza said...

Assalam kak Naz, sedapnya tgk biskut nestum ni..rajin betul la akak ni.saya selalu raya jer kalau nk biskutx2 ni..hehe

quinnie said...

wahhh sedapnya kak..saya suka biskut nestum...kalau rajin nak buat lah..:)..kalauuu...hehehhe

IdaShazana said...

menarik nmpaknya...tak ble tahan

Melly Octaviana said...

wah..biskuit lagi dan ragup pula, kayanya mesti coba nih. mkasih yah Naz for sharing, mesti beli nestum dulu atau mari nestum nya nAz melly tolong habiskan.. hehe

izahdaut said...

nestum je.. ni mesti banyak stok nestum ni kak naz ek.. sya tak de nestum. ada oat jek.. teringin gak nak membiskut. lama tak makan.. asik sekut beli je.. simpan resepi kot2 nak buat nanti :-)

Qasey Honey said...

sedap dan rangup nmpknye biskut tu...kak ni nti bulan posa sok msti laku resepi akak ni...masing2 mcuba utk biskut raya...heheh..tmasuk la QH...hihi

Mama Hawa/Mama Nani said...

mesti ranggup & sedap ni Naz...
arituh ada buat resipi ikut dari tennet..hampa tak jadi cookies pun ke ciktongsampah jwb nyer :(

izinkan mama salin resipi yer Naz :)

zila 4ever said...

salam nazkita dtg nak raya nie..he hehehee.sedappnya nazz..susah nk jumpa klu x raya kan..terasa2 kerangupanya kt tekak nie alahaiii..:)

Rohah said...

Salam Naz,
biskut kegemaran saya nie.Kalu raya n bertandang rumah orang,mesti tangkap biskut nie dulu..cruncy..

Amie said...

Assalamualaikum Naz,
krup krap krup krap makan kuih raya kat sini...kuih evergreen ni Naz!

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Dalam hati memang teringin sangat nak membiskut tapi malehnya ya amat. hrrmmm tahun bila nak jadi pun tak tau.
hehehe nak jawab soalan naz aritu, bacaan yassin di pejabat memang diadakan pada setiap pagi jumaat. Alhamdulillah.

Anonymous said...

Slm nk tanya, serbuk penaik tu bole tak kalau guna serbuk soda/ baking powder?

Naz / Nadz COSK said...

To anonymous: boleh tapi penggunaan baking soda yg banyak kadang2 meninggalkn sedikit rasa yg kurang digemari sesetengah orang. Kalau baking powder tu samalah dengan serbuk penaik..

Leen her said...

Nk tanya..kalau bakar tu..nak guna api ats bwh ke?kipas kena pasang ke x?sori..1st time nk guna oven. .

Leen her said...

Nk tanya..kalau bakar tu..nak guna api ats bwh ke?kipas kena pasang ke x?sori..1st time nk guna oven. .

Nadz Nazharzan said...

To Leen her;
Bakar biskut guna api atas dan bawah. Kalau ada fan dlm oven, boleh onkan sekali.

Gha a.k.a. Gna said...

Salam kak.. Biskut ni dah jadi feveret kami sekeluarga. Sampai family ipar duai pun suke. Saya adjust sket dgn tambah koko.. Sedap juga.. Tq tau kak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...