Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, April 8, 2012

CARROT CAKE (KEK LOBAK MERAH)


 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Bersua kembali pada hari yang diharapkan meninggalkan memori indah dalam kehidupan kita dengan izin Allah SWT hendaknya..Aminnnn..

Lama sungguh dah teringin untuk mencuba kek lobak merah resepi dari newbie123@myresipi ni. Tapi asal nak mencuba je, mesti stok lobak merah dalam peti sejuk dah habis. Jadi bila dah beli jer stok lobak merah tu, terus je buat kek ni sebelum tertunda lagi niat di hati.. Memang lama betul mengidam nak buat kek ni setelah membaca review-review yang sungguh memberangsangkan tentang kek ini di my resepi.

Kek carrot sebelum tepek cream cheese frosting..

Kek carrot selepas dimake-up sikit..

Resepi dituliskan di bawah. Cuma Naz oleh sedikit cara penyampaian resepi ini untuk pemahaman Naz sendiri. Untuk penulisan asal resepi ini, boleh rujuk pada link yang disertakan di bawah.

CARROT CAKE
RESEPI OLEH : newbie123@myresipi

Bahan-bahan :
  • 2 1/2 cawan parutan carrot (Naz letak 3 cawan parutan carrot)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan minyak sayuran
  • 1 1/2 cawan gula putih
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
  • 1 sudu teh serbuk buah pala (nutmeg) (Naz cuma guna 1/2 sudu teh)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 cawan kacang pecan atau walnut yang dicincang (Naz gantikan dengan raisin)
Cara menyediakan :
  1. Panaskan oven pada suhu 185 C. Sapukan sedikit minyak pada tin kek.
  2. Ayak bersama tepung gandum, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala dan juga garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga sebati (tak perlu guna mixer elektrik, guna senduk kayu atau ballon whisk jer sebab tak perlu pukul lama). Setelah sebati, masukkan minyak dan pukul lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  5. Masukkan esen vanilla, parutan carrot dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam tin kek. 
  6. Bakar selama 40 minit hingga 1 jam bergantung kepada oven masing-masing dan juga saiz loyang yang digunakan. Cucuk dengan lidi untuk memastikan kek telah masak sepenuhnya atau tidak.

Kek ini Naz sapukan permukaanya dengan cream cheese frosting lebihan buat RVC dulu. Then replika-replika lobak merah yang kecil-kecil di atas kek tu, Naz buat guna fondant yang masih berbaki setelah  membuat cuppies hantaran sepupu dan juga hiasan kek oren kisar (blended orange cake) hari tu. Anyway, sebenarnya, fondant ni tak sesuai diletakkan pada kek yang perlu disimpan ke dalam peti sejuk kerana fondant ni akan berpeluh-peluh atau melekit bila dikeluarkan dari peti nanti. Tapi sebab nak perabis fondant yang ada, bantai jer la labuuuu... Lagi pun kami anak beranak jer yang makan kek ni...hehehhe..

NOTA NAZ :
  • Kek yang sungguh sedap. Teksture yang lembab dan lembut. Anakanda Maisarah Hani yang kecil tu pun suka kek ni.
  • Untuk serbuk kayu manis dan serbuk buah pala tu, Naz kurangkan penggunaannya sebab risau anak-anak tak suka. Still ada baunya walaupun telah dikurangkan dan anak-anak suka jer..
  • Sekiranya menggantikan kekacang dengan raisin, Naz rasa perlu digaulkan dahulu dengan sedikit tepung untuk mengelakkan raisin mendap ke dasar kek ketika pembakaran seperti yang terjadi pada Naz.

SELAMAT MENCUBA!

21 comments:

a'in fajar said...

wah pepagi lg dah post kek lobak nie..sedapnyer..ain teringin gak nak try tapi xtersempat je..fikir sape yg nk mkn pulak..tp nk try jg nnt..

mimie said...

salam kenal2an Nadz....

amboiii...sarap kek ler pagi ni yerr....mmg best...kalo akk....celik jer mato...da baham kek...hihihih

ijan said...

Salam kak nadz,
Saya suka kek karot.... gebu nya nampak kek akak ni. Cream cheese frosting digabungkan dengan kek ni, memang terbaik lah.Lama pulak rasanya tak makan.

Mas said...

cantikknya carrot akak tu..
mas tak pernah buat lagi carrot cake..
boleh try nnti...

~~zana@pb~~ said...

Kesukaan akk ni nadz....kismis pun bnyk lg stok. Anak akk x mkn sayur tp kalau ltk dlm kek, dia bedal jgk.

Kak Sam said...

Lama dah simpan hajat nak buat carrot cake ni. Tak tahu le bila le jadi nyata.

Nuwairani Ira said...

ni antara kek sedap yang nani tak lepas lagi nak buat...

IdaShazana said...

kek lobak mmg sedap. puas hati dpt buat sendri, kan?

Gee® said...

waaa...sedapnya kek lobak tu... teringin la pulak... bak ckit...heeee

Rohah said...

Ronda malam2 ke dapur Nadz,moistnya kek ini bagai dapat ku rasakan..nyum2

ummiaisyah said...

sy suka sgt kek karot kak Naz...tp maleh nk buat sbb bila buat asik nk mkn..nnti jd bam-bam..hahahah..semlm g kndri kawen..dpt merasa sikit kek karot pengantin..hehehe

ijayuji said...

Salam kak naz! mekaseh autograpnyer hihihi... karet kek?? kita suke!!!! iskh? lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt tak buat kek karet, dekat 2 tahun atau lebih rasanyer tak buat n makan hihihi... takde org yg nak buatkan huhu... nak beli pun tak leh beli, kalau boleh beli dah lama main beli2 jerrr :D alahaiii termengidam pulak dgn karet kek niii :D

Melly Octaviana said...

Pagi Naz.. hmm melly belum pernah buat carrot cake tapi makan nya sudah..hehe
cantik kejadian carrot nya, apalagi setelah di make up begitu, carrotnya pula so cute.. masih ada lagi kah.. hehe

Nieza said...

Assalam kak, nampak sedap sgt kek carrot ni..saya pun dh lama teringin nk buat tapi tak terbuat juga lagi.bila nak rajin mcm akak pun tak taula...hehe

quinnie said...

akak....fondant tu berpeluh2 pun bukannya org lain tau...sebab kita jugak yg makan...ahhahahha...saya pun teringin nak buat kek carrot ni dah lama..macam2 resepi duk salin tapi tak buat2 jugak..hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam nadz...

alamakkk... jelessss.. terliur... geram semua ada.. hahaha.. lamanya tak buat kek carrot ni... terliurrrr sesangat... rajin betul nadz buat kek ehh... mesti ramai peminat kek kat rumah tu kan.. akak ni kalau buat kek akak ngan anak2 je tukang perabis.. mr hubby pilih2 kasih kalau kek2 ni.. ada yg dia suka ada yg dia tak suka..

Mamasya said...

Salam Nadz.kek karot...comeii karot bertenggek atasnya itu.akak suka kek karot tambah kalau letak walnut.akakpun kalau buat letak sikit je serbuk kayu manis...

moklong said...

rajinnya nadz ya wlaupn ada ank kecik baya ank ina...leh tiupkn sket semngt kerajinan tu kat cni x...hehehe...

zila 4ever said...

salam naz
ada lg x kek nie..he hehee dah abis la tu..dah lama zila teringin nak buat jgk..tp x sempat2 lg nie..masuk list dulu..

Treat and Trick said...

Tergoda akak tengok kek yang cantik ni!

MyStory,CouldBeYours said...

As salams kak,
Sy copy resepi akk kat fb sy.... Nak try buat, dah sertakan akk nyer blog link utk rujukkn :-)

Sgt menarik perhatian.... Sedap n terliur tgk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...