Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, September 19, 2011

PUDING ROTI MARBLE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding ni merupakan salah satu juadah yang Naz buat untuk dibawa ke jamuan hari raya ofis encik hubby hari tu. Resepi ni Naz ambil dari video jebateja ni : http://www.youtube.com/watch?v=rgA-HYPua70

Rasa puding ni memang sedap pada tekak Naz sendirilah. Membuatnya pun tidak susah. Yang lebih utama selain dari rasanya yang lemak-lemak manis tu, puding ni boleh diwarnakan mengikut kehendak si pembuatnya mengikut kreativiti masing-masing. Lembut je puding ni bila digigit. 


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan

Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam ada puding roti mmg lama x buat...sdp ni mkn sejuk2...nak pulak sambil negok tv tu kunyah..lawa warna pudding ni

Qhaifa Nur said...

macam tak percaya itu puding roti...menarik warnanya

tun_telani said...

kak naz! cantik!! len kali tun nk melayer kaler pink n coklat jugak la.. hihi.. eh, tgh diet skrg, so kene kiv dulu.

Chik Mimi said...

Naz cantik menarik kaler puding roti naz tu

Nazrah said...

petang ni nak buat gak...ada roti nak expired la tu...

~Norul Mas Hana ~ said...

salam kak naz,
anak2 mesti sangat suka ni...
=)kuih cantik2 mcm ni cepat la abis..

Kak Sam said...

Lama daj teringin tapi bila nak buat pun taktau.

ninazsyafinaz said...

nak lapis dia tuh..terus caampur kan ker? tau tunggu keras..hujan2 nih lembap sikit nak bayang camner cara nak lapis..cam lapis kek marble?

Anna Qawina said...

Kak Nadz..cantik sangat kaler tuh..secantik orang yg membuatnya..hehe

dZana said...

marble jugak ni naz.. cantik2.. ni pun dah lama akk tak buat..sedap sekali2 dpt mkn puding cantik ni..

anymz said...

cantiknya kaler maler puding naz nih..terliur tengok..:D

Yana Shaiful said...

Salam Kak Naz..wahh tergodanya tgk kaler puding nii..nnt nk try jgk lah :=)

Ida,Japan said...

naz...sgt ceria kaler puding naz ni...emmm..sedapnyer

Diana @ Melley Mey said...

cantiiiknya naz puding nie.... pandai naz buat.. suka sgt tgk

diana diane said...

kak. saya dah try buat ikut sukatan spt yg dinyatakan..tapi puding roti ni x keras2..ape ek sbbnya?..

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum diana diane..

Kalau betul2 dah ikut sukatan, akak tak dapat pastikan sebab sebenar kenapa puding diana tak keras. Kecualilah akak dapat tgk masa diana sediakan..hehehe. Anyway masa mengacau di atas api tu, diana kacau hingga pekat tak? Maksud pekat tu ialah larutan tu jadi likat dan tak seperti air macam pada awal proses.
Nanti diana cuba lagi ye dan bagi tau akak hasilnya. Harap kali ni menjadi.Insyallah..

ain said...

kalo nak tukar sukatan dr cawan ke gram/ml cmna eh??

Ummi Aishah said...

salam naz,ummi dah cuba resepi ni. sedap dan lembut je... mohon izin c&p resepi ke blog ummi ya... tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...