Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday 17 September 2011

KEK KARAMEL


Assallamualaiakum dan salam sejahtera.

Ini merupakan kek karamel yang popular, resepi dari Puan Munira Bahrum (kongsi resepi FB). Ramai yang dah mencubanya. Naz pula baru pertama kali mencubanya. Sebelum ni Naz pernah mencuba membuat kek karamel tapi bukan versi resepi dari Puan Munira Baharum ni. Kek karamel yang Naz buat dulu tu tak menjadi. Karamelnya tak berapa masak bila tamat tempoh pembakaran. Tak tau apa kesilapan yang Naz buat sebab tengok kawan-kawan lain buat resepi tu, menjadi je. Jadi frust masa tu dan tak berani nak mencuba lagi kek-kek karamel ni.

Jadi kali ini, lepas dah hajat hati nak buat kek karamel yang diidam-idamkan. Sebelum ni macam malas nak buat kek karamel versi Puan Munira ni sebab penggunaan telurnya yang dikira banyak bagi Naz lah kan di dalam resepi. Tapi kalau tak dicuba sampai bila pun tak tau kan cara membuatnya. Jadi Naz pun study dan kumpul maklumat-maklumat dari FB dan juga dari kawan-kawan yang dah pernah buat kek Puan Munira Baharum ni. Terima kasih kepada Miza(rakan fb) yang banyak memberi panduan cara membuat kek ini sehingga confident Naz untuk mencubanya.


Kek ni Naz buat dengan semangat yang tinggi. Yelah.. Buat untuk dibawa ke jamuan hari raya di ofis tempat encik hubby kerja. Awal-awal dah cakap pada encik hubby, kalau menjadi kek ni bolehlah dibawa ke ofis tapi kalau tak menjadi tak de lah juadah dari kita. Hahahaha.. Ada ker kata macam tu. Patutnya usaha dulu. Eh...usahalah ni. Kan dah jadi tu. hihihih..



Ok, ada beberapa perubahan yang Naz buat dalam resepi ni. Contohnya, untuk lapisan gula hangus tu, resepi asal menggunakan 2 sudu besar gula. Tapi Naz guna 4 sudu besar gula supaya keseluruhan dasar loyang tu boleh ditutupi dengan gula hangus ni. Penggunaan telur untuk lapisan karamel pula Naz tambah supaya lapisan karamel menjadi lebih tebal (ni ikut Miza). Untuk meringue dan adunan kek, tiada perubahan yang Naz buat. Naz menggunakan loyang bulat bersaiz 8". Sebab tulah Naz tambah bahan untuk lapisan gula hangus dan juga bahan untuk lapisan karamel.


KEK KARAMEL
Oleh : Naz COSK @ ovenkecil.blogspot.com
Asal Resepi : Puan Munira Baharum (dari kongsi resepi fb)

Bahan-bahan dan cara membuatnya :
[A] Lapisan Gula Hangus

  • 2 sudu besar gula (Naz guna 4 sudu besar)
~ Masukkan ke dalam loyang 7" atau 8" inci. Letak loyang di atas dapur gas.
~ Cairkan atas api perlahan. Biar cair sendiri, tak perlu dikacau.
~ Bila cair dan bertukar warna menjadi perang, lenggok-lenggokkan loyang biar caramel rata. 
Ketepikan. Jangan khuatir, ianya memang akan mengeras.


[B] Lapisan Karamel
  • 3 biji kuning telur
  • 1/2 tin susu cair (200 ml)
  • 1/2 sudu teh asen vanilla
  • 70 gm gula kastor
ATAU (untuk menghasilkan karemel yang lebih tebal *yang ni ikut Miza) :
  • 5 biji kuning telur
  • 2 biji telur penuh *jadi keseluruhan = 7 kuning telur & 2 putih telur
  • 1 sudu besar asen vanilla
  • 1 tin susu cair (400 ml)
  • 70 gm gula 
~ Kacau sebati bahan di atas hingga gula larut. Hati-hati! Jangan sampai berbuih.
~ Tapis larutan masuk ke dalam loyang yang ada gula karamel tadi.
~ Ketepikan.
Nota : Kalau nak dapatkan permukaan karamel yang halus mulus dan licin, masa kacau bahan2 ni, buat pelan2. Kalau tak nanti jadi macam kek Naz ni. Permukaannya tak berapa licin.*Nasihat ni dapat dari orang yang lebih pakar.

[C] Meringue
Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 3 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
  • 3 biji putih telur (baki putih telur dari di atas tadi setelah digunakan kuningnya)
  • 3 biji putih telur tambahan *jadi jumlah putih telur yang diperlukan = 6 biji*
  • 1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa)
ATAU;

Kalau buat lapisan karamel di atas tadi guna 7 biji kuning telur, maka bahan untuk meringue :
  •  5 biji putih telur (baki putih telur setelah diguna kuning telur dari atas tadi)
  • 1 biji putih telur *jadi jumlah putih telur yang digunakan = 6 biji*
  • 1 sudu teh krim of tartar (tak letak pun tak apa - Naz tak letak)
~ Pukul putih telur bersama krim of tartar (sekiranya menggunakannya) sehingga berbuih.
~ Kemudian, masukkan :
  • 70 gm gula kastor
~ Pukul lagi dengan menggunakan high speed hingga kembang dan menjadi meringue.
~ Cara nak tau dah jadi meringue tu, bila diterbalikkan, adunan tidak jatuh.

[D] Kek
  • 1 biji kuning telur (lebihan dari atas setelah diguna putihnya)
  • 2 kuning telur *jadi jumlah kuning yang digunakan = 3 kuning telur*
  • 135 ml air
  • 45 ml minyak masak
  • 70 gm gula kastor
  • 140 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
~ Ayak tepung gandum dan baking powder bersama. Ketepikan.
~ Guna mixer tadi(tak perlu dibasuh), dan pukul kuning telur air dan minyak masak hingga kembang.
~ Masukkan gula dan pukul lagi hingga kembang.
~ Masukkan bahan ayak sikit-sikit dan pukul sebati.

Penyatuan adunan [C] dan [D] :
~ Masukkan 1/2 adunan [C] iaitu meringue ke dalam adunan [D]. Kaup balik hingga sebati.
~ Kemudian masukkan baki adunan [C], dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.

Mewarna dan melapis adunan kek :
~ Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan ikut warna pilihan: A, B dan C.

~ Masukkan sesenduk adunan warna A ke tengah loyang tadi. Tak perlu diratakan.

~ Masukkan pula sesenduk adunan warna B di tengah-tengah adunan A tadi.

~ Begitu juga dengan adunan C. 

~ Buat hingga habis semua adunan digunakan.

~ Lorekkan dengan hujung lidi pada adunan mengikut corak yang anda inginkan.

Membakar kek :
~ Panaskan oven pada suhu 170 C - 180 C menggunakan api bawah sahaja.
~ Bakar kek secara steam bath atau double boiler di dalam oven selama 1 jam atau hingga kek masak sepenuhnya.
~ Cara steam bath : Masukkan loyang berisi adunan kek ke dalam satu lagi loyang lain yang lebih besar yang diisi air di dalamnya.
~ Masukkan loyang ni ke dalam oven pada rak yang paling bawah dan ingat!!! Bakar menggunakan api bawah sahaja. 
~ Bila tamat waktu pembakaran, cucuk lidi di tengah-tengah kek untuk menguji samada kek telah masak sepenuhnya atau tidak. Kalau lidi keluar bersih(tiada adunan yang melekat), maknanya kek telah masak. Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Bila dah masak, kuarkan dari oven dan rehatkan 10 minit. Kemudian terbalikkan ke atas pinggan atau lapik yang sesuai. 
~ Boleh disimpan di dalam peti sejuk dan hidangkan sejuk.. Sedapppp...


SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

izahdaut said...

Testing. Komen tadi dah masuk ke idak ye. Haiishhh

izahdaut said...

Sah tak masuk. Komen tadi berbunyi.. Makna kata 6 putih tlur la yg pelu untuk mering tu kan. Cantik bila double lagi penuh kan. Kira nya akak double tuk adunan karemel tapi tak tukar untuk adunan kek kan

Nazrah said...

wah..tadi pun nampak Kak Ita buat..hari tu kita ada rasa makan kat rumah Anna Qawina.. bila tengok list panjang benor rasa mesti susah..tapi kita nak cuba gak..

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, sbb tu lah akk ni sapa hari ni tak tercuba2 kek karamel ni, rasa mcm rumit je, tapi teringin nak buat heheh.

cantik kek tu,

Yat Maria said...

Naz

lawooo arr..ko dah buat 2 kali..ku masih gak 1 pun yilek!!

dZana said...

cantik kejadiannya naz.. akk mcm dah berangan semalam.. mcm2 berangan ader, tart pun tk mjadi lagi.. hahaha... klau ada stok telur smlm mmg sah jadi.. smlm akk CP rspi lain.. lain kali akk nk cuba rspi yg naz buat pulak.. hari ni plan nk buat kek lapis bumi.. tunggu en hb belikan telurr.. hihihi..yg verangan tu KIV dulu..

Mas said...

ijah..main testing2 lak kau yerk..he3

kak naz...
wahh...akak pun buat gak kek karamel ni...
jelessss....
nanti mas pun nak buat gak la..
sedappnya tengok...
baru jerk lepas tengok kak ita buat..

Deliah's Deli said...

rajinnya...rasa dah tentu sedp sgt!!klu sy nk bt ni kena ada cuti seminggu br jadi kot..hehehe :)

tun_telani said...

kak naz.. nasib baik tun tgh diet, kalau dh mmg akan ke dapur mengira telur cukup ke tak nk wat. hehe.. tp nmpk cam complicated je.. hihi..

nOOrsha said...

salam knaz..sy da mkn kek ni.mmg sedap/..tp sy wat resepi dr kak yani...kek span u tukar ke kek span coklat..waaa lg sedap taw.hihi..tp la ni tgh diet..blh jeling2 je..huhu

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum naz...
wah cantik! bila ler agaknya diana rajin nak buat nie... mmg cantik ler yg naz buat nie.. InsyaAllah suatu hari nnt nak buat gak... sedapnya...

ninazsyafinaz said...

Salam

Sgt fofular kan kek ini. dah salin resepi..tapi ntah bila hangin nan membuat nih nak sampai...btw..congratulation!..kek nyer jadi cantik jerk..berjaya juga akhirnyer :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam naz..nampak sedapnya karamel kek tuh..rajenya adik akka nih!.tapau sikit:)

Faiz said...

Salam Naz..saya dah buat ikut resepi yg naz bagi..alhamdullah..

http://ozzyorange9768.blogspot.com/2011/09/kek-puding-karamel.html

Thanks ya for the recipe..

Anonymous said...

naz buat kek karamel tu guna loyang saiz berape

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous,
Naz guna loyang bulat saiz 8 inci diameternya..

muzliena said...

nak tanya... ape fungsi letak air masa nak membakar?

Unknown said...

Nak tanya napa kek dia turun lepas kuar dr oven. Dlm oven gebu abis bila dah masak turun plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...