Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, September 24, 2011

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sungguh rasanya tak beli udang segar di pasar. Jadi bila dah beli tu terus je dimasak sementara udang tu masih terasa manisnya. Encik hubby siap belikan 3 papan petai bersama udang ni. Haiii...faham-faham jer la nak dimasak apa dengan udang tu kalau dah ada petai. Masak sambal tumis udang lah.. apa lagi kan.

Naz kalau masak sambal tumis, memang letak banyak cili kering sebab encik hubby suka sambal tumis yang banyak sambalnya. Jadi resepi yang mudah ini ada di bawh ye.

SAMBAL TUMIS UDANG DENGAN PETAI
Oleh : Naz COSK @ ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :

  • 500 gm udang segar - dibersihkan
  • 2 - 3 papan petai - ambil isinya
  • 15 sudu besar cili kering kisar - tambah lagi untuk sambal yang lebih banyak
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 tsp belacan
  • 1 labu bawang besar - dimayang kasar
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang merah. bawang putih dan belacan. Kemudian campurkan dengan cili kering kisar. Boleh juga kalau dikisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama cili kering di dalam pengisar.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/ bahan kisar hingga garing dan wangi.
  3. Masukkan bawang besar. Biar seketika sambil dikacau-kacau. 
  4. Masukkan air asam jawa, udang dan petai. Biar sehingga udang masak sepenuhnya dan petai sedikit layu.
  5. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasalah ikut lidah masing-masing yer.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Naz, sedap tu sambal udang buat lunch tengahari ni.Tapi kena la buang petainya,semua puteri2 dlm rumah ni tak makan petai...

lina_pg said...

salam Naz, peberet akak ni..dah lama tak wat udang sambal petai ni..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
wah sedapnya tgk sambal tumis udang tu naz... tp diana x reti makan petai.. :D. x per.. diana ambik udang nye jer yer... hehehhee

dari dapur nasya said...

naz....mintak maaf la bebanyak...nasya tatau pun akan kehadiran org baru yang jelita dan kiut miut tu....nasya ni sebenarnya dah lama x bergoblog nie sbb tgh mabuk2 kena buatan orang ha..ha...pe-pepon tahniah ya..semoga kehadirannya akan membawa rezeki yang melimpah ruah kepada naz sekeluarga..aminn

Nuridah said...

Assalamualaikum Nadz,

maaf ya lambat kak nur sampai kesini...sejak akhir2 nie kak nur agak sibuk dan malas pulak nk update blog,lebih2 lagi dgn incident yang happened...

kak nur dh tau dn dpt agak sape blogger itu...tak pa Nadz,sabar aje...setiap perbuatan pasti ada balasan dari Allah. Pd kak Nur jika sekali lagi terjadi kak nur akan copy dan paste diblog akak...kdg kita kena berani dan tegas supaya tidak diinjak2 kepala kita....hehe...

Apa2 pun sambal udg petai tu menyejukkan mata kak nur yg memandang...anak kak nur pantang betul kalau sambal udg mesti nk ada petai....baru ada kick katanya.

Sari Yusa Ibrahim said...

Mas, Yus baru jer masak ni dua minggu lepas, tapi guna petai siap kopek.. dasar M

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...