Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, September 21, 2011

KARI AYAM TANPA SANTAN


Assallamualikum dan salam sejahtera.

Semenjak cuba masak kari tanpa santan dulu, tekak makin suka pula kari yang tak letak santan. Encik hubby pun suka kari yang tiada santan. Kurang sikit muak katanya walaupun makan banyak. Naz pun lagi suka sebab  boleh kurangkan lemak dalam masakan dan lebih senang kerja memasak. 

Ok, ini salah satu resepi kari ayam tanpa santan yang Naz buat. Ada beberapa cara lagi yang akan Naz masukkan entrynya lain kali.

KARI AYAM TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* - bahan bertanda * ditumbuk bersama
  • 1-2 ulas bawang merah - dihiris nipis-nipis
  • 1 biji buah tomato - dipotong menjadi kiub-kiub kecil
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 sudu besar serbuk rempah kari ayam
  • 2 batang daun kari
  • 1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan sedikit air
  • 2 biji ubi kentang - dikupas dan dibelah 4
  • Air secukupnya
  • Garam
  • 1 sudu teh gula
  • Minyak masak atau minyak jagung

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Biar seketika.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan biar hingga wangi dan layu. Kemudian masukkan bawang merah yang dihiris nipis bersama buah tomato dan juga daun kari. Biar lagi dan kacau sesekali supaya tidak hangit.
  3. Masukkan serbuk kari dan sedikit air sambail dikacau-kacau. Agak-agaklah bila masukkan air tu ye. Jangan banyak sangat. Cukup sekadar menjadikan serbuk kari tu pes. Biar di atas api hingga pecah minyak. Sambil tu, sesekali kacau agar tidak hangit.
  4. Masukkan ayam dan tambah sedikit air agar tidak kering. Biar hingga daging ayam sedikit kecut.
  5. Masukkan air asam jawa dan air biasa hingga mencukupi. Masukkan juga ubi kentang. Biar hingga kentang empuk dan gulai mendidih serta pekat.
  6. Masukkan garam mengikut citarasa dan juga gula. Tutup api.
SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam pernah juga buat aym & ikan masak kari tampa santan...jimat kos dan jimat lemak hehhe sdp tp rempah kena lebih baru sdp kan

Sue @ Nenie said...

Salam Naz...Emmm resipi sihat ni..selalu dengar kari tanpa santan tapi belum pernah cuba masak sendiri..Masuk list dulu..ada masa boleh cuba gak ni....

Chik Mimi said...

kari yg sihat kan

~~zAnAfAhMi~~ said...

kalau Naz ganti asam jawa dgn limau kasturi pun sedap....psl santan tu, Naz tukar je dgn susu cair, lagi senang keje, sihat juga kan...

zarin said...

rmah zarin pun slalu masak kari tanpa santan dah now ni tapi lemak tu masih banyak lagi kat badan nih hahaha :D

tun_telani said...

kak naz, tgh2 diet ni mmg elok masak x guna santan kan. tun biasa masak ikan je x letak santan, ayam mmg berlemak habis la. hihi.. nnti tun try kari ayam xletak santan pulak.

アヌム ちゃん said...

boleh try jugak la nnt..tanpa letak santan..mkn santan byk2 pn x elok kan..huhuu

vira said...

hii salam kenal iya dari vira .. :)
jangan lupa mapir keweb vira iya di http://www.rumahkiat.com/ vira mau berbagi pengalaman nih.:)
wah bagus juga iya blog ka2 ... ^_^ good luck iya.....
SALAM BLOGER INDONESIA..:)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Naz..apak k.atie pon masak camni la sbb dia malas nk g kedai beli santan.Tp k.atie xpernah cuba lg...

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. suka juga kari gini.. tapi selalunya nak buat tentu letak santan.. hiihiih

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Nadz, Kak Ros datang .dah follow dan letak link.Nanti kak Ros datang lagi ya.kak ros berkenan puding marble tu.Cantik sungguh.

Siti Aishah Saparon said...

nk tiru taw.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...