Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, September 13, 2011

PAPRIK AYAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak lauk ni pula hari ni. Request dari encik hubby. Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap. Isi ayam tu boleh digantikan dengan sotong atau udang bagi yang gemarkan makanan laut. Tak sempat nak membebel panjang-panjang ni. Anakanda Hani dah mula tarik kaki ni ajak turun dari kerusi depan komputer ni..

PAPRIK AYAM

Bahan-bahan :
  • 200 gm isi ayam yang dipotong kecil
  • Lobak merah - dihiris
  • Bunga kobis - dipotong kecil
  • Buah tomato - dipotong 4
  • 4 batang cili padi - diketuk (yang ni adjust sendiri ikut tahap kepedasan anda ye)
  • 4 helai daun limau purut - disiat-siat
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan tumis :
  • 3 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - diketuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar cili kering kisar

Bahan-bahan sos :
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar stok ayam atau 1/2 kiub pati ayam
  • 1/4 - 1/2 cawan air (ikutlah banyak mana kuah yang dikehendaki) * boleh campur sikit tepung jagung bagi yang gemar kuahnya sedikit pekat

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau sebati.
  3. Masukkan isi ayam dan biar hingga ayam masak.
  4. Masukkan lobak merah, buang kobis, buah tomato, cili padi dan daun limau purut. Kacau sesekali hingga semua sayuran lembut. Rasakan garam dan gulanya.
  5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

kha said...

sedapnya..:) fav ank sulong ni

Mas said...

sedapnya kak paprik ayam...
lama dah mas tak buat..

tun_telani said...

kak naz ^^ tun duk rendam ayam dan nk turun ke dapur gak nih.. sedapnyer paprik ayam! xde sayur2 yg sesuai laa pulak utk paprik.

Kak Sam said...

cili kaler merah tu memang mantap. kalau my hubby dia ambik yang tu dulu.

Kak Rose said...

godaan sungguh time posa2 nih! hissshhhh!!!

Suzi said...

salam naz..

ni juga antara laukkegemaran akak. yummm. mcm nak masak utk dinner mlmni lah pulak...:)

Ummi said...

Selamat Hari Raya Naz...weeeyy tengok lauk paprik tgh puasa2 ni, mencabar sungguh..tempoyak kat bawah ni pun...adeeeiii...

Mama2Q said...

wow..tq for the resepi...kena cuba ni...asyik beli je paprik, rupanya mudah jer buatnya...

Wattie said...

Assalamualaikum Naz,
Bestnya paprik, selalu jugak akak pesan kalau ke restoren thai sebab semua ada, ayam, sayur2an, kira complete la

Aei Amrun said...

nak cuba buat malam ni...mkn ngn telur dadar.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...