Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 12 June 2011

SWISS ROLL COKLAT & SEDIKIT TIPS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Aik?? Swiss roll lagi?? Hehehe.. Tulah..kalau dah mula menggulung ni, memang nak buat selalu pula rasanya. Lebih-lebih lagi rasa kek gulung ni yang lembut dan sedikit lembap..haiiiii..memang tak cukup sepotong masuk ke mulut. 

Buat swiss roll ni sebenarnya untuk seseorang yang dah lama mengidamkan swiss roll-swiss roll yang Naz tunjukkan di blog ni. Sebab tu lah tak ada gambar swiss roll yang dah dipotong dalam entry ni. Alhamdulillah..puas hati nampaknya orang yang mengidam tu. Lepas ni bolehlah buat sendiri pula..hehhehee.

.

Ada antara kawan-kawan yang bertanya, bagaimana nak dapatkan swiss roll yang cantik mulus jer permukaannya tu. Sebenarnya Naz sendiri pun tak dapat menjawab dengan tepat soalan ni. Dari pengalaman Naz membuat kek gulung ni, rasanya memang resepi ini kejadian keknya, insyallah akan elok. Dari kali pertama membuat kek ni sehingga kini, memang tiada sekalipun kejadian kek ini yang mengecewakan Naz. Yang pastinya, setiap orang mesti arif dengan oven masing-masing kerana setiap oven kadang-kala akan ada sedikit perbezaan pemanasannya. 

Untuk kek gulung ni, kek tidak boleh terlebih bakar kerana ia akan lebih kering dan menyebabkan permukaan kek menjadi merekah sewaktu proses menggulung. Kek juga tidak boleh terkurang pembakarannya kerana permukaan kek(bahagian yang cantik tu) akan melekat pada kertas yang digunakan untuk membantu semasa proses menggulung nanti. Ini berdasarkan pengalaman Naz sendiri.



Lagi satu, sekiranya menggunakan loyang yang lebih kecil saiznya, kek akan menjadi lebih tebal. Jadi bagi yang baru mencuba untuk menggulung kek mungkin agak sukar sikit sebab kek gulung ni memang lembut dan fragile. Ada kemungkinan kek akan pecah kalau terlebih tekan sewaktu menggulung tapi ada juga orang yang walaupun baru pertama kali melakukannya, tetap berjaya. Naz sendiri, masa mula-mula mencuba kek ini, menggunakan loyang 9" X 11". Bila dah dapat skill menggulung tu, Naz tukar kepada loyang bersaiz 8" X 11". Walaupun macam tak banyak beza kalau dilihat saiz loyang tu, tetapi ketebalan kek memang berbeza jadinya. Dengan loyang yang lebih besar, kek menjadi lebih nipis. Jadi nak menggulung lebih mudah dan kek tak mudah pecah. Apa-apa pun pengalaman menambah pengetahuan kita dan practice makes perfect. Kena cuba jayalah.

Okeylah, panjang pulak membebel kali ini. Untuk resepinya di bawah yer.

SWISS ROLL COKLAT
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber : Maklang Azie

Bahan-bahan [A] :

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 2 oz (4 Tbsp / 60 gm) gula kaster
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1/2 Tbsp ovallate
  • 1.5 oz (5 Tbsp) tepung gandum (sukat dan kemudian kurangkan 2 Tbsp tepung gandum ni, kalau guna sukatan Tbsp - letak 3 Tbsp jer)
  • 2 Tbsp serbuk koko
  • 1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain :
  • 2 oz (60 gm) mentega (dicairkan dan disejukkan)
  • Buttercream secukupnya 

Cara-cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata. Keluarkan 1-2 Tbsp adunan ini dan campurkan sedikit coklat paste atau coklat emulco dan gaul rata. Kemudian masukkan adunan yang sedikit ini ke dalam beg plastik untuk dibuat corak nanti.
  3. Tuang adunan yang asal ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya. Paipkan adunan yang diwarnakan coklat tadi dan buatlah corak yang diingini.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat. 



NOTA :
  • Kepada kawan-kawan yang meminta sukatan bahan di dalam ukuran yang lebih mudah, Naz sudah letakkan ukuran dalam sukatan 'gm' dan juga sukatan 'spoons'. Harap telah membantu.

SELAMAT MENCUBA!

42 comments:

ilahjy said...

salam naz... kak tak pernah menjadi mengulung asyik patah... byk resepi dari naz kak simpan..tapi bila gunaoz kak kalah sbb timbangan kak tak de oz..huhuu...kena tukar laah..hehe
naz lain kali tunjuk cara gulung hehe gada2

tun_telani said...

uhuk uhuk.. jeles! jeles! cantik menawan kejadian kek nih..
weight in gram puhlezzz.... nk guna online converter takut tak accurate =)

Unknown said...

waahh.. jelitanya nazz...
jeles nih.. sungguh! tak tipu..

Kak Sam said...

Cantikk. Mesti sedapkan.

alamanda said...

bunyi mcm senang. Tp belum ada keberanian nak cube. Hehehe.

Mas said...

cantiknya swiss roll tu...
cantik dan sempurna...

Chik Mimi said...

kan dah mula hehehe akak pun ngidam nak ghase jugak camne tu?

Yat Maria said...

Naz

Aku suka arr..cun melecun ni kek gulung!! Peberet arrr espeseli ngan buttercream...ko anto aku segulung arr!!

CT Delima said...

As'salam Nazrah

cunya swiss rool tu. memang betul nak buat kek ni nampak macam mudah, tapi baila dah buat kita sendiri tahulah macamana kesudahannya. kak ct pun mula2 buat kek gulung ni macam tak yakin gak. nak2 masa nak mengulung tu, tapi alhamdulillah first time buat memang tidak menghampakan.

zarin said...

wahhhh! cantiknya kek gulung ni...eh, nanti kalau kita balik raya nanti kita nk order buleh? ehehe mak kita suka kek gulung tp kita tk reti nak buat ;-))

Nadz Nazharzan said...

Kak Ilah:

kak ilah, Naz dah letak ukuran dlm gm dan juga spoons.. Boleh la cuba.. Kek ni rasanya ramai yg dah cuba.. Mmg x bnyk masalah..
Ooooo.. nk cara2 gulung pulak eh??Hehehe... nanti eh..

Nadz Nazharzan said...

Tun:

Tun, jgn jeles tun.. Kalau tun buat mesti jadi nye.. Tu akak dah letak berat dlm gm dan spoons eh.. Boleh la buat..

Nadz Nazharzan said...

Hann:

Auww..tq..tq..I ker yg jelita Hann?? Hahahaa...

Nadz Nazharzan said...

Kak Sam:

Mmg sedap kek ni kak. Rasa dia lembut dan sedikit moist gitu..

Nadz Nazharzan said...

Mas:

Tq Mas.. Alhamdulillah sebab menjadi tu yg nampak sempurna tu..

Nadz Nazharzan said...

Chik Mimi:

Oooo chik mi pun ngidam ker.. Alaaaa..kalau pos kek ni, cair nanti cream dier.. Tak pe, Naz poskan kek jer..nanti akak sapu krim sendiri dan gulung eh...heheheee

Nadz Nazharzan said...

Yat Maria:

Ko suka ye Yat kek gulung.. Cam anak2 Naz jugak.. Ko nak segulung jer ke?? cukup ke tu?

Nadz Nazharzan said...

kak CT Delima:

Waalaikumussalam kak. Aaahh..kalau baca resepi tu nampak mudah jer tp bila nk menggulung tu utk 1st time cam takut2 gak kan. Tapi bila sekali manjadi, nak buat lagi ..

Nadz Nazharzan said...

Zarin:

Ala Zarin, U buat mesti jadinye laaa... Try la.. Guna resepi ni Insyallah jadi..

mamasya said...

Assalammualaikum Naz.apa kabar? baru berkesempatan nak jln2 blog kwn2..rindu dgn kwn2.menjadi kek gulung Naz tu..
kuih lapis sagu kat bawah tupun cantik...suka tengok

cikmanggis said...

wah sungguh cantik..terima kasih kerana sudi berkongsi tips & resepi yang sungguh berguna ni:)

izahdaut said...

akak.. resepi buttercream?
wahh ngengadakan banyak permintaan..tapi memang cantik2 la kek gulung akak ni. akak buat bisnes ke? cantik. kengkadang mmg agak merisaukan nak beli kek yang guna banyak telur ni,pertama adakah telur yg digunakan itu berbasuh.kan? kite ni buat sah sah la basuh. sebabkan kak, kengkadang tu boleh terggit kulit telur dlm kek beli. especially kek cipon. oh noo..terus tak makan dah kalau tergigit.

Nadz Nazharzan said...

Mamasya:

Kakkkkk...waaa rindu sama akak laaaa... Tq kak..Naz selalu buat swiss roll mmg guna resepi ni sbb hasilnya mmg x pernah mengecewakan.. Kuih lapis sagu kat bawah tu bukan jer cantik tapi mmg sedap banget..

Nadz Nazharzan said...

cikmanggis:

Kak terima kasih.. Ala tips sikit2 jer tu tp suka dapat share ngan org lain..

Nadz Nazharzan said...

Izadaut:

Amboi2x.. dia pun nak request gak.. nanti akak letak resepi buttercream dalam entry lain lak..

Izah, akak dah lama sangat rasanya x beli kek dari luar.. Kalau anak2 nak, sebolehnya akak cuba buat sendiri.. Atau pun beli dari pembeli yg kita yakin buatannya contohnya beli dari Izah ker..:))

inahar ali said...

waduh naz...cantek banget swiss roll nih..dh terliur dh akak tgk..bak sepotong..x sabar jek nk ngaap!! huhuu...

Nadz Nazharzan said...

Kak Inahar:

Kak, kalau duduk dekat bukan setakat sepotong..berpotong2 pun boleh hehehe..

cik cek said...

Salam Naz...pekabo naz n family...sihat2 selalu ya...

Cantiknya swidd roll...lama bebeno kak cek tak membuatnya...teringin la pulak nak mengswiss roll...bila ek...he he ...:)

Anonymous said...

salam naz...cantik la gulungan swiss roll naz tu....mmg berseni...

Nadz Nazharzan said...

Kak Cek:

Waalaikumussalam Kak cek.. Alhamdulillah..Naz & famili sihat2 belaka di sini..

Hahaha..Kak cek, dia bila sekali dh mula mngulung, nanti nk buat lg..

Nadz Nazharzan said...

Eni Osman:

Tq Eni.. Boleh la jugak menggulung..hehehe.. Eni pun boleh juga..Cuba la...

Nadz Nazharzan said...

Zuwairi Aiman:

Terima kasih Zuwairi..

shabbycottage67 said...

Hi, very tempting..yummy!!! btw wen di roll the cake: wen the cake is completely cooled or warmth cool?

Nadz Nazharzan said...

shabbycottage67:

Hi there. Thanks for dropping by my blog. Actually there are 2 opinions about when to roll the cake. Some said when it still warm and others said when it completely cooled. As for me, I always done it when it completely cooled because I always busy doing something else after took out the cake from the oven. I also have tried to roll it when it still warm and both ways seem worked for me. Hope this answer will help you a bit..

ally lee said...

thnx nazz sya akan buat kalau ada oven yg khas buat swiss roll ni

ally lee said...

thnx nazz sya akan buat kalau ada oven yg khas buat swiss roll ni

Qaira Ermisya said...

Boleh tak naz bagi sukatan gm

Qaira Ermisya said...

Boleh tak bagi resepi butterkrim

Unknown said...

Salam naz..klau tk nk buat wrna cklt cmna ya..tnks

Unknown said...

Salam naz,Klau tk nk buat wrna cklt cmna ya..tnks

Unknown said...

Terima kasih resepi..memang menjadi.. halalkan ilmu..

INDRIAS PRIASTUTI said...

Halo semuanya, nama saya Indrias Priastuti seorang wanita dari indonesia, dan saya bekerja dengan negara berkembang biak, dan kami telah mendengar dan juga dari perusahaan pinjaman, saya ingin segera menggunakan media ini untuk seluruh indonesia untuk mencari pinjaman internet Sangat hati-hati - Berhati-hatilah agar tidak jatuh ke tangan scammers dan penipu, ada banyak kreditur kredit palsu di sini di internet dan beberapa dalam upaya asli dan nyata,

Saya ingin memberikan kesaksian saya tentang bagaimana ALLAH membimbing saya ke pemberi pinjaman nyata dan dana pinjaman nyata telah mengubah hidup saya dari rumput menjadi Anugerah, setelah saya tertipu oleh beberapa kreditur kredit di internet, saya kehilangan banyak uang untuk biaya pendaftaran . . , Garansi, pajak, dan setelah pembayaran saya masih belum mendapatkan pinjaman saya.

Setelah berbulan-bulan di internet dan jumlah uang yang dihabiskan tanpa mendapatkan pinjaman dari perusahaan mereka, maka saya menjadi sangat putus asa untuk mendapatkan pinjaman dari kreditur kredit asli online yang tidak akan menambah rasa sakit saya jadi saya memutuskan untuk menghubungi teman saya yang baru saja mendapatkannya. Pinjaman online, kami meresmikan kami tentang masalah ini dan dia menceritakan kisah seorang wanita bernama Mrs ELINA JOHNSON yang merupakan CEO ELINA JOHNSON GLOBAL LOAN.

Maka saya dan suami mengajukan aplikasi untuk jumlah pinjaman (Rp 1.000.000.000) dengan tingkat bunga rendah 2%, tidak menjaga usia saya, karena saya mengatakan apa yang saya ingin membangun bisnis saya dan pinjaman saya telah disetujui dengan mudah. Tidak ada stres dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit dan dalam waktu kurang dari sehari setelah sertifikat yang saya setorkan ke bank dan impian saya masuk. Jadi saya ingin saran yang memerlukan panggilan cepat sekarang atau email di elinajohnson22@gmail.com

Tidak hanya sampai di situ, sang ibu memastikan tim ahlinya membantu Anda dalam berinvestasi sehingga Anda tidak akan pernah bangkrut lagi dalam hidup Anda.

Dia adalah wanita yang sangat baik dan dia tidak tahu saya melakukan ini. Saya berdoa semoga ALLAH memberkati dia untuk hal-hal baik yang telah dia lakukan dalam hidup saya. Anda juga bisa menghubungi saya di indriaspriastuti2@gmail.com nice day info lebih lanjut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...