Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 11 June 2011

SWISS ROLL KAPPUCCINO


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Swiss roll kappuccino pula keluar kali ini. Lama rasanya tak buat swiss roll. Masih menggunakan resepi yang sama seperti swiss roll-swiss roll yang terdahulu cuma diubah suai sikit bahannya untuk menjadikan swiss roll kappuccino pula.


Sedikit corak di permukaan kek itu Naz buat dengan melorekkan emulco kopi menggunakan hujung lidi sebelum kek dibakar. 

Untuk filling swiss roll ini pula, Naz mencampurkan juga sedikit serbuk kappuccino ke dalam buttercream yang digunakan untuk menerbitkan rasa kappuccino di dalam krimnya. 



SWISS ROLL KAPPUCCINO
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan [A] :

  • 3 biji telur gred A atau B
  • 2 oz/ 60 gm/ 4 Tbsp gula kaster
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1/2 Tbsp ovallate
  • 1.5 oz/ 5 Tbsp tepung gandum (timbang dan kemudian kurangkan 3 Tbsp tepung gandum ni)
  • 3 Tbsp serbuk kappuccino Indocafe
  • 1/2 Tbsp susu tepung

Bahan-bahan lain :
  • 2 oz/ 60 gm mentega (dicairkan dan disejukkan)
  • Buttercream secukupnya 

Cara-cara :
  1. Pukul bahan-bahan [A] dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim (lebih kurang 7-9 minit).
  2. Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang 11" X 8" yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
  5. Setelah selesai proses pembakaran, keluarkan kek dari oven. Biarkan sejuk seketika. Letakkan sekeping kertas kalis minyak di permukaan kek dan terbalikkan kek ke atas permukaan yang rata. Bahagian bawah kek kini berada di atas. Tarik perlahan kertas alas pembakaran tadi.
  6. Sapukan permukaan kek dengan buttercream secara lemah lembut.
  7. Gulung kek dengan cermat. 
SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Bungadamia said...

Yummy..sedapnya..Saya buat tak jadi la naz

Nazrah said...

cantiknya roll nya..tak pecah pun..

izahdaut said...

kak nazzzzzzzzzz.. cantiknya mcm kat kedai. licin je kulitnya tu.. bagi tips canner tak merekah elok je gulung nyer tu

alamanda said...

wow naz. ko mmg hebat!

dZana said...

wah naz.. terbau2 kapucino ..brpa roll buat ni.. klau akk se roll tu akk sorang jer.. hihihi

anymz said...

cantiknya naaaaaaaaz,,licin tul kulitnya tu.nanti balik kg bawak kan tuk akak pulak yo.hehe

Mas said...

wahhhh..cantiknya swiss roll tu...
geramm mas tengok...
menawan hati betoii...

Nadz Nazharzan said...

Fiza Damia:
Fiza pernah cuba resepi ni tak? Try la.. Naz 1st time buat swiss roll mmg guna resepi ni.. mmg menjadi..Alhamdulillah..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nazrah:

tq kak.. Resepi ni mmg fav Naz sbb selalunya mmg tak keciwa dgn hasilnya..

Nadz Nazharzan said...

Izah daut:

Tq Izah.. Akak tak der tips sebenarnya.. Mmg rasanya resepi ni menjadi jer utk semua jenis kek gulung yg akak pernah buat dan variasikan..
Mungkin petua ni membantu..Sila gulung dengan lemah gemalai yer..hehehe

Nadz Nazharzan said...

alamanda:

Pat..tak der la hebat mana pun.. Biasa jer tu.. Ramai lagi org lain yg boleh buat gak..Ko pun boleh Pat..

Nadz Nazharzan said...

dZana:

Kak Zana...mmg harum bau kapucino ni kan.hehehe.. Naz buat 1 roll jer jenis ni dan 1 roll lagi perisa coklat..Mmg 1 roll tu sekejap jer pinis..

Nadz Nazharzan said...

kak Anymz:

Tq kak Nim.. Boleh kak..boleh.. Nanti den buek kan utk kak Nim pulak yo..hehehehe..

Nadz Nazharzan said...

Mas:

Mas..cantik dipandang, sedap dimakan..heheheee..

Love2cook Malaysia said...

Feel like slicing the cake and having it all by myself now!!! :D

Nadz Nazharzan said...

Love:

hehehe... Kalau rumah kita sebelah2, x de masalah nk hulur kat you sebatang swiss roll ni... Takpe, you slicing jer dlm mimpi dan makan sampai abis yer..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...