Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, November 20, 2011

SERI MUKA GULA MELAKA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salah satu juadah yang sesuai untuk minum pagi atau pun minum petang. Kuih ni mesti ramai yang tahu membuatnya. Naz buat satu loyang segi empat dengan ukuran 7" X 7". 

Anakanda Husna suka makan terutama lapisan pulut tu, manakala anakanda Hani pula suka makan lapisan gula Melaka tu. Jadi bila suapkan Hani, bahagian pulut yang tak berapa dia nak makan tu, Husna yang akan tolong habiskan. 

As for me, tak boleh makan kuih ni sebab tak boleh berhenti..hehehe.. Lepas sepotong, sepotong lagi yang masuk ke mulut. Cakap jer tak boleh makan tapi dah berketul-ketul yang hadam di dalam perut. Setiap kali suapkan Hani, sepotong kuih tu, Hani makan 1/4 bahagian jer. Yang lagi 3/4 bahagian sepotong kuih tu masuk perut ummi dia..huhuhu...
  

SERI MUKA GULA MELAKA

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.

Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

19 comments:

lina_pg said...

assalam Naz, anak2 ni mcm2 pesen..seb baik sorang makan pulut, sorang mkn tang kepala tuh.kalau tak, mmg ummi dialah yg kena perabih..

nOOrsha said...

salam kak naz cayang...kek coklat munira tu kan kalo dibakar permukaannye x lembab, mungkin kering sket, tp tekstur alam tetap lembab..tp xla sekering dan segaAring kek lain yg dibakar..hehehe..suhu saye slow kan..selalu bakar kek sy gune 150c tp utk kek munira sy gune 130c saje..so masih terasa kelembapannye walo dibakar :)

sedapnye serimuke comel akak ni..klo dkt da amik sepiring..hehehe

Kak Rose said...

Naz...kak rose pun x leh makan ni... eh eh... x leh berenti kalau dapat makan! lama dah x buat serimuka!

dZana said...

anak2 akk tak suke pulutnya.. selalu tinggal jer dlm pinggan.. tu yg kalu buat akk buat nipis2 jer pulutnya.. nnti akk nk try rspi ni la pulak.. suke rasa gula merah tu..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz kak ros selalu teringin nak buat kueh mueh traditional,tapi geram dgn rakyat jelat kat sini yang tak brapa suka...Kalau buat nak kena makan sorang2.Sedih tengok org buat kueh sedap2.

E-na Lovely Kitchen said...

sedapnya kuih serimuka...tapi e-na fail la nak kukus tu mesti x cantik kejadiannya...hulur sepinggan...;)

Chik Mimi said...

Naz akak pun tak leh makan jugak ni kalau makan tak boleh berhenti hehehe akak punya fave ni ,
akak sibuk sikit sehari dua ni

Zaliedana said...

Assalam kak naz,Adeiii serimuka gula merah lah pulak,msti sedap kan,xpernh lagi wat versi gula merah,versi pandan tuh pernah la kak..

Anna Qawina said...

akak ..nak kuih..laparr..grr..gigit kang monitor nih..

quinnie said...

kaknaz..makcik saya baru je kata...lamanya saya tak buat kuih ni...saya suka yg guna gula merah dari perisa pandan....sedapnya lama tak makan...

Ida,Japan said...

sedapnyer naz...kuih yg ida tak pernah buat naz...teruk betul ida ni...sbb apa che abg kureng sikit kuih2 gini.....

Ayu said...

Assalam naz, wah serimuka gula melaka sedap ni..akak pun dah lama tak menalam..uish nak keluarkan steamer malas pulak..heheh sedap nampak kuih naz ni..

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. menariknya nampak kak.. ita tak pernah cuba tapi suka makan atasnya tu sedap

anymz said...

naz makan byk2 pun takde effect apa2..hehe
body maintain je akak tengok tapi kalau naz jumpa akak lepas ni mesti terkojut..akak dah debab...huhu

Mamasya said...

Aslmkum Naz.akak suka dg kuih serimuka....tambah2 dgn gula melaka kat atasnya.bila buat kuih anak suka mkn...seronokkan tp hero2 akak wpun suka pulut tp bila dah jadi kuih tak nak pula..

Nieza said...

assalam kak Naz, suka kuih seri muka ni...sedapnya kak lama dah tak buat ni.

kuih rengas kat bwh tu pun nampak sedapla kak:)

nuwairani ismail said...

sedapnya seri muka...adoi...nak buat tak reti la pulak...nantilah baru belajar buat ni...suke sgt makan.

Yatie said...

akak mmng suka kuih serimuka, kalau guna gula melaka mcm ni lagi bestkan..

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz..Berseri2 Kak Lin Tgk Seri Muka Gula Melaka Tu..CANTIK!
Semestinya SEDAP!...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...