Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, November 18, 2011

KUIH RENGAS / KUIH KACANG HIJAU / KUIH KASTURI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Kuih Rengas atau pun Kuih Kacang Hijau ni dibuat untuk sarapan dan juga minum petang. Kuih ni boleh dibuat sekali banyak dan lepas digoreng sikit jer, sejukkan dan simpan dalam peti sejuk beku (freezer). Jadi bila nak makan, cuma keluarkan dari peti sejuk beku dan biar seketika dalam suhu bilik kemudian bolehlah digoreng hingga masak sepenuhnya.
Suka betul anakanda Husna makan kuih ni lebih-lebih lagi di bahagian kulitnya yang rangup-rangup tu.


KUIH RENGAS atau KUIH KACANG HIJAU atau KUIH KASTURI
Bahan-bahan :
  • 1 cawan kacang hijau
  • Air yang cukup untuk merebus
  • 1/2 - 3/4 cawan gula perang lembut atau gula pasir biasa (adjust ikut kemanisan yang dikehendaki)
  • 5 sudu besar kelapa parut muda 
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3-4 sudu besar tepung gandum
Cara-cara :
  1. Basuh dan rendam kacang hijau selama 1 hingga 3 jam.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk (seelokknya dalam periuk non-stick) dengan air yang mencukupi dan rebus hingga empuk. Kalau masih keras, tambah sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.
  3. Bila air hampir kering,masukkan gula, kelapa parut muda, tepung gandum dan garam. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering. Tutup api dapur dan sejukkan.
  4. Setelah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Kemudian leperkan.
  5. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  6. Celup adunan kacang hijau tadi ke dalam batter dan goreng hingga garing. Kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, goreng sekejap je. Jangan sampai garing. Kemudian sejukkan dan simpan ke dalam peti sejuk beku.
Bahan-bahan  Batter (untuk menggoreng) :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam
  • Air yang cukup
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk sambil masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan batter yang dikehendaki. 
SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Liza said...

salam naz....mmg dah lama sgt akak xbuat kuih rengas ni.....bdk2 ni xmkn,tu yg malas nk buat tu....hihihi

CT Delima said...

As'salam Naz


Memang fav k.ct juga ni. Tersangat lah suka nya pada kuih gendang kasturi/ kuih rengas ni, hubby k.ct lah paling suka bebenor..hehehe. macam teringin nak buat juga. terima kasih kerana mengingatkan k.ct akan kacang hijau yang ada 2 bungkus masih tak terusik tu ya Naz cayanggg.. hehehe

Tapi pagi ni nak mintak yang Naz masak ni jer lah ya :)

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, akk masa sekolah dulu suka beli kuih kacang ni, suka kulit dia yg rangup tu, lamanya tak mkn kuih ni, selalu beli, inti keras dan kulit pun mcm liat je..terhenti selera nak mkn. Yang ni nampak ranggup best lak, puas hati buat kan

ady said...

as-salam naz
sedap tu kuih gendang kasturi..dah lama tak buat..selalunye beli aje..

cik cek said...

Macam2 nama kuih ni kan...kak cek pun suka makan...penah buat lama dulu...he he...punyala lama tak penah buat lagi...:)

Sari Yusa Ibrahim said...

ni fav my hubby, tapi aku tak pnah buat punnnn, hihi

Nurul said...

Assalam K Naz,
sedap kuih ni, nurul suka jgk, tapi x pernah buat sendiri... lama dah x makan, dulu2 mak yang selalu buat sbb arwah abah suka...

tun_telani said...

sedapnyer kak naz.. dulu masa zaman sekolah tun suka beli kuih nih, dh lama x makan. tun pernah buat sekali je. bila buat tun sorang je yg semangat makan, tu yg lemah sket tun. meh mintak sepeket yg frozen. hihi

Zaliedana said...

Assalam kak naz,kuih nih sy pon suka,selalu mak yg duk wat,mmg xpernah beli kuih nih,sbb dah tau yg beli ssh nk jumpa yg sedap,sy pernah la wat kuihni guna resepi kak hasue,b4 nih mmg xtau n xambk tau time mak wat,huhu..
Pstt kak,time rajin nak update kak,time malas tuh 1pe pun xda kak,hihi..

Chik Mimi said...

Akak punya fave ni jugak naz,sekarang susah nak jumpa yang sedap

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
nie kuih fav anak diana nie.. tp diana x perna lagi buat sendiri.. :D. biasa beli jer.. rajin naz buat kuih nie..

Mama2Q said...

oh rengas namanya..saya makan jer, nama kuih ni pun tatau..hehe

Ida,Japan said...

pernah buat gak..lama dh naz, tapi mana entah pegi gambarnyo..last2 tak dpt nk publish sbb nk buat lagi..kalau beli kcg ijau, akan jadi bubur jer sentiasa naz

Mamasya said...

Aslmkum Naz.kuih rengas ni teringat dulu mak selalu buat utk jual. suka dgn kuih kacang gini tp belum pernah buat sendiri.

ijan said...

Salam Kak Naz,
Kuih tradisional ni... kulit yang rangup2 tu memang best. saya suka makan yang tu dulu baru makan inti :)

nOOrsha said...

salam kak naz cayang..amishyu kak..sedappnyyeeee kuih ni..sy suke juge makan..tapi nak main x aci sket, nak yg kerak2 tu je..yg blah dalam tu takmo..boleh? hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...