Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 15 November 2011

PUDING ROTI MARBLE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk kesekian kalinya, puding roti marble ni dibuat kerana amat mudah dan ringkas serta sedap rasanya. Naz buat puding ni kali ini untuk dibawa sebagai buah tangan ke rumah SIL yang menjemput ke rumahnya untuk jamuan sempena masuk ke rumah barunya. Naz bawa puding ini yang memang mendapat sambutan hangat di sana bersama Talam Cendol yang dipublish sebelum ni. 

Boleh lihat hasil puding ni yang terdahulu di SINI atau di SINI. Cuma kali ini Naz tidak letak serbuk koko dalam salah satu adunan yang telah dibahagi 3 seperti terdahulu. Naz cuma mewarnakan adunan dengan 3 jenis warna yang berlainan sahaja.

Cepat betul puding ni habis dalam masa tak sampai 1 jam. Budak-budak suka betul dengan puding ni sebab ianya bewarna-warni. Ada pula orang yang minta terus resepinya di majlis tu...hehehehe..


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo (Naz tak guna kali ini)
  • 3 jenis pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.
SELAMAT MENCUBA!

21 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz...
wah cantik sungguh puding roti tu naz... sukanya diana tgk.. gabungan warna yang sgt menarik... mmg cantiiik sgt!

cik cek said...

Cantiknya pelangi.....kaler2 yang ceria....:D

Liza said...

salam naz...mmg meriah kaler puding tu..

anymz said...

cantik tul puding naz ni..

pstt..tau tak?akak tak ponah buek lagi puding roti versi ni tau..huhu

Qhaifa Nur said...

puding roti biar betul...
cantik sangat kalernya...

Sheila Shafeareen said...

As'salam cantik sweet je warnanya..pernah buat tp x menjadi...lembik....bila lah nak cuba ni...

Chik Mimi said...

cantik ler Naz nak masuk list hehehe

dZana said...

btul cam plangi la naz.. cantik.. suk akk tgok..

Mimiey.. (^-^) said...

cantik kaler2 die...soft je...
mesti sedapkan kak naz...
nnt nak tryla...
nmpk bahan2 die cam agak mudah...hehhehe

Kak Rose said...

puding ni pun sllu kak rose buat untuk buah tangan kalau ada majlis makan2... mmg laku sungguh, cantik dan yg penting sedap!

ady said...

as-salam naz
cantik puding ni..nice combinations of colour..

Nazrah said...

adik beradik memang suka buat puding ni..heheheh

Yana Shaiful said...

salam Kak Naz..suka tgk kalernya..bdk2 mst suka kan..kaler yg ceria gitew..:=)

LiNa_Pg said...

aduss..sungguh kutergoda ngan puding roti marbe neh..cantik dan tentunya sedap

Zalieda Zaliedana said...

Kak Naz,mmg cun sgt,mesti sedap n lemak manis kan,msk list jugalah resepi nih,tapi xtau la bila nak try,huhu..

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, cantiknya puding roti marble tu, tgk pun rasa nyaman je tekak akk ni hehe

tun_telani said...

cantik sgt kaler! mmg puding2 gini sesuai wat bila ada makan2, senang dan cepat je laku kan.

Mamasya said...

Aslmkum Naz.cantik kombinasi warna puding Naz...lembut je...patutlah cepat habis.talam cendol kat bawahpun nampak sedap..
re;Naz, nasib baik straw cukup pjg nak sedut..hi..hi.. kat kelate mmg femeskan sup gear box

quinnie said...

akak..cantiknya belang2 dia...suka....agaknya saya hari tu masak tak pekat sgt tu yg susah skit nak belang2 kan dia cam gini..jadik marble belangnya...hahaha....suka resepi akak ni..sedap..:)

Unknown said...

wahh cunnya warna puding ni kak....lama dah tak buat teringin lak rasanya...:)

siti hazreen said...

macam warna aiskrim paddle pop :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...