Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, November 1, 2011

BEBOLA COKLAT URAI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah satu lagi projek  yang Naz buat selepas membakar Simple Chocolate Cupcakes hari tu. Naz bakarkan sedikit adunan kek cawan tu di dalam loyang kek. Kemudian dari kek yang siap tu, Naz buat 'Bebola Coklat Urai' ni pula.


Dulu Naz dah pernah letak hasil dan resepi bebola coklat urai ni di dalam blog. Naz jumpa resepi daripada Chef Anuar ni di dapur cyber Maklang Azie tapi bukan dapur cyber yang sekarang (maklangazie.blogspot.com). Naz jumpa di dapur lama Maklang Azie (ulampegaga.fotopages) yang sekarang ni telah ditutup oleh tuannya. Jadi minta maaflah ye sebab link daripada dapur ulampegaga.fotopages tu tak dapat dijumpai sekarang. 

Cuma kali ini, Naz buat tidak mengikut 100% resepi. Oleh kerana kek coklat ini memang moist dan penuh dengan rasa coklat, jadi Naz tidak masukkan coklat masakan yang sepatutnya ada di dalam resepi. Berat bahan-bahan juga Naz tak sukat kerana Naz agak-agak bila adunan dah boleh dikepal menjadi bebola setelah digaul kek dengan jem tu, terus je buat bebola-bebola kecil. 

Ok, untuk resepi dari chef Anuar ni, boleh klik pada link di bawah iaitu di posting Naz terdahulu :
~ Bebola Coklat Urai resepi Chef Anuar ~


Untuk resepi kali ini, ini bahan-bahannya.

BEBOLA COKLAT URAI

Bahan-bahan :

  • Sedikit kek coklat dari resepi  Simple Chocolate Cupcakes
  • Jem strawberry atau raspberry atau blueberry
  • Sedikit kismis atau kekacang sekiranya suka
  • Coklat urai secukupnya
Cara-cara :
  1. Hancurkan kek dgn tangan yang bersih.
  2. Masukkan kekacang atau kismis dan jem sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan kek boleh dikepal (tidak berderai).
  3. Bulat-bulatkan adunan dan golekkan ke dalam coklat urai. Masukkan ke dalam papper cup. 
  4. Boleh dimakan.
NOTA :
  • Anak-anak Naz suka bila bebola-bebola ni Naz sejukkan dulu di dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA!

20 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Naz menu raya dah siap ya? sedap tu!

quinnie said...

comelnya kek ni kak naz...suka tengok..:)

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
comelnya tgk bebola coklat urai tu naz.. kalau ler bebudak tgk nie.. pasti suka kan... nie diana pun dah suka dah nie... nak jugaaa.. :)

Qhaifa Nur said...

coklat urai, itu yang tertarik...
sedap sudah tentu...

Nieza said...

Assalam Kak Naz, dulu pernah juga simpan resepi coklat urai ni tapi tak teringat nak cuba...menarik kan sure bebudak suka:)

dZana said...

kuih raya haji ke naz.. cantik warna warni bebola ni.. suke anak2 dpt mkn

tun_telani said...

kak naz! omey!! budak2 mesti lagi suka kalau wat mcm ni kan.. kalerpul lagii..

Zaliedana said...

Kak Naz,alahai comey sungguh,yg plg berkenan tuh ngan tempat akak letak bebola tuh,kalo ank sy tgk ni pon mmg dia berkenan nih..

nuwairani ismail said...

sangat comel la menatang 3 ekor tu...kite tak pernah terfikir pulak nak snap gmbr mcm tu..comel sangat!

kzai said...

salam nadz..bebola coklat urai mmg digilai kanak2..tumpang sekali mak & bapak nya..hehehe

Ida,Japan said...

dh start ujan ke naz..dah musim dia kan,nak buat cammana naz....comel2 la coklat urai tu..mesti bebudak suka sgt ni

Anna Qawina said...

cantik sgt tu...sah2 le anak2 suka kan..mak pun suka..

Mak Qis said...

pesal la rajin betol si naz neh...siap kalerful bagai tuh...mmg bdk2 suka la kalau gini kan...

lyn at home said...

cutenya..Naz, anak lyn lama suruh lyn buat tapi lum ampai Aura rajin lagi hihihi

Ummi said...

Assaalam Naz, cute eh bebola coklat nih...kanak2 riang mesti suka... Kat rumah akak, mesti remaja2 riang suka gak...hehehe

Mamasya said...

Aslmkum Naz..

tomei2 bebola coklat urai pelbagai warna tu... memikat hati kanak-kanak.teringin nak buat tp kat sini tak da jual coklat urai....stok bawa dah habis ...yg tinggal warna choc saja. lauk asam rebus Naz kat bawah tu memikat selera betul dg tempoyak...
re; anak2 itulah kalau nampak makanan yg lain sikit....akan tanya dulu baru nak mkn...

Ida,Japan said...

Naz..dtg lagi he..he, naz..bake cheesecake sebenarnya tak susah la naz, kalau ada blender besar lg senang, masukkan sume dlm blender..blend sebati....dh boleh bakar, cuba la naz, buat yg mana2 simple dulu..

Juwita Jamaludin said...

anak ita tak leh tgk ni nant dia minta buat.. hihi diorang suka coklat2 ni..:)

ilahjy said...

comeinyaaa.. yg ada gmbr katun tuuu hehehe nak pinjam leh takkk>.? kak ilah tidoqqq berteman kan 3 ekor bear.. ngalahkan anak2...kdg2 kak berbual dgn bear2 tu..kekekee anak2 tergelak jer tgok gelagat mama
syhhhh.. sekut raya lepas masih ada lagi huhuuuuu tak hbis lagi

ijan said...

Salam kak Naz,
Rajinnye akak buat coklat mini ni..kuih raya ke kak? hehehe.... comel2 je duduk dlm bekas bear tu. :)

Lama juga akak kat Perth ya… mesti rindu kehidupan kat sana kan… nanti ada peluang, boleh pergi lagi melawat kawan2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...