Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, February 2, 2012

LONTONG DAN NASI IMPIT


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salah satu menu yang agak terkenal ketika musim perayaan. Banyak versi juga cara menyediakan lontong ni. Ada yang menumis dulu dan ada yang tidak. Sayur-sayurannya pula pelbagai dan ikut citarasa setiap individu itu sendiri apabila menyediakannya.

Naz belajar memasak lontong daripada bonda di kampung. Lontong yang kami adik beradik sangat gemari  dari dulu, kini dan selamanya. Bonda Naz kalau masak lontong, memang selalu digandingkan dengan rendang daging.

Naz sendiri kalau macam malas nak menyediakan rendang sebagai teman lontong ni, mesti ada sambal tumis untuk digandingkan bersama. Buat sambal tumis tu pedas-pedas yang menyengat..perhhhhh!!! Sedap ooooo...

Lontong yang masih di dalam periuk.

LONTONG

Bahan-bahan :
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
  • 2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
  • 3 batang serai - dititik
  • 4 cawan santan cair (1 liter)
  • 2 cawan santan pekat (500 ml)
  • 2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
  • 4 biji kentang - potong 8
  • 5 batang kacang panjang - dipotong-potong
  • 1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
  • 2 keping tempeh - didadu besar-besar
  • Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji cili hijau - hiris
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
  3. Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
  4. Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.

Nasi impit.

Cara Menghidang :
  1. Masukkan nasi impit (ikut la berapa banyak nak makan) ke dalam mangkuk.
  2. Sendukkan kuah lontong bersama isinya. Sudukan sambal tumis. Boleh dinikmati.
  3. Boleh juga dinikmati bersama rendang, serunding, kuah kacang dan juga telur rebus.

SELAMAT MENCUBA!

22 comments:

HaSue said...

Kak Naz,baru nak ushar ceklat chip cookies kat bwh tu..dah kuar lontong lak..langkah kanan laa pagi ni,walaupun sebenarnya dah berlangkah2 dr mlm td x smpai2 gak..nampak header blog aje manjang.haha..

nampak sedap amat lontong tu kak..uii serius jd lapar..mcm bubur pedas sarawak pun ada lagak gayanya..perhh,meh semangkuk!heh :D

HaSue said...

Kak naz..mana pegi komen td yer?ke lom kuar?mereng jek tenet nih ..penat aii taip pepanjang..huwaa..nak lontong!nak lontong!

Melly Octaviana said...

Pagi Naz.. cocok nih breakfast dengan lontong,dulu masa melly masih tinggal di spore selalu beli lontong di kedai malay sebelum pergi office.. mau sepiring yah, belum sarapan nih.. hehe

HaSue said...

Kak naz,lontong ni mcm bubur pedas sarawak pun ada rupa paras tu..bhn2pun lbh krg guna sayur aneka..eh aneka sayur,terbalik lak.cuma kalo bubur pedas tu guna rempah/bumbu bubur pedas la..hehe..makanan popular di sarawak pd bulan ramadhan

quinnie said...

sedapnya kak naz...aduss teringat sambal kacang sotong saya..huhuhu..sedap sgt kalau makan dgn lontong nih..

ady said...

as-salam Naz
sedap pagi2 bf dgn lontong..dah lama tak masak lontong..selalunye beli aje..
btw: Tq sharing kuih seri muka gula melaka.. mmg sedap..

dZana said...

slm naz.. apa kbr.. akk cuti sakit hr ni.. sedapnya tgh lepak2 ni dpt semangkuk.. mcm selera sgt nk mkn .. hihihi

Liza said...

salam kak naz...ni peberet liza, tp kalau hubby ada mmg liza xleh nk masak ni, dia xmkn...susah betul kan...hihihhihi

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Mak aii..Naz...boleh menitis air mata akak. tenguk lontong ni..favourite akak ni...bolehtenguk tapi tak boleh makan aduh!!!!!

tun_telani said...

hehe.. ingat lg masa mula2 tun jumpa lontong ni.. xleh terima lgsg, makan nasi himpit ngan sayur lemak.. kui kui.. mmg jakun sbb biasa kt kg nasi himpit wajib ngan kuah kacang. bila dh kawin ngan org johor ni, rasa mcm sedap pulak lontong nih.

liemaopurut a.k.a ana said...

salam naz,

sedap ni kalao layan lontong.lama dah tak jumpe. kalao dapat ni mau bermangkuk2 makan nye..heheheh terlebey sudaaa

Mas said...

kak naz..
lama dah mas tak makan lontong gini...
sedapppppppnya tengok....

Ummi Alesya Sofea said...

mak oiiiii....sedapnyer!

nOOrsha said...

salam kak naz.. mmg sedap kuah lodeh dibubuh udang kering kan.. saya mulanya x minat tp bila makan yg ada udang kering terus jatuh hati.. terbaik kak.. klo de sambal kacang ke sambal tumis ke lgg best ::)

Mamasya said...

Aslmkum Naz. tumpang jamu mata dg lontong nasi impit Naz...mkn dgn sambal tumis sedapnya.teringat mak kat kg...lontong favorit dia..selalu tak miss masa raya

Ida,Japan said...

adehhhh...nk jejalan pon masa sgt jeles kt ida nihhh..curi gak masa terjah sini sbb tgk lontong naz...alahai sedapnyer..lama tak buat

ijan said...

Salam kak Naz,
Sedapnye lontong... saya suka tambah sambal ikan bilis pulak. Adoiii tengok tempe tak tahan betul lah. Mintak semangkuk kak hehe :)

Jay said...

looks super yummy & inviting..;)
Tasty Appetite

E-na Lovely Kitchen said...

tgk pinggan naz tu windu plak kt pinggan e-na di mesia...sama...hihii..rasanya mas duniaku pun ada juga set pinggan mcm ni...suka mkn lontong tp x pernah buat coz isi rumah x brp suka...minta yg naz sepinggan ye...

cik cek said...

Menu fav akak ni...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz...
wah nie fav diana n anak2 nie naz... sedapnya lontong... terasa plak nak makan ... sedap2!!

a'in fajar said...

mmm sedapnyer, teringat time raya plak..saya x penah buat tapi suka mkn..lps ni leh try resepi naz..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...