Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 27 February 2012

RED VELVET CAKE WITH FILLING


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah..tuan rumah COSK yang macam biskut chips more ni masih lagi berkesempatan untuk mengupdate blognya..hehehe.. 

Kek Baldu Merah atau lebih dikenali dengan nama glamernya Red Velvet Cake ni Naz buat beberapa hari lalu. Buat untuk merasa sendiri keenakan kek ini seperti yang diperkatakan oleh ramai orang dan untuk menunaikan hasrat anak-anak yang ingin merasa kek ini sewaktu terlihat Naz menyiapkan kek ini untuk tempahan hari tu. 

Memang tak mengecewakanlah kek ni. Encik hubby yang memang bukan penggemar kek yang tegar pun boleh kata sedap, jadi terbuktilah kek ini memang sedap sangat. Anak-anak jangan cakaplah. Berulang-ulang kali makannya terutama anakanda Haris yang memang menggemari keju. 


Kali ini, di setiap lapisan kek, Naz sapukan blueberry filling dahulu sebelum membuat lapisan cream cheese frosting. Masyallahhhhhhh..... Memang sedapppppppp sangat kombinasi rasa blueberry dan cream cheese frosting tu. Lain kali nak cuba dengan filling atau jam perisa lain pulalah (*ayat untuk menambah berat badan ni..tolongggggg!!!!!*).

Close up lapisan blueberry filling dan cream cheese frosting. Nyummmm..^__^
Untuk resepi, Naz masih menggunakan resepi dari Joy Of Baking.

RED VELVET CAKE (Joy of baking)
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
RUJUKAN : Joy of baking

Bahan-bahan Kek :
  • 2 1/2 cawan (250 gm) tepung kek*
  • 1/2 tsp garam*
  • 2 Tbsp (15 gm) serbuk koko* (*ayak bersama) 
  • 1/2 cawan (113 gm) butter
  • 1 1/2 cawan (300 gm) gula pasir
  • 2 biji telur gred A
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (240 ml) buttermilk (resepi buttermilk : 1 Tbsp cuka masakan + 240 ml susu segar-biarkan 10 minit sebelum digunakan)
  • 2 Tbsp cecair pewarna merah 
  • 1 tsp white distilled vinegar (guna cuka makan tu pun boleh)
  • 1 tsp baking soda

Cara-cara :
  1. Pukul butter sehingga lembut lebih kurang 1 minit.
  2. Masukkan gula dan terus memutar hingga ringan dan gebu (2-3 minit).
  3. Masukkan telur satu per satu dan pukul rata setiap kali dimasukkan.
  4. Masukkan asen vanilla dan putar hingga sebati.
  5. Dalam larutan buttermilk, masukkan pewarna merah dan kacau sebati.
  6. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki). 
  7. Dalam satu mangkuk, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan kek dan terus kaup balik.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 175 C selama 20-30 minit menggunakan api atas dan bawah.
  9. Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
  10. Seterusnya, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma untuk orang amatur macam Naz ni, langkah ni memang membantu).
NOTA NAZ :
  • Apabila membakar kek, sekiranya didapati bahagian atas kek telah masak tetapi di bahagian tengahnya masih belum masak(setelah diuji dengan tester stik atau lidi), letakkan sehelai aluminium foil di atas kek(letak je, tak perlu dikemaskan atau dikelim di bahagian tepi-tepi loyang tu) dan tambah lagi waktu membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Mulakan dengan menambah 5 minit, kemudian uji lagi kek dah masak atau belum. Sekiranya belum teruskan langkah ini sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil ialah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.


Bahan-bahan Cream Cheese Frosting :
  • 1-8 oz (227 gm) krim keju, pada suhu bilik
  • 1-8 oz (227 gm) keju Mascarpone, pada suhu bilik (boleh diganti dengan krim keju)
  • 1 tsp asen vanilla
  • 1 cawan (115 gm) gula aising, diayak
  • 1 1/2 cawan (360 ml) whipping cream 

Cara-cara :
  1. Pukul krim keju bersama keju Mascarpone hingga smooth.
  2. Masukkan asen vanilla dan gula aising dan teruskan memukul hingga smooth.
  3. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga sebati.
  4. Sapukan pada kek dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
NOTA NAZ :
  • Gunakan whipping cream yang masih sejuk dari peti ais bukan yang telah lama dibiarkan dalam suhu bilik untuk hasil yang lebih baik.
  • Jadi cara terbaik untuk nyahbeku(defrost) whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) ialah dengan mengeluarkan kotak whipping cream dari peti sejuk beku(freezer) dan tempatkan di dalam peti sejuk(fridge) 12 - 24 jam sebelum digunakan. 
  • Naz suka dengan Cream Cheese Frosting ni. Pada Naz, konsistensi krim ni memudahkan kerja-kerja menghias kek. Nak buat swirl pun mudah. 

Bahan tambahan : 
  • Apa-apa filling atau jem (Naz guna filling blueberry)
Nak?? Ok, buka mulut luas-luas...
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Nazd.. cantik kek nya, Melly pun dah lama mau buat cake ini,masih simpan dalam list..hehe

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, cantiknya kek, nampak sangat sedap, mmg kena lah dengan krim keju tu, teringin tahap gaban ni nak cuba, tapi krim cis lak tak ada, terbantut rasa hasrat ku ini, dh nganga luas2 ni, baling seketul dua heheh

Qasey Honey said...

asslm kak...
wah pepagi dh menayang kek yek...
mesti sedap kek ni bile dh dtambah dgn blueberry filling tu kan...

Mas said...

asslm kak naz...
wahhh...menggoda betoiii kek merah tu....
cantikkkkk.......

Yat Maria said...

Salam Naz

That's a really wonderful cake. Sedap hingga boleh menjilat piring, apalagi Naz tambah mascarpone in the frosting. 1 question, the red coloured borders & flowers tu, is it part of the cheese frosting, cuma ditambah colour, or did you make buttercream instead. Just curious la Naz..thanks dear.

Chik Mimi said...

Assalam Naz akak jugak yg tak berani nak cuba RVC ,tapi tengok naz buat bikin tak keruan hehhehe

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Naz..Dah lama duk tgk orang lain tayang kek ni...Tapi kat sini masih belum sampai seru lagi...Bila yaaaa...Ha ha ha ha ayat2 beralasan dari org kurang rajin...

mawar merah said...

Wah Naz nmpk cantik n pasti sedap. Klu akk bab deko..hampeh. Tergoda lah..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz...
cantik bebenor nampak kek bila berlapis gitu... nak try gak kek baldu ni... bak kata naz teringin nak merasa bila dgr kawan2 war2kan kesedapannya.. tp mungkin tak letak filling tu kot.. takmo menambahkan kemanisan pd kek.. hehehe.. kalau nak wat gini.. mungkin akak kena kurangkan byk gula pd kek...

aritu buat rainbow kek tunggu besday anak bujang... yg ini tunggu besday anak dara yg kecik tu la pulak kot... itupun kalau tak tukar angin ler.. hehehe..

Mama Hawa/Mama Nani said...

As salam Nadz...
Mama pun pernah buat & rasa red velvet cake mmg sedap. Cantik pandai Nadz mendeco

Jayanthy Kumaran said...

wow..this is awesome..

Tasty Appetite

dZana said...

aslmkum naz.. wah dah semakin cantik hasilnya.. mmg klasss...

Anonymous said...

wow sungguh moist kek ni...suka suka....

Lizan said...

nk tumpang tanya, whip creame tu guna brand apa ya, saje laa nk konfem ..tx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...