Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday 23 July 2011

HOME MADE CHOCOLATE


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lama sangat dah teringin nak buat coklat sendiri di rumah. Cuma masa saja yang bagai tidak mengizinkan. Tapi kali ini, berhasil juga hajat untuk buat sendiri coklat ni.


Naz buat pun tak banyak sangat. Baru kali pertama mencuba. Bila dah buat, baru tau betapa senangnya membuat coklat home made ni. Naz gunakan coklat kompoun jenama 'Colatta'. Jenama ini diimport dari Indonesia. Ada satu lagi jenis coklat kompoun ni iaitu coklat kompoun 'Beryl's'. Jenama ini pula adalah buatan Malaysia. 


Hajat di hati tu sebenarnya nak beli coklat "Beryl's" ni tapi, mak datokkkkk.. saiz tecik tak ada.. Semuanya 1kg. Dah la baru kali pertama nak cuba. Sebab malas nak menapak ke kedai alatan bakery yang lain, jadi Naz rembat jela coklat kompoun jenama 'Colatta' ni dengan berat 250 gm je. But the taste is good too. Husna siap cakap, "Emm..lagi sedap yang ummi buat la". Sebab sebelum ini, Husna selalu minta dibelikan home made chocolate yang ada dijual di pasar malam di kawasan rumah kami. Naz pun tak pernah rasa coklat tu (because I'm not a chocolate lover..hehehe). Lagi pun tak tau orang yang jual tu guna compound coklat ke atau cooking coklat sebab cooking coklat tu pun boleh juga digunakan untuk menghasilkan home made chocolate ni. Cuma dari segi rasa memang compound coklat ni lagi sedap. Macam rasa coklat-coklat berjenama yang dijual di kedai-kedai dan juga di pasaraya.


Ada tiga perisa coklat kompoun ni iaitu dark chocolate, strawberry chocolate dan white chocolate. Naz cuma beli dark chocolate dan juga strawberry chocolate. Dah tentulah yang strawberry chocolate tu untuk Husna. Tapi kalau kita gunakan white chocolate, kita boleh warnakan ia setelah dicairkan dengan apa juga warna yang kita inginkan. 

Untuk fillingnya, boleh guna apa saja yang kita suka seperti peanut butter, jam, kekacang, badam, almond, kismis atau apa saja. Cuma Naz tak letak filling tu untuk percubaan kali pertama ni. Lagi pun Husna memang tak suka coklat yang ada filling. Lagi satu reason, sebab nak cepat siap kerja sementara si kecil Hani tengah tidur masa projek ni..


HOME MADE CHOCOLATE
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • Compound chocolate (banyak mana nak guna bergantung kepada kehendak masing-masing)
  • Filling kesukaan - Peanut butter/ jam/ kekacang (roasted)/ kismis/ gajus/ badam - (option, tak letak pun tak apa)
  • Chocolate mould atau bekas silicon ais cube tu pun boleh



Cara-cara :
  1. Potong coklat kompoun menjadi kecil-kecil. Masukkan ke dalam periuk dan cairkan secara double boiler. Bila cair sepenuhnya. Tutup api.
  2. Masukkan ke dalam pipping bag atau boleh sudukan saja ke dalam mould. Paipkan atau sudukan ke dalam mould hingga penuh dan biarkan keras samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk. (Kalau guna pipping bag, nak bagi tau awal-awal ni. Coklat tu amat panas! Jadi hati-hati. Kalau rasa tak mau merasai kepanasan coklat tu, guna je sudu. Naz guna pipping bag sebab nak mudahkan kerja..kira iron lady lah ni sebab tahan panas..wakahkahkah..)
  3. Kepada sesiapa yang ingin meletakkan peanut butter atau kekacang ke dalam coklat ini, paipkan atau sudukan coklat suku atau separuh penuh saja di dalam mould. Kemudian letakkan filling yang anda gemari. Seterusnya paipkan atau sudukan coklat cair memenuhi mould. Kemudian keraskan coklat di dalam peti ais. Siap!
SELAMAT MENCUBA!

32 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz..
comelnyaaa choc tuu... rajin sungguh u buat sendiri yer.. diana pun teringin nak buat tp virus M tu selalu jer datang.. ehhehehe... tu ler kan.. kat cnie banyak choc.. tu yg M tu nak buat... huhuu... x per nak merasa yg naz buat nie dulu... meh bg diana ckit.. yg bunga2 tu... lawa

Cheq Sue said...

pagi naz...
aduhhhhh semangat tol nengok ke home made cekelat nih... pernah try buat sekali...punya la susah nak kuarkan dari mould. nanti nak cuba lah buat yang ni pulak. teringat dulu-dulu..pernah keje kat kilang Beryl's tu... ari2 makan coklat.. :)

tun_telani said...

kak naz: rajin sungguh akak ku ini.. tun penah 'terpaksa' beli choc homemade nih. ye laa, dh org mcm paksa2 gitu jual kan. dh laa mahal, pastu rasa dia, kunyah2 berminyak2 rasa dlm mulut, xleh nk telan. kalau beli choc yg terlampau murah mmg dia x mencair dlm mulut. wat sendiri lagi sedap kan.. atau kalau malas mcm tun ni, beli chocolate cadbury je kalau nk mkn.. haha

Ida,Japan said...

rajin naz homemade cho...cantik, comei..kat Japan ni Naz, kalau dekat Valentine day..ada la diaorg jual, alat-alatan tuk buat homemade choc ni..belum ada seru nk buat lg..he.he

Deliah's Deli said...

cantik sungguh..suka tgk warnanya,sweet sgt. suka la yg ada '!' tu...mcm bg peringatan..*haipp, jgn mkn bnyk2! :)))

HaSue said...

Kak Nazzzzz...hahaha..sy duk termimpi2 nak buat ceklat sndiri nih..tp MALAS nyerrr kak oiii...tengok2 kak naz dah post pg ni..semangat laa kejap..kalo bertahan lama semangat kang leh laa buat..kalo xde kuar ceklatnya kang mesti semangat dah terpadam masa mandi tgh hari.huehuehue..

comel laa ceklat kak naz nehh..mcm yg membuatnya gak..
hani x kacau ke ms akak buat ceklat ni?hehe

nOOrsha said...

salam kak naz..mmg seronok wat coklat sendiri kan kan... hehe...pernah wat ritu pkai peanut butter filling..tp x secantik akak nyer :)

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, cantiknya home made cikelat tu, rasanya pasti sedap ni

Mamasya said...

Cantiknya cho Naz buat...sesuai kombinasi warna pink dgn choc terutama yg bunga ros tu...

Unknown said...

Naz, first time buat mesti seronok kan? tapi bila dah selalu mcm akak ni, sampai takde org nak mkn dlm rmh ni...hehe..yg warna merah tu akak biasa beli tp tak sedap kan? sb takde koko jd kena campur dgn coklat.
Naz letak la inti kacang ke....tp bebudak mmg tak suka ada inti la...

anumuchan said...

comel je kaler die pink2 gitu..heeee

Khai Akmal said...

Comel-comel coklat akak. :)
Jika akak sudi, saya ada tips nak kongsi dengan akak.

Coklat Compound ada yang jenis Milk juga (Bukan coklat putih). Kalau akak ganti Dark coklat tu dengan Milk coklat lagi sedap kak.

Untuk Milk coklat saya rekemen akak guna jenama Beryl's sebab Milk coklat jenama Beryl's lebih jelas rasa kesusuan coklat tu berbanding jenama Colatta dan Selbourne. :)

Untuk cairkan coklat tu tak perlu buat double boiler pun tak apa kak. Just cairkan dibawah air yang sekitar 70 darjah selsius. Atau senang cerita sebelum air tu menggelegak. Kira dah nampak ada asap-asap atas permukaan air tu, terus tutup api. :)

Lagi 1 saya nak tambah coklat yang sesuai untuk buat Homemade Chocolate ni. Coklat tersebut jenis Couverture. Coklat Couverture ni lebih sedap berbanding coklat Compound tapi cara buatnya sedikit rumit. Kalau salah cara, coklat jadi tak cantik dan susah nak keras. :)

Anyway, maaf ye kak beri komen panjang-panjang. Cuma perkongsian ikhlas dari saya berkenaan coklat. :)

intan morsalin said...

wah sonoknya duk baca citer pasal homemade coklat ni..bilala angin rajin saya nak datang ni...nak try gak wat coklat sdiri...

linda said...

hai. smlm marhaban saya buat gudies coklat jenama beryls compaund. suka anak2 jiran saya. saya ltk gambar upinipin kt dlmnya ada oreo... coklat comel saya ltk filing peanut butter, strawbery, kismis dn walnut berbagai bentuk arca. anak2 saya dah tak dgn coklat sbb dah jemu. kalau mula2 dulu waa... pantang keras coklat tu.

tong-gas79 said...

assalamualaikum....

saya suka blog ni....selamat dah jadi folower yg ke559...

saya pun nak cubalah buat coklat sendiri....brand collata memang best...

apapun terima kasih atas segala perkongsian resepi...salam kenal...

peace...!!

-Wan Siti Aisyah- said...

Salam wbt.. Thank's share cara2 nak buat homemade choc nie=) Mula2 saya ingatkan nak jadikan homemade choc sebagai projek tahunan bdk2 5 thn tapi disebabkan tak pernah try lagi nak buat so tak jadi.. Hehe.. Cuma, rasa teringin nak bereksperimen pasni..

Nak tanya, kalau nak boiled choc dlm air agak2 byk mana air yg perlu digunakan ye? Tq=)

iza said...

salam.. nak tanya yer.. kalo nak wat yg 2 kaler tu, cemane ye? nak tunggu keras yg lapis bawah dulu ke?

Nadz Nazharzan said...

Wan Siti Aisyah:
Nak buat double boiler tu, air tak perlu penuh satu periuk. Cukup setakat 1/4 penuh jer. Dan yang penting, masa proses mencairkan coklat ni, pastikan tiada air yg termasuk ke dalam coklat tu.

Nadz Nazharzan said...

W'alai'saalam..
Iza:
Yang dua kaler tu, tunggu lapisan first tu cam set dulu(keras sikit) then baru tuang lapisan ke 2.

Anonymous said...

salam...
nk tny...
compound choc nie choc yg mcm mn ye?...
choc bar yg mkn nye ke?...
ke choc bar yg utk msk nye?...
x tau nk beli yg mn 1...
thx!... :)

Nadz Nazharzan said...

To Anonymous:

Coklat compound bukan coklat masakan yg biasa kita guna dlm resepi2 biskut atau kek tu.

Coklat compound ni mmg khas utk buat home made coklat. Beli di kedai menjual alatan kek. Kalau tak pasti boleh tanya pada tokey kedai tu.

Ada beberapa jenis jenama utk coklat compound ni selain 'colatta' iaitu "Beryl's" dan juga "Selbourne". Menurut org yg lebih berpengalaman, milk coklat yg lebih sedap ialah jenama "Beryl's"..

Harap jawapan ni telah membantu sedikit sebanyak ye..

aisheteru sha said...

akk saya nak tnye. kalo say nak wat choc ni wrna lain nak guna ape ye? cth nak wt choc ni wrne purple kena guna pewrna khas utk choc ke?

QasehnyaRania said...

salam kenal..nk tanya naz sikit..bila kita letak filling badam.. perlu atau tak kita bakar dulu badam tu?

Nadz Nazharzan said...

To Qasehnya rania,
Seeloknya dibakar atau dipanggang dulu biar ia rangup dan lebih sedap..

Unknown said...

salam... kak naz.. camana nak bg warne 2 tu, cantik le..

Unknown said...

Assalamualaikum kak naz.... Kalau da wat coklat ni xkn mencair ke letak kt luar? Sbb teringin nk try wat hantaran.. Harap dpt bg tnjuk ajar... ;)

Nadz Nazharzan said...

To bunga angkasa, untuk dapat 2 warna tu, akak paipkan dulu satu warna Dan biarkn ia separa keras then baru paipkan satu lagi warna.

To: cik mashi, insyAllah.. Coklat tu x kan mudah cair pd suhu bilik. Janganlah pula gi jemur bawah terik mentari yer..hihiii...

Puan Aisyah said...

Salam, akak nak tnya.. kalau tak masukkan dalam peti ais, boleh keras tak coklat tu?

Nadz Nazharzan said...

To aisheteru sha,

Sorry yer akak terlepas pandang pertanyaan adik.
Kalau nak guna warna lain, boleh guna coklat yg warna putih, then letak pewarna kegemaran dan ingat!! Pewarna tu oily base yer. Bukan pewarna yg cecair biasa tu.

Nadz Nazharzan said...

To Echezrin,
Boleh dear.. coklat tu tetap akan keras w/pun tak masukkan dlm peti ais. Just nak cepatkan proses pengerasan coklat tu jer masukkan dlm peti ais..

iela izhar said...

Nak tanya....coklat compound ni sesuai ker untuk dicelup dgn kuih raya...sebab sya cuba dan lambat keras

iela izhar said...

Assalam...nak tanya coklat compound beryl dicampurkan dengan coklat masakan..lepas sya dah cairkan sya celup dengan kuih raya...tapi lambat keras...kenapa ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...