Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, July 30, 2011

KEK PISANG LEMBAB (MOIST BANANA CAKE)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah kek pisang lembab yang Naz buat untuk kek swimming pool bagi hari jadi Husna minggu lepas. Naz buat lagi sekali ni sebab Haris request nak rasa kek yang jadi kek hari jadi Husna hari tu. Cuma kali ni Naz buat tak ada deco-deco pun. Cuma kek togel je. 

Seperti yang telah diberitahu, kek ini memang sedap, lembut dan lembab je. Resepi yang ditungkil dari blog CMG. Okey, malas nak celoteh panjang-panjang. Layan mata dan tengok resepi saja ye.


KEK PISANG LEMBAB (MOIST BANANA CAKE)

Bahan-bahan:
  • 115 gm tepung gandum*
  • 1/2 tsp soda bicarbonate*
  • 1/2 tsp garam halus(* disatukan dan diayak)
  • 3 biji telur gred B
  • 1 tsp ovallate
  • 70 gm gula perang (brown sugar)
  • 120 ml minyak jagung (boleh guna minyak masak biasa)
  • 125 gm pisang rastali + 1/2 tsp esen vanilla (dilecek) - Naz guna pisang emas


Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang dengan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan pisang lecek tadi, putar rata.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan minyak jagung hingga habis, dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung juga. Putar hingga sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar dan bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing.
  5. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tandanya kek telah masak. Sejukkan kek di atas jaringan sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.

6 comments:

Kak Rosaliza said...

Assalam naz, akk suka sangat kalo buat kek jadi tali2 hitam tu, nmpk sedap naz, tentu sedap sbb ada permintaan lagi tu hehhe

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum naz....
sedapnya kek tu naz... nasib baik dah abis kan.. kalau x... diana nak rasa gak kek yg sedap tu...

Nurul said...

salam, K Naz...
Fav kek pisang tu... sedapppnya... Nak buat, ader pisang abu jer byk kat rumah skrg...

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz...

Kak Lin Dah Lama Tak Buat Kek Pisang...Mcm Teringin Nak Makan...Jg Lupa Tinggalkan Utk Kak Lin...

nOOrsha said...

salam k naz.. kite pun wat kek pisang.. eheheh

kak, selamat menyambut ramadhan ye.. jmput amik kad kat umah k :)

Nazrah said...

As Salam Naz..
Selamat Menyambut Ramadhan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...