Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 7 December 2011

FLUFFY PANCAKE (PANKEK GEBU)

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Blog pun dah bersawang. Cuti sekolah ni banyak pula urusan melebihi dari hari persekolahan.

Pankek gebu ni diperolehi resepinya dari laman web allrecipes.com. Resepi yang amat mudah dan hasil yang sungguh memuaskan. Memang gebu dan lembut pankek ni. Ukuran bahan-bahannya pula boleh diperolehi dalam sukatan berat metrik ataupun sukatan cawan dan sudu metrik. Sungguh memudahkan kerja.

Pada tekak Naz, kemanisan pankek ni sedang elok saja kalau dimakan bersama sebarang manisan seperti madu, susu pekat manis atau pun sebarang jem. Sekiranya ingin dimakan begitu sahaja, mungkin perlu ditambah sedikit lagi sukatan gulanya agar lebih sedap. Apa-apa pun 'sedap' adalah satu perkara subjektif. Jadi ikutlah tekak masing-masing ye. 


FLUFFY PANCAKE (PANKEK GEBU)
SUMBER RESEPI : allrecipes.com 

Ingredients :
  • 3/4 cup milk (180 ml)
  • 2 Tbsp white vinegar (30 ml)
  • 1 cup all-purpose-flour (125 gm)
  • 2 Tbsp white sugar (25 gm)
  • 1 tsp baking powder (5 gm)
  • 1/2 tsp baking soda (2 gm)
  • 1/2 tsp salt (3 gm) 
  • 1 egg
  • 2 Tbsp butter-melted (30 gm)
  • 1 tsp vanilla asen - Naz tambah sendiri (baru update 8/12/11, lupa nak tulis)
  • Cooking spray - Naz omit yang ni sebab guna non stick pan
Directions :
  1. Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
  2. Combine flour, sugar, baking powder, baking soda and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
  3. Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.


SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

Yana Shaiful said...

Salam Kak Naz..amboi byknya pankek.. mintak 2 keping..dh terasa kegebuannya..best dpt mkn dgn honey kan :=)

cik cek said...

Memang menggebu pancake ni...dah macam kat McD....sedapnya....:)

tun_telani said...

salam kak naz.. baru je nk hantar msg tgh cuti2 malaysia ke..hehe.. tun pun dh buat fluffy penkek allrecipe nih.. mmg gebu! len kali tun nk letak vanilla sket kasi wangi.

NoorMasri said...

salam...tengok pun dah tahu gebu....anak2 akak cukup suka ni

anymz said...

akak mmg tak ubah pancake lain dah..,bila dah jumpa resepi fluffy pancake ni..sedap kan naz?

bilo nak balik kg?

Yatie said...

uwaaa mmng betul2 gebussss..akak nak wat gaklah....tak sabor dah ni...

Chik Mimi said...

mmg nampak gebus ler Naz,boleh masuk list ni

mawar merah said...

alah..naz,napa bru kuar resepi ni..akk bru beli 2 kotak smlm.Klu x kan leh cuba..

Ida,Japan said...

slm naz..apa khabar?sedapnyer pancake...lama gak tak buat yg kena mix sendiri ni, skrg buat yg segera jer hi..hi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Nadz, lama ,kat ros tak jenguk sinikan..gebu nampaknya pancake tu.

nOOrsha said...

salam k naz...amboih gebu bangattt penkek nih.. nmpak lembutt je :) sedap mkn ngan sos ceklat..hehehe

Nazrah said...

kita tak der lagi non stick pan gitu..nak beli x sempat2...jeles tengok..hu huh...

Unknown said...

Assalamualaikum Naz...

Sedapnya!!! Bila Agaknya Kak Lin Dapat Rasa Pankek Yg Gebusss Ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...