Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 8 December 2011

KEK GULA HANGUS/ KEK SARANG LEBAH/ KEK SPAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek sarang lebah atau kek gula hangus atau ada juga yang memanggilnya kek span ni memang telah terkenal dari dulu lagi. Naz pernah mencuba beberapa jenis resepi kek gula hangus sebelum terjumpa resepi Kak Halimah ni dulu di blog Koleksi Resepi Diana yang kini blog beliau nampaknya telah di'private'kan. Setelah mencuba buat pertama kalinya dahulu resepi kak Halimah ni, terus jatuh hati. Masa tu blog ni pun belum wujud lagi.

Jadi untuk kesekian kalinya, resepi ini digunakan sekali lagi untuk hasilnya yang memang terjamin kesedapannya. Sukatan bahan-bahannya pun senang disediakan.

Bahangian permukaan kek

KEK GULA HANGUS
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
SUMBER RESEPI : Kak Halimah via blog Koleksi Resepi Diana


Bahan untuk gula hangus :

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Cara :
  1. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
  2. Bila gula dah agak cair, masukkan air panas (bab ni kena hati-hati sikit tau! Nanti dia meletop-letop).
  3. Masak hingga gula betul-betul larut.
  4. Kemudian masukkan mentega dan kacau hingga ia cair. Tutup api dan ketepikan.
Bahan untuk kek :
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil asen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul telur hingga kembang (warna telur menjadi pucat).
  2. Masukkan susu pekat manis dan pukul rata. Mulai step ni, boleh curah adunan ke dalam blender je kalau nak.
  3. Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang diayak terdahulu sedikit demi sedikit.
  4. Tuangkan asen vanilla.
  5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  6. Selepas 3 - 4 jam, warna bancuhan kek akak berubah. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sesuai dan kacau agar tepung tak mendap.(Naz kacau adunan sebelum menuang ke dalam loyang).
  7. Bakar selama 1 jam pada suhu 160 C dengan api bawah sahaja. Kemudian balance terakhir 11 minit tu pula api atas dan bawah. 
NOTA :
~ Kek ni dah banyak kali Naz buat. Dari pengalaman membakarnya, selalunya masa membakar memang lebih daripada 1 jam(menggunakan oven Naz le). Bila cukup masa 1 jam, cuba goyangkan sedikit loyang. Sekiranya adunan kek kelihatan masih tidak masak iaitu masih bergoyang, tambah lagi waktu pembakaran. 
~ Boleh juga diuji dengan mencucukkan lidi ke dalam kek. Sekiranya lidi keluar bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya tidak, tambah lagi waktu pembakaran.
~ Naz juga pernah cuba mengukus kek ini. Hasilnya ia lebih lembab tapi rasanya memang berbeza dari yang dibakar. Nak tau apa perbezaannya, kenalah cuba.

Permukaan bawah kek

SELAMAT MENCUBA! 

24 comments:

anymz said...

bila dah potong2 mesti dpt byk kek ni naz..meh akak setengah buku dari kek ni..,maleh ar pulak nak buek..hehe

CT Delima said...

As'salam Naz

fav k.ct ni turun temurun. memang betul ada sekali buat sarang dia tak menjadi lah Naz. Tapi tengok Naz punya ni cantik jer kena cuab lah ni. agak2nya besar tak aduanan ni Naz..

Qhaifa Nur said...

pernah buat tapi tak cantik bahagian dalammya...

tengok kek ni berkobar - kobar pula semangat...

mawar merah said...

mcm kek sarang semut ya Naz..cantik bersarang.

Zalieda Zaliedana said...

Kak naz,cantik ajer sarang tebuan akak tuh,kalo xkena gaya mesti xde sarang sangat kan..Sy xpernah wat lagi kek nih kak,teringin juga nak try,Cam ala2 apam gula hangus pon ya juga kan.

Chik Mimi said...

cantik la Naz akak dengan kek ni selalunya masalah tak mau menjadi sarangnyanya tu n anak2 pun tak berapa nak suka kek ni last2 ibu jua yg kena makan hehehe

Unknown said...

assalam kak naz, lama tak singgah sini...akak sihat ke? cantikla kek tu kak..lama dah tak buat kek ni...suka mkn ni sedapx2:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz..
dlm byk2 kek.. kek inilah feberet suami akak.. hehehe.. biasanya kalau akak buat kek dia memang jarang sgt nak mkn berulang2.. kalau mkn pun setakat sekali hadap tu jer.. tp kek ni dia boleh ulang2 mkn. pernah satu ketika.. balik dr solat jumaat dia bawak blk kek ni yg dijual secara slice2 kat perkarangan masjid.. hehehe.. kesian ada.. kelakar pun ada.. yelah.. sebab kek yg dia minat sampai dia sendiri yg beli.. kalau kek lain bertuah dia nak beli.. kekekee.. nampaknya akak pun kena buat jugalah kek ni.. mmg lama betul akak tak buat..

dari dapur nasya said...

salam Naz...sedapnya kek nie...suka yang amat..tapi selalu frust kalau buat sbb xbersarang kat dalam...camner agaknye nak bagi ada sarang ekk Naz????

nOOrsha said...

salam kak nasz... lame rasenya sy x buat kek ni.. dulu mak selalu buat.. kek ni pun peberet MIL... memang sedap kan, syok makan tak terasa berulang2kali asuap kemulut.. :) cantik kek akak nih.. berkilat2, warne pun menarik..... uhuh..klo dekat da bawak larik 1/2 buku kek.. hehe

inahar ali said...

salam rindu naz..waduh cantek banget kek nih..akak dh lama x mamam! x pernah lg try buat sbb dulu2 selalu mak je yg wat..hehe!

quinnie said...

salam kak naz..saya dah lama sgt tak buat kek sarang semut ni..teringin jugak nak makan...tapi tak tau nak buat bila...hehehe...

Nazrah said...

pernah buat sekali je dulu...lepas tu hilang dari pandangan... tapi bila tengok naz buat..menggamit balik

Mamasya said...

Aslmkum Naz

patutlah sunyi Naz rupanya sibuk...cuti sekolah tentu byk xtvtkan. dah lama tak buat kek sarang labah ni...sedap buat minum ptg..
re;Naz kali ni naik kereta kuda saja...nak naik unta tak berani lah takut jatuh sbb unta tu tak da tempat duduk...

Yat Maria said...

Salam Naz

how r u dear? ni kek i think i pernah buat sekali dulu lama benar la...my sis' fav ni..

maybe i shd try using this resepi pulak & see the outcome :) thanks for sharing dear.. :) have a gd weekend!

Outbound Malang said...

mampir sob..nice post..teruslah berkarya dan sukses selalu..jangan lupa kunjungan balik ya..:)

Unknown said...

Assalamualaikum Naz...

Banyaknya Nama Kek Ni..Yang Pastinya Rasa Sedap! Apa Ada Pd Nama....Lama Tak Buat..Pos Jerlah Pd Kak Lin...He3

Syikin Yajid said...

saya ambil resepi ni yer, tq

zura said...

sye wat tpi x jdi rongga2 sarang..ngape ye tpi sedap lh...tq

zura said...

sye wat tpi x jdi rongga2 sarang..ngape ye tpi sedap lh...tq

Nadz Nazharzan said...

To zura, kek ni rasanya mmg sedap kan. Tak dapat dinafikan. Tentang sarang kek ni yg tak berapa menjadi tu, akak pun kadang2 mengalami nasib yg sama juga. Ikut nasib juga buat kek ni.

Unknown said...

Loyang ukuran berapa?

Nadz Nazharzan said...

To Noresha Selamat, sis guna loyang saiz 8" x 8" tp kalau nk kek jadi lebih tebal, boleh guna loyang 7" x 7".

Unknown said...

Saya dh cuba bt dan menjadi..nk dpt rongga tu mmg kna sabarkan... Tq share resepi... ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...