Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday, 17 December 2011

KEK COKLAT MOCCA KUKUS

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salam di pagi hari untuk semua yang sudi berkunjung ke blog ini.. Harap yang berkunjung sihat sejahtera hendaknya.
Kek coklat mocca kukus yang memang sedap. Resepi dari Kak Hanieliza yang memang terkenal sebagai pakar dalam pelbagai menu masakan yang kini telah bergelar Chef. 

Resepi ini telah lama Naz simpan dan telah mencubanya dahulu sewaktu baru mula berjinak-jinak melayari web masakan di internet. Waktu tu suka sangat buka laman fotopages kak Hanieliza untuk melihat hasil tangan beliau di dapur. Bolehlah dijadikan salah satu koleksi resepi kek coklat bagi penggemar kek coklat. Memang sedap dengan campuran rasa coklat dan nescafe di dalamnya. Keknya pun gebu, lembut dan lembab je. Naz simpan dan kongsikan di sini pula resepi ini ye kak Liza. Cara penyampaian resepi ini telah diolah sedikit untuk kefahaman Naz sendiri. Terima kasih dan minta halal ye kak Liza!



KEK COKLAT MOCCA KUKUS
SUMBER RESEPI : Kak Hanieliza

Bahan-bahan A :
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan brown sugar/ gula kastor
  • 1 cawan susu cair
  • 1 Tbsp serbuk nescafe
  • 1/2 cawan susu pekat manis
Bahan-bahan B :
  • 3 biji telur
  • 1 tsp esen vanilla
Bahan-bahan C :
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan A ke dalam periuk dan kacau atas api sederhana hingga semua bahan sebati (tiada ketulan). Tutup api dan biarkan suam.
  2. Pukul bahan-bahan B hingga kembang. Masukkan ke dalam adunan A di no 1 tadi. Kacau rata dengan spatula atau ballon whisk.
  3. Masukkan bahan C yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digalu hingga sebati.
  4. Panaskan kukusan.
  5. Lapik loyang dengan kertas minyak dan tuang adunan ke dalam loyang.
  6. Kukus kek selama 1 jam atau sehingga masak dengan api sederhana. Sekiranya quantiti adunan dikurangkan dan menggunakan loyang yang lebih kecil, kurangkan waktu mengukus (Naz buat 1/2 adunan saja dan kukus 30 minit).
NOTA NAZ :
  • Semasa mengukus, pastikan air tidak menitis di atas kek supaya permukaan kek kekal cantik.
  • Cara Naz mengelakkan air kukusan merosakkan kek : Balut loyang kek dengan kertas aluminium yang disapu sedikit majerin atau minyak pada permukaan dalamnya. Tujuan menyapu minyak masak atau majerin tu, supaya sekiranya kek naik dan menyentuh aluminium pada permukaan loyang, kek tak akan melekat dan boleh mengelakkan kecacatan pada rupa kek.
Inilah rupa loyang kek yang dibalut dengan aluminium foil.


Untuk topping yang dicurah ke atas kek, resepi biasa Naz buat :

COKLAT GANACHE
Bahan-bahan :
  • 200 gm coklat masakan
  • 150 gm krim putar (whipping cream)
  • 1 Tbsp marjerin/ butter
Cara-cara :
  1. Panaskan krim putar secara double boiler atas api sederhana. Bila hampir mendidih, tutup api.
  2. Masukkan coklat masakan yang telah dipotong-potong kecil. Kacau hingga cair sepenuhnya.
  3. Masukkan majerin dan gaul sebati. Siap! Boleh digunakan.
SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

Amie said...

mmmmm... terbau harumnya mocha!
selamat pagi Cute Oven, tumpang minump agi di sini ye.

Nazrah said...

Selamat pagi Naz.... awalnya tayang coklat ...

tun_telani said...

morning kak naz cayang ^^
sedapnyer kek mocha! tun pun zaman2 degree tiap2 hari bukak fotopages kak lieza ngan mamafami. hihi..

quinnie said...

kak naz..saya pun suka buat kek coklat taruk nescafe skit...ada la lain skit rasa nya dari kek coklat biasa...dah lama betul tak buat kek coklat cam gini...

nOOrsha said...

salam kak naz...saye klo buat kek kukus salu je fail... hehe...terkena sumpahan kukusan kot... kuikuikui.... kalo bakar je kek ni boleh kot kak kan.. gune kaedah bain marie ke... ewaahh pandai2 je tuko resepi org... hehehe.. nmpak sedap dgn ceklat yg melimpah ruah tuuu... amboii.. tergoda!!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Nadz..xmas dah dekat ni..banyak la yang bercoklat-coklat

Yana Shaiful said...

Salam Kak Naz..geramnya tgk kek dgn coklat yg melimpah tuu..sedap..yana suka kek yg dikukus dr bakar..lembut jee bila msk mulut ^__^

mawar merah said...

Naz..bak sikit..periuk akk dah gantung hari ni. Lps ni x tau bila kita dpt bertemu di dapur maya ni lg. Akk berangkat balik Msia esok..

izahdaut said...

assalamualaikum kak naz..
kak naz.. i miss uu.. akak kek ni ada selembut kek kukus munira tu ke? dah lama tak buat kek coklat.s tok coklat pun dah habis. suka rasa mocha nescafe tu. tak muak sagnat ngan rasa coklat kan, nak copy la resepi chef ni. tq kak

Unknown said...

sedappnya..nak suruh ume cuba buatlah...

Liza said...

salam naz...kek coklat ni mmg sentiasa jd permintaan anak2 Liza..nnt Liza pun nk try buat guna resepi ni pulak...thnx yer naz 4 the recipe...

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak naz,adeiii terliurnya nengok coklat yg meleleh2 tuh kak,wow nmpk sedap sungguh,mesti harum jer kan baunya..

Unknown said...

Naz...
sedapnya kek tu...
sok2 nak cuba buatlah...

Juwita Jamaludin said...

Salam kak naz.. Anak2 ita penggemar kek coklat .. Rasa nak try buat je tambahan yg kukus dah tentu lembab ni

.:fadilah:. said...

akak, saya dah cuba, memang sedap!
http://ilah-punya-hobi.blogspot.com/2012/01/muffin-coklat-mocha-kukus.html

Unknown said...

Naz....biasa buat yg bakar je, kukus2 ni ngeri skit, tak jd kang frust menonggeng, style akk gitu ler..ehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...