Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, December 15, 2011

PAJERI NENAS MUDAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Harap semua pengunjung sihat walafiat hendaknya. Gulai pajeri nenas ni memang kegemaran Naz sejak dari dulu. Apa-apa lauk yang letak nenas memang jadi kegemaran. Biasanya kebanyakan gulai pajeri nenas menggunakan kerisik sebagai salah satu bahannya. Jadi untuk gulai pajeri nenas mudah ini, tiada penggunaan kerisik di dalam resepi. Saja nak cuba tanpa kerisik. Tambah pula dengan kerisik yang jarang-jarang ada simpanannya di rumah. Dari segi rasa, tak ada perbezaan nyata pun kalau ditambah kerisik atau tidak. But as for me, Naz lagi suka yang tiada kerisik ni. Ikut selera masing-masinglah yer.

Kuahnya pun Naz tak buat pekat sangat seperti kebanyakan gulai pajeri nenas ni. Yang sedang-sedang aja. Naz gunakan gula merah sebagai penambah perisa. Bila guna gula merah ni, warna gulai pun lebih gelap.

PAJERI NENAS MUDAH

Bahan-bahan :
  • 1/2 biji nenas ~ dipotong kecil
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering ~ dicuci dan direndam seketika, toskan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 sudu besar rempah kari ikan
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Gula merah
  • Garam
  • Minyak jagung untuk menumis
Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan juga udang kering bersama.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk bersama kulit kayu manis hingga garing.
  3. Masukkan serbuk kari ikan dan kacau-kacau sambil memasukkan sedikit air. Biar hingga masak elok.
  4. Masukkan nenas dan sedikit air(lebih kurang 1 - 11/2 cawan). Masukkan garam dan gula merah. Kacau rata. 
  5. Bila mengelegak, masukkan santan pekat. Kacau dan rasakan gulai ikut selera masing-masing. Bila nenas sedikit layu, tutup api dapur. Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Salam Naz,, berselerra kalau makan nasi dengan pajeri ni..rasa masam2 berempah tu yg K1 suka..:D

Liza said...

salam naz...peberet cik hubby ni...tp kalau Liza buat, xsuka bbh santan...simple2 jer, dasar pemalas....hihihihi

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam Nadz,hubby kak ros suka nenas.Kalau dapat makan ni..berpingan2 la dia makan nasi nanti.

mawar merah said...

Kegemaran akk jugak ni Naz..perangat 2..3 hari lg la sedap.

Nazrah said...

kalau time puasa ..memang selalu beli pajeri nenas...

tun_telani said...

sedapnyer kak naz.. dh lama tun x makan pajeri nenas.

dZana said...

aslmkum naz.. apa kbr.. pagi2 dah smpi kt dpur naz.. selongkar2 gobok.. msk apa hr ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...