Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 11 December 2011

BISKUT COKLAT CHIP (Mawar Merah)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk meneruskan lagi catatan di dalam blog ini khas buat anak-anakku di kemudian hari nanti. Bersyukur juga masih diberi peluang untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan pengunjung yang sudi bertandang ke sini.

Satu lagi koleksi biskut coklat chip yang dicuba dan disimpan resepinya ke dalam blog ini. Memang sedap bagi penggemar biskut coklat chip. Setelah mencubanya, boleh dikatakan resepi biskut ni boleh menjadi pencabar atau saingan kepada biskut coklat chips ala-ala famous amos dulu yang pernah dicuba.

Two tumbs up!! Memang tidak mengecewakan. Resepi yang sedap ni dikongsi oleh kak Mawar Merah ~ "sumber ilhamku". Terima kasih ye kak. Kak Mawar Merah ni syorkan agar Naz cuba dulu separuh adunan untuk 'test market' katanya. Tapi Naz buat terus satu adunan. Nasib baik buat satu adunan terus. Semasa menaip ni pun, biskut ni dah tinggal 1/4 saja lagi dalam balang tu. Betul-betul mendapat sambutan dari anak-anak. Teksture biskut yang ringan dan rangup betul-betul menambat hati. Lebih-lebih lagi cuti sekolah ni, cepat je makanan di dapur tu langsai.

Naz kongsikan di sini pula resepi ini ye kak Mawar. Naz olah sedikit cara penulisan resepi agar lebih mudah Naz sendiri fahami di kemudian hari. Terima kasih kak Mawar Merah.



BISKUT COKLAT CHIP (Mawar Merah)

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 sudu teh baking soda* (*ayak bersama)
  • 1 cawan butter (225 gm butter)
  • 1 1/4 cawan gula perang (Naz guna 1 cawan jer)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh asen vanilla
  • 2 cawan coklat chip (Naz cuma guna 1/2 cawan jer)
  • 2 biji telur


Cara-cara :
  1. Pukul gula dan butter hingga lembut. Campurkan telur dan asen vanilla dan pukul hingga sebati.
  2. Perlahankan speed dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit beserta coklat chip.
  3. Sudukan 1 sudu teh adunan ke atas loyang yang dilapik dengan baking paper. Letakkan jarak-jarak sebab adunan akan mengembang semasa proses pembakaran.
  4. Bakar selama 15 minit pada suhu 175 C bergantung kepada oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!  

15 comments:

quinnie said...

rasa macam famous amos ye kak naz? lama betul saya tak makan biskut ni...beli mahal woo..hehehe

Jayanthy Kumaran said...

sounds amazingly delicious..
Tasty Appetite

Yat Maria said...

Salam Naz

this is nice! here any kind of choc chip biscuits my kids suka..normally cannot last for 2 days la dalam balang!

mawar merah said...

Naz, mmg boleh tanding famous amos kan. Akk pun kurangkn gula. Cukup sudukan 1 sudu kecil je, sbb dia kembang jd besar..lupa tulis ari tu.

Kak Noor said...

Kak kongsi resepi ni ye! Nampak mudah dan senang diikuti. Resepi yang biasa Kak Noor buat banyak bahan-bahannya. Nampak rangup sangat....

Liza said...

salam naz....Liza pun mmg tgh plan nk buat biskut choc chip ni...nnt nk try resepi ni laa...thanx yer naz

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz, sedapnya biskut ni, kalo anak2 suka mmg sedap sangat2 tu

Chik Mimi said...

Assalam NAz nak masuk list nampak menarik
psst pinggan tu akak beli masa sale kat kilang di Kulim,pinggan tu boleh letak direct atas stove heeh thanks ,akak pun sukee

Nazrah said...

kalau adik kata sedap..dah tentu Kakak Naz cuba...mekasih

tun_telani said...

mengukis lagii kak naz.. dh lama tun x mengukis.. sedap nmpk kukis akak nih.

ibundo said...

kalau dah namanya choc chips ni.. gerenti laku.
Sedap dan rangup ni naz..

Ayu said...

Assalam Naz,
waduh dah lama tak buat cookies, nampak rangup dan sedap cookies ni..boleh masuk list ni..

Kak Noor said...

Ooh.. inilah biskut ala-ala famous amos tu ye. Nampak rangup sangat. Tak sempat Kak Noor tunggu raya nak buat ni. Insya Allah, cuti 4 hari ini Kak Noor cuba buat.

Kak Noor said...

Naz, cawan yang digunakan untuk resepi ini menggunakan sukatan cawan biasa (cawan kopi lutsinar - sukatan lama) atau cawan metrik?

Anonymous said...

Nmpk senang sgt.... lepas ni nak try jugak.... thanks for the recipe. ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...