Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 26 May 2011

TALAM SAGU BERLAPIS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kuih Talam Sagu Berlapis telah tiba ke rumah ku... Wah! Memang sedap rupanya kuih ni sebagaimana komen-komen dari kawan-kawan yang telah mencuba membuat kuih ini. Teksturenya yang lembut, rasa manisnya yang sedang-sedang saja dan rupanya yang cantik menarik membuatkan sesiapa yang mencubanya tidak akan berasa rugi.

 

Naz cuma buat setengah adunan sahaja daripada adunan asal. Dengan menggunakan loyang 9 inci X 9 inci puas jugalah makan. Dapat pula bagi pada jiran sebelah rumah dan juga MIL sedikit. Cuma potongan kuih talam Naz kurang kemas. Tu laa..Gatal sangat nak potong guna pisau plastik yang beralun tu.. Kan dah comot jadinya. Jadi kepada sesiapa yang ingin membuat kuih ni, seelokknya dipotong dengan pisau biasa yang tajam. Barulah biji-biji sagu tu tak terkeluar dari tempat asalnya.


Resepi Naz letak untuk setengah adunan dan juga adunan penuh. Senang untuk rujukan Naz sendiri bila nak buat lagi nanti. Resepi untuk 1/2 adunan, Naz copy & paste dari dapur cyber Izah(Izah Muffin Lover), manakala resepi penuh pula Naz copy & paste dari dapur kak Yatie(Sinar Kehidupanku). Tidak dilupa, ucapan terima kasih kepada tentulah penyumbang asal resepi yang sedap ini iaitu Kak Wan(Resipi Citarasawan)


TALAM SAGU BERLAPIS (1/2 adunan)
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)

Bahan-bahan :
  • 50 gm sagu

Bahan A
  • 115 gm tepung beras
  • 50 gm tepung ubi / tepung sagu
  • 200 ml santan pekat KARA
  • 175 ml air

Bahan B
  • 160 gm gula
  • 150 ml air
  • 3 helai daun pandan

Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 150ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.


TALAM SAGU BERLAPIS (Adunan penuh)
Resepi Asal Oleh : Kak Wan (Resipi Citarasawan)

Bahan-bahan

  • 100 gm biji sago
Bahan A

  • 230gm tepung beras
  • 100gm tepung ubi / tepung sagu
  • 400ml santan pekat KARA
  • 350ml air
Bahan B
  • 350gm gula
  • 300ml air
  • 3 helai daun pandan
Loyang 9" empat segi

Cara-cara :
  1. Didihkan air yang banyak, masukkan sago dan masak hingga sago menjadi jernih. Tos dan siram dengan air paip. Ketepikan.
  2. Masak bahan B hingga gula larut. Ketepikan.
  3. Satukan semua bahan A, masukkan bahan B, gaul rata dan tapis.
  4. Ketepikan 300ml adunan untuk lapisan atas, masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Ketepikan.
  5. Kemudian masukkan sago yang di toskan tadi ke dalam baki adunan. Bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan setiap satu dengan warna hijau dan merah atau warna di sukai.
  6. Tuang 1/2 bahagian dari adunan hijau ke dalam loyang 9" yang telah dileser dengan sedikit minyak. Kukus selama 5 minit.
  7. Tuang 1/2 bahagian dari adunan merah, kukus selama 5 minit. Ulangi melapis adunan hijau dan merah berselang seli hingga habis.
  8. Akhir sekali tuang adunan lapisan atas, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit. Biarkan betul-betul sejuk baru di potong.
SELAMAT MENCUBA!

19 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam Naz
dah buat yee sdp kan..akk nya dh habis... nk rasa yg naz punye leee...

Ummi said...

Assalam Naz....waaaah cantiknya puding sagu lapis nih...akak penah buat resepi Gert nama Sago Pearl Pudding, tp x igt sama ke x adunannya..hehe...nmpak sungguh besttttt...panas2 ni masuk tekak, nyaman kan..

izahdaut said...

la cantiknya kak naz... tetibe ngences.. oo baru tau cemana kata kak yatie. bila tengok orang buat terasa nak makan pulak... cantik cantik..

noorsafone said...

Naz...cantik talam sagu naz tu...mama masuk list ya...nanti nk cuba pulak

anymz said...

huh!akak dah buat naz..menci arr..buh dlm loyang 8"..lain jadi nya..tengahari sikit kang akak tunjukkan..apa2 pun talam ni mmg sodap kan?..tgk org punya lagi terliur..

Ayu said...

waduh!!..cantik kuih naz ni..
thanks naz, siap dengan recipe 1/2 adunan & 1 adunan..sedap ya naz..boleh lah masuk list ni..

Yatie said...

Assalamualaikum Naz,
Uwaaa cantiknya kuih talam sagu berlapis ni...buat akak terliurlah..mmng sedapkan kuih ni...kenyal2 manja gitew...nak rasa sikit..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Naz, cantik sgt, bila ada nmpk sagu2 jernih tkeluar tu mcm ada pearl pulak, lawaaaaaa sgt..

Chik Mimi said...

Naz cantik menarik memang debom kuih tu hehehe meh ar pos ke akak skit

CT Delima said...

As'salam Naz

bilalah nak sampai Dapur CT kuih talam sagu ni kan. cantik kemas jer lapisan talam sagu ni. kena sabar lah kot baru dapat cantik macam ni :D

Unknown said...

sedapnya!! cantik warna dan lapisan tu...nak skit kak...nak tumpang bf ni...haha pepagi buta kat sini dah singgah dapur akak ni terus terasa lapar...hehe

Kak Rose said...

tergugat tekak tengok talam sagu yg cantik ni... bila nak singgah rumah kak rose ni... tumpang makan kat sini dulu lah ya naz...

Treat and Trick said...

Memang cantik lapisan nya, terliur akak tgk...

EmbunRosaliza said...

assalam naz mgg cantik puding sagu lapis naz tu..terliur akk tgk

EJHarraz said...

assalam naz,
terliur nengok naz...cantik pulak tu...sedap dipandang mata..

Nazrah said...

Akak Naz datang..ada lagi ker..

dZana said...

aslmkum naz.. apa kbr.. menu berlapis lagi nmpknya.. cantik jer lapisan2 tu..

Deliah's Deli said...

wow!cantiknya..sedapnya..nak jugak!!

Ida,Japan said...

slm naz...rindu lama tak ke sini...sampai sini, t'nmpk talam sagu yg cun melecun ni..ceria jer..mesti sedappp ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...