Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, May 19, 2011

MUFFIN COKLAT YOGURT COKLAT CHIP


 Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini projek tengah malam tadi untuk anakanda Muhd. Haris. Hari ini di sekolah Haris ada majlis sambutan hari guru. Haris request untuk bawa makanan yang mudah untuk dibawa dan mudah untuk dihidang. Tak payah potong-potong, tak perlu guna pinggan serta sudu dan garfu. Jadi inilah pilihan yang sesuai rasanya. Nak dihidang, letakkan saja di atas meja. Nak makan, ambil saja seketul dua dan boleh terus ngap.. Tak perlu guna peralatan lain. Heheheeee.. Okey tak alasan tu??


Resepi ini diambil dari hasil geledah dapur puan Izah Muffin Lover ni. Tapi hasil kejadian muffin Izah cantik dari yang Naz punya. Muffin Izah halus mulus jer permukaannya sedangkan muffin Naz macam kawah gunung berapi permukaannya....wahkhaakaaakaa. Mana tak macam kawah gunung berapi. Izah suruh guna susu segar. Naz pula pandai-pandai tukar guna susu cair. Dah itu je yang ada di rumah. Tapi tak apalah.. Asalkan tak bantat...Heeheeeheee...Oppsss.. Lagi satu, masa buat muffin ni baru Naz perasan yang stok coklat chip di rumah tinggal sikit je. Memang tak mencukupi untuk mengikut sukatan dalam resepi. Jadi Naz pun guna coklat masakan perisa oren yang memang ada di rumah. Naz potong-potong kecil coklat ni dan masukkan ke dalam adunan muffin. Haaa..yang ini anak Naz suka. Kawan-kawan dia pun suka katanya sebab ada rasa oren dalam muffin tu. Heheheeee.. Nasib baik menjadi.


Okey, mood nak menaip resepi macam tak berapa ada. Jadi Naz copy & paste jer dari blog Izah. Cuma nama muffin tu Naz tukar sikit sebab nak bagi sedap lagi bunyinya. Ampun ye Izah!!! Pepandai jer tukar nama resepi muffin Izah.

MUFFIN COKLAT YOGURT COKLAT CHIP  
Oleh : Naz's COSK
Sumber resepi : izahdaut

Bahan-bahan :
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sb membumbung serbuk koko
3/4 sk baking powder
1/4 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cawan + 2 sb gula perang
3/4 cawan coklat chip
1 biji telur- dikocok sedikit
1 cawan susu segar
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan minyak sayur
1 sudu kecil essence vanilla
1 sk cuka *optional- jika tidak menggunakan telur

Caranya:

1. Ayak tepung, serbuk koko, soda penaik dan garam ke mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan gula perang dan coklat chip. Gaul semuanya sebati. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang lain, sebatikan telur, susu segar, yogurt, minyak sayur dan essence vanilla.
4. Masukkan bahan basah ke dalam mangkuk tepung tadi.
5. Adunan sedikit cair.
6. Masukkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh atau hampir penuh.
7. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.


SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

Mas said...

wahhhhh..cantiknya mapin tu naik.....

izahdaut said...

cantik je mapin tu.. suke je tengok gitu.. kalau merekah merekah lagi cantik..hehe..
tq sudi try.memang lagi sedap kalau rasa oren oren sikit kan

lina_pg said...

sedapnya muffin..akak ni tak prnh wat muffin lagik..meh sebijik nak ghase..

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

banyak tu mapin...kalau buat lagi lain kali ... antar le sikit..

tun_telani said...

betul2.. tun setuju. kalau bw kek nk kene potong2 lg, kalau ada topping kn nnti melekit2 kt bekas. hehe..
wah, siap ada kotak lg.. senang, x yah risau kalau tupperware tertinggal org amik.. =)

Mak Qis said...

elok comel je muffin tuh naek...ooo kena saved resepi neh...tq naz n izah juga

Naz said...

Mas,
Mmg pun cantik naiknya Mas.. Tq to org yg share resepi ni...Puan Izah kita...

Naz said...

izahdaut,
Tq juga pd izah sbb sudi kongsikan resepi yg ringkas dan mudah ni..
Mmg best ada rasa oren sikit2 tu..

Naz said...

kak lina_pg,
Trylah kak.. Senang gak buat muffin ni sebenarnya.. Kalau duduk dekat bukan takat sebiji..berbiji2 pun Naz boleh bagi rasa..

Naz said...

Nazrah Bakery,
Hehehe...akak ni buat Naz tersenyum simpul jer..Malulah nak anto kat org yg lagi expert dlm baking membaking ni..

Naz said...

Tun telani,
heheheee...bagus3x...tun setuju.. Kotak tu kebetulan mmg ada di rumah.. Mmg senang nak bawa..tak yah guna tupperware...

Naz said...

mak Qis,
Tq jugak sebab sudi tengok dan komen di blog Naz..

kha said...

naz..nk jgk.

Ayu said...

Assalam naz,
nampk cantik & sedap mufin ni..
kalau ank2 suka confirm sedaplah tukan..

Hazlynn said...

Salam... nak tanya resepi ni agak agak boleh dapat brp biji muffins ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...