Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, September 8, 2011

PAJERI NENAS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Pajeri nenas untuk santapan di rumah. Resepi ditungkil dari fotopages kak Hanieliza. Dah lama dalam simpanan sebenarnya resepi kak Liza ni.

Hmmm...memang sedap rasa pajeri nenas ni. Ni merupakan salah satu lauk yang Naz suka cari bila ke kenduri kahwin masa kecil-kecil dulu. Naz tepek resepi ni di sini pula ye kak Liza.

PAJERI NENAS
Oleh : Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Kak Hanieliza *Naz olah sikit cara penyampaian resepi ini


Bahan-bahan :

  • 1 biji nenas - dipotong kecil
  • 3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 5 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 1 sudu besar udang kering - tumbuk
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 6 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan air sikit
  • 4 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 2 sudu besar gula merah/ gula putih 
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk serta kulit kayu manis hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari ikan yang telah dijadikan pes tadi. Kacau-kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  3. Masukkan santan, gula dan garam. Biar hingga menggelegak. Masukkan nenas dan biar hingga nenas sedikit empuk sambil sesekali dikacau. Tutup api. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

zarin said...

selamat hari raya naz
miss uuuuuu ;-))
zarin amik resepi ni ye! dah lama nak buat pajeri nenas tapi malas nak cari resepi hikhik

izahdaut said...

kak naz, dulu2 saya tak suke makan pajeri. tapi bila skali dah merasa, rupanya sedappp.. conflakes rangup kat bawah ni pun saya ada buat before raya.tapi da tak sempat nak shot dah. bungkus bawak balik kampung. hee

Qhaifa Nur said...

baru rasa pajeri mertua buat lain sgt, rupanya ada ikan bilis, lain org lain cara kan..

tun_telani said...

tun sgt suka mkn ni.. jarang dpt mkn. xtau laa nape. xde org nk wat kt umah. tun jenis malas nk mengerat nenas tu. hihi

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Naz..selamat hari raya gak dr k.atie sekluarga.maaf zahir & batin jika ada silap & salah sepjg naz mengenali k.atie.
Adik k.atie masih brurusan dgn IJN lagi..raya semlm nampak ok jer cuma xblh la buat keje berat2..byk fikir.Semoga dia sembuh sepenuhnya.itu la doa k.atie setiap hari...anak2nya masih kecil lg & menyusu badan.
K.atie dtg ambik kad raya gak yer..nk gantung kat umah k.atie.TQ

dZana said...

sedap ni naz.. buat ratah2.. tpi akk lebih suke yg plain jer..

Yat Maria said...

Naz

pajeri ngan nasi minyak ai like!!!but lately pi wedding, yg ada that acar buah (oso ai like) or that other nenas timun..apa nama acar dia ai tak taw plak..the simpler version la..

Juwita Jamaludin said...

ita suka pajeri nenas.. sedap.. kalau makan dengan nasi berperisa sesuai je

Ida,Japan said...

hubby suka sgt ni naz pajeri nenas...bertambah2 ler dia mkn...ida suka gak ...balik kelate tak naz raya ari tu,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...