ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Harap semua rakan-rakan dan pengunjung blog ni sihat walafiat hendaknya.
Semalam MIL Naz bagi pisang nangka. Adalah dalam 1 1/2 sisir. Yang 1/2 sisir pisang tu dah masak sikit. Jadi tengah terfikir-fikir nak buat apa dengan pisang tu, encik hubby bagi cadangan, "Sira je lah". Ermm...betul juga. Buat pisang sira bukannya susah pun. Bahan-bahan pun confirm ada je di dapur.
Jadi projekkan je lah pisang tu pagi tadi. Pisang sira ni merupakan sejenis pencuci mulut yang terkenal di daerah Pantai Timur. Sebelum Naz tinggal di sini dulu, memang tak pernah makan pisang sira ni. Lepas tinggal di sini, barulah tau wujudnya sejenis dessert dengan nama Pisang Sira. Amat terkenal terutamanya di bulan Ramadhan. Tapi kalau di Pasar Siti Khadijah tu, tak payah tunggu bulan Ramadhan pun memang sentiasa ada jer orang yang menjualnya.
Untuk membuat pisang sira ni, lebih sesuai menggunakan pisang nangka atau pisang raja. Sebabnya, kedua jenis pisang ni, sedikit keras isinya. Jadi bila direbus dalam air gula tu, tak lah ia benyek sangat. Errrr...paham ker apa 'benyek' tu?? Hehehe..maksudnya lembik sangat lah... Walau bagaimana pun, ada juga orang yang menggunakan pisang jenis lain seperti pisang lemak manis untuk membuat pisang sira ni. Tau ker pisang lemak manis cam ne rupanya?? Rupa pisang lemak manis ni seakan-akan pisang emas. Apa????? Rupa pisang emas pun tak kenal??? Ala...pisang emas tu rupanya seakan-akan pisang lemak manis lah..hihihihi... Ok kalau tak tau tak pe. Try google image pisang-pisang ni di internet yer.
PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA
Bahan-bahan :
- 5 biji pisang nangka
- 1 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 5 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 1 helai daun pandan
- Setitis pewarna kuning sekiranya suka
Cara menyediakannya :
- Masak gula bersama air di dalam periuk. Masukkan juga daun pandan bersama. Biar sehingga menggelegak dan gula larut.
- Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
- Kecilkan api dapur. Titiskan setitis pewarna kuning dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang. Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa.
- Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk. Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).
Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!
SELAMAT MENCUBA!
19 comments:
sedap!!! kalau kt kg mama tun selalu sirakan pisang ^^ cuma mama tun akan hanguskan sket gula tu. ala2 karamel gitu.
salam naz cayang..sihat x?..mesti bz la tue..:)
mmg kita x pernah rasa..malah membuatnya..mesti sedap kan naz..nampak jgk ada jual kt restrn org klantan ..tp x pernah pulak nk cuba..he heee..pasti dh tau dah..mmg nk g beli..
walaweiiiii, sedpnya..dah lama Liza xbuat...
ina x mkn. tp tgk org mkn sdap aje...
Aduh enaknya! Pisang sira siap dengan bunga lawang & bunga cengkih... tentu harum aromanya menusuk hidung & menambat selera! Teringin nak makan.... boleh tumpang semulut ke....
Naz, jangan disebut2 pisang sira tu...meleleh air liur kak Ros.Terus teringat bulan puasa...
Assalam Naz,
akak tak pernah lagi makan pisang sira ni..pasti sedap ..a quick dessert kan..
Naz.. rasanya manis yah.. melly belum pernah lagi makan pisang sira ini.. nampak sedap loh.. bagi 2 yah.mau cobain.. hehe
rindunya nak makan pisang sira...selalunya mak je yang buat ni..nani belum pernah sira pisang sendiri..heheh
Akk taktau pun pisang nangka boleh sira. Selalu mak buat guna pisang nipah (tau ke?) digoreng dulu.
Naz kat Kelantan eh? Boleh jumpa bila raya. Seronok la mil kasi pisang, sini semua beli.
Emak saya suke buat. Tapi anak2 nyer mesti kata mcm bubur tak jadi. Nak bubur jugak. Hahaa. Siap request letak sagu ye mak. Hikhik.. Makan sejuk2 sedapni.. Hasihh nama la makan semuanya sedap.. Hehe
salam mmg sdp pisang sira..bila balik kelantan msti beli...buan posa mak mentua akk ada buat jugak...
salam naz..mmg sdp pisang wat cam gini..tapi ain panggil kolak(:) jawe), tp ain x letak bunga lawang n cenkih coz x suke sgt, tp still sdp..
asslm kak Naz...best tgk menu ni...QH mmg blum penah rasa lg pisang sira ni...nmpk myelerakan...QH pon xbpe nk kenal jenis2pisang ni...yg tau pisang mas aje n berangan..hhihih...boleh amik resepi ni...bile stok pisang tu xtau nk buat ape...tq kak bg idea ni...suka...
wow sedapnya...lama dah x mkn ni..bln puasa jer ada ni...tgok ni tringat bln puasa...
Salam Naz,
Sedap juga makan ni lepas makan nasi tngahari..
Husband org sana Naz, thn ni akk raya Kelantan.....insaallah.
Kak Naz,
Rasa nak nangis tengok.. Bukan apa.. MM tak berapa nak makan sira pisang nie kalau org lain buat.. Selalu makan yg Tok Ma MM buat jer.. So mcm rindu jer bila tk yang nie..
Tapi MM pasti Kak Naz buat sure sedap jugak.
salam rindu k naz..ala saye x pnh mkn sire pisang ni..klo pengat pisang tu pernahlaa..msti sedap mkn sejuk2 kn kak..nnti klo ade stok pisang lehla menerai..:)
Post a Comment