Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, May 2, 2012

BUBUR JAGUNG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua kawan-kawan dan pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN sihat sejahtera hendaknya. 

2 hari lepas, mak saudara (belah hubby) Naz bagi 5 tongkol jagung. Bila bawa balik rumah, tersadai jer jagung ni di dapur. Hari ni projekkan jagung ni menjadi bubur. Kalau tak dibuat sesuatu, harus jagung tu mengecut nanti..hehehe...

 Isi jagung setelah dileraikan dari tongkolnya.

BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan :
  • 5 tongkol jagung - dibuang kulitnya dan dikukus hingga empuk
  • 200 gm gula Melaka (1 ketul)
  • 5 cawan air (1250 ml)
  • 1 cawan santan pekat (250 ml) - Naz guna santan kotak
  • 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • 1 tsp garam
  • 5 Tbsp biji sagu - dibilas dan direndam 10 minit

Cara penyediaan :
  1. Kikis isi jagung dari tongkolnya. Ketepikan.
  2. Masak gula Melaka bersama 5 cawan air hingga larut. Tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan daun pandan, garam dan biji sagu ke dalam periuk berisi larutan gula Melaka. Masak hingga menggelegak.
  4. Masukkan isi jagung dan santan pekat. Kecilkan api. Kacau sentiasa hingga menggelegak perlahan. 
  5. Tutup api dan boleh dinikmati pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

Melly Octaviana said...

Naz.. sedap nya bubur jagung yah.. mau semangkok.. ;)

tun_telani said...

salam kak naz.. tun dh lama x makan bubur jagung. biasa buat guna jagung dlm tin tu je. hihi.. kalau ada jagung fresh, biasa rebus.. sedapnyer jagung rebus..

zila 4ever said...

salam naz cyg..
melampauu bubur tue memangil-manggil namaku..he hehee haruuusss la klu dapat tue trus dihirup tnpa henti..naz simpankn semangkok mlm nie nk dtg ..:)

moklong said...

suke sgt mkn bubur jagung. kat rmh ni ina ngn ank yg kecik jerk suka mkn. yg sulong sama mcm papanya x mkn segala jenis bubur melainkn bubur nasi.

Mas said...

menu yang wajib mas buat bila ada jagung....
sedappnya tengok bubur jagung tu kak..

Nuwairani Ismail said...

adus...dah lama betul nani tak makan bubur jagung. suke sangat bubur jagung. tapi nak meleraikan dari pulunnya tu yang tak berapa nak rajin tu. last sekali beli jagung tin je. huhuh

quinnie said...

sedapnya kak bubur..lama tak makan...saya jarang buat bubur..selalu rebus je jagung ni sebab malas...kekekke

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Wow looks good ya. Tak pernah try bubur jagung..pass me a bowl please dear!!! ;)

Qasey Honey said...

asslm kak Naz...nmpk sedap bubur jagung tu...dh lama rasanye xmakan...biase QH n rakan2 buat kt opis ni aje...bile rasa2 teringin tu...hehehe...nipon dh terasa2 nk mbeli bahan2nya...hahaha

obat mata herbal said...

mksih infonya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...