Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 3 May 2012

SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS


ASSALLAMULALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hari ni tayang lauk sempoi je. Telur rebus tu bukan hasil dari menghadiri kenduri kahwin tau. Telur tu juga bukan dengan sengaja direbus untuk buat lauk sambal tumis ni. Actually telur rebus tu sebenarnya telur separuh masak yang dah jadi telur seluruh masak..hahahaha..

Di rumah ni my laling encik hubby memang suka makan telur separuh masak. Kalau buat telur separuh masak, dia lebih suka masak atas api dapur yang perlahan daripada direndam dalam air panas mendidih jer. Tu la ada kerja senang, saja nak buat kerja susah..hihihi.. Jadinya, kadang-kadang tu terlupa tengah merebus telur nak buat half boil. Terus telur tu jadi whole boil..hehehehe.. Bukan I tau yg rebus. Ni my encik hubby yang rebus sendiri. Tu dah 3 kali terover rebuslah tu sampai dapat 6 biji. Tapi dalam gambar tu 5 biji jer ye sebab sebiji anakanda Husna dah makan sebelum masuk dalam sambal.

Jadi bila dah banyak telur rebus tu, Naz buat jer la sambal tumis. Mula-mula tu encik hubby cadangkan buat telur sambal goreng tapi Naz suka sambal yang sedikit basah. Jadi pilihannya tentulah sambal tumis. Resepi yang semua orang pun tau membuat nya.


SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS

Bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan
  • 15-20 sudu besar cili kering kisar (ikutlah banyak mana nak sambalnya)
Bahan-bahan lain :
  • 6 biji telur ayam - direbus dan dikupas kulitnya
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air - ambil airnya sahaja
  • 1 kuib pati ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak masak di dalm kuali. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bawang besar dan biar sedikit layu.
  3. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis. Gaul rata.
  4. Masukkan telur rebus, garam dan gula. Gaul rata dan rasakan masin dan manisnya. Tutup api.
  5. Boleh dihidang dengan nasi lemak atau nasi putih.
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Unknown said...

Alamak Naz, terlior akak tengok, favourite hubby ni. Confirm tambah nasi, taknak ah masak cmni. Dia dlm proses diet, kononnya...hehe...
Tapi org melayu ni mana boleh jauh dari sambal kan?

zila norazila said...

salam naz..
nak sambal tue sikit..merah menawan..klu dapat cicah dgn lempeng tue..aduhhh terliur sudahhhh..amboii husna x sabar2 yer nk makan telur tu dulu..:)

Sheila Shafeareen said...

salam harap sihat pehhh sdp tu lama x mkn sambal tumis telur ni....padahal telur senriasa ada kat rumah...nak lah

Mas said...

kak naz..
mas suka sangat sambal tumis telur rebus nie...
tapi kan...mas suka goreng sikit telur rebus tu...
sedapp betoiii bau telur rebus tu bila digorengkan...he3
terliur lak nengok sambal telur akak tu..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Ohhhh.. itulah sejarahnya telur rebus sambal tumis kau ni, Nadz.... hihihi.. sajalah tu sebenarnya en hubby kau nak makan sambal telur sebenarnya, dia buat2lah terebus terus smpi masak, haha.. Nadz, jgn marah... u know me, kan..

Ina said...

huhhhhhhh sedapnya. klu mkn ni sure btambah nasi 2, 3 kali. sedar2 jerk nasi dh hbs ^_^

Chik Mimi said...

naz lauk yg tak jemukan ,akak kalau tak dak idea nak masak ni ler yg jadi penyelamat

ijayuji said...

Salam kak, buat mkn dgn nasi lemak pun sedap, letak ikan bilis byk2 bestnyer!

tun_telani said...

salam kak naz ^^ dh lama x makan telur rebus. tun kalau sambal suka telur mata kerbau. kalau dh ada telur rebus tu, mesti end up ngan wat nasi lemak. hihi

Nuwairani said...

kalau nani buat sambal telur rebus ni selalunya nani goreng dulu telur rebus tu. kemudian baru masukkan dalam sambalnya. aduh! teringin pulak. kalau ada nasik lemak ni memang kene ni!

Melly Octaviana said...

wah sedap nya kalo di makan dengan nasi lemak.. nyam..nyam

Unknown said...

akak, ni my fav lauk sambal ni..sedapnya tgk warna sambal akak ni.lapar lak rasa:)

Rohah said...

bulat2 telur tu dah menunggu..kena ngan sepinggan nasi panas,memang chup chap2..

Qasey Honey said...

dh lama xmkn lauk mcm ni...dlu mak selalu masak...wah sedapnye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...