Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 14 October 2011

KARIPAP (DOH TUN)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Karipap...emmm..memang dari dulu, kini dan insyallah mungkin selamanya menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni. Selalunya kalau buat karipap tak sempat pun nak tangkap gambar. Masa menggoreng lagi dah ada orang menunggu. Lepas je digoreng, memang cepat je selesai. 

Kali ni buat karipap gunakan resepi doh dari Tun Telani (Life is a constant battle) manakala untuk intinya, Naz gunakan resepi dari Ros (Bukan Sekadar Masakan). Oleh kerana resepi-resepi ni dari blog kawan-kawan, jadi mesti masukkan ke dalam blog sendiri supaya lain kali senang nak rujuk. 


KARIPAP TUN

(a) Doh Karipap
Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 Tbsp majerin
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp garam
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan majerin + minyak masak di dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti).
  3. Dah sejuk sikit, campurkan garam dan air.
  4. Uli-uli..Siap! Boleh buat karipap ikut suka nak letak inti apa pun.

(b) Inti Keledek (naz buat double resepi di bawah ni)
Sumber : Mas ~ (Duniaku) & Izah ~ (Izah Muffin Lover)

Bahan :

  • 1 biji keledek bersize besar (Naz guna 400 gm keledek)
  • 1/2 genggam ikan bilis - boleh tukar pada ayam atau daging
  • 2-3 sudu besar udang kering
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam 
  • 1 mangkuk air 
  • 1/2 biji bwg besar - Izah tambah, Mas pun (Naz guna 3 ulas bawang merah)
  • 2-3 ulas bawang putih -  Izah tambah, Mas pun (Naz pun tambah)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (Naz tambah)
Cara memasak :

  1. Keledek dipotong dadu. Rendam seketika. 
  2. Kisar ikan bilis bersama udang kering dan bawang dan kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili dan serbuk kari serta serbuk jintan manis. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan keledek dan air. Masak hingga keledek lembut dan kering.
  4. Boleh dijadikan inti.


NOTA :
  • Satu adunan doh karipap ni, dapat banyak karipap. Naz dapat lebih kurang 45 biji karipap. Jadi Naz frozenkan karipap-karipap ni.
  • Cara nak frozenkan karipap: Mula-mula goreng sebentar jer karipap tu. Tak yah tunggu sampai berubah warna. Kejap jer nak bagi kulit luar karipap tu kering supaya ia tak akan melekat antara satu sama lain bila kita simpan dalam freezer. Kemudian, sejukkan dulu dan seterusnya masukkan ke dalam plastik bersih atau apa-apa bekas yang sesuai sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer). 
  • Lagi satu, masa menggoreng karipap untuk dimakan, jangan guna api besar. Guna api kecil jer atau sederhana. Kalau guna api besar, nanti kulit karipap tumbuh jerawat batu masa menggoreng..hahaha...
 SELAMAT MENCUBA!

17 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam Naz selamat pg dah sampai juga ye krp Tun kat sini amacam sdp tak...mmg lah sdp kan..ak pun dah cuba..kulita x beminyak....ada lg ke nak 5 ketul

Cheq Sue said...

kite pun sarapan karipap tun ni jugak kak naz

quinnie said...

kaknaz..saya pun suka buat byk2 karipap lepas tu frozen kan...ramai betul yg dah buat karipap tun ni....:)

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz, kat umah akk ni pun ramai peminat karipap, cuma akk je yg tak berapa nak rajin, sedapnya karipap tu naz, harap2 dpt lah ank akk mkn karipap juga ni heheh, tq kongsi2 kat sini naz

mawar merah said...

Naz..akk part mengelim tu yg fail..tlg kelimkan akk punya ek.

Fiza Nordin said...

suker tgk karipap, suami kite pun suka makan karipap tp isterinya tak pandai2 buat kulit yang kena dgn tekak dia... :(

JaSSNaNi said...

canteknye kelim tepi2 karipap tu..
nani pun suka karipap.. anak2 pun suka.. kadang2 skali wat karipap utk makan2 20 biji terus.. sampai ke petang leh ulang makan je.. puas la.. eheheh.. kalau rajin leh freezerkan karipap ye.. :)

zarin said...

i dah amik resepi doh tu..nanti kita nak cuba gak lah. lama dah tk mkn karipap buatan sendirik ;-)

izahdaut said...

akak..comel je saya tengok karipap tu. lawooo la akak kelim. ajor kak.. saya suke doh ni. suke rapuh gitu

tun_telani said...

kak naz cayangg~~~ tun baru buka tenet nii... hihihi.. thank you try resepi doh tuuu... lebiuuu..

Treat and Trick said...

Nampak sedap karipap ni, boleh kak cuba nanti...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Naz..
wah ramai yg dh mencuba inti Tun..nmpk sedap lah :P

E-na Zarina said...

e-na pun peminat karipap tegar tp nak yg sedap2 jer...hihiii demand tuh!! nak minta pun mesti dh licin...tgk gmbor je la

dari dapur nasya said...

wahh..montelnya karipap..Nasya suka..sukaa..tapi suka makan je la sbb dari dulu sampai sekarang tangan kayu ni xpandai nak mengelim. Bersimpul2 jadinya..
mintak satu Naz boley..

Unknown said...

wahh sedapnya karipap...ramai dah yg buat karipap tun ni...nak kena try juga nanti..:)

Sheery Dream Cakes said...

Alahai... my fav nie karipap... baru td makan karipap tp beli jer karipap tu.. hehehee... Karipap nie nampak sgt sedap ler naz.. mmg kena buat gak nnt nie..

asyifamustaffa said...

sy bru teringat tdi ptng nak buat karipap....lupa cara pastrinya...sbb slalu tlong mak buat jer.....tiba mlm nie...tgk kak.naz post pasal karipap..........hehehe...mcm suh buat jer bsok....:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...