Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, March 1, 2012

KALIO AYAM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Didoakan semoga semua rakan-rakan sihat walafiat hendaknya. Semoga Allah juga memudahkan segala urusan kita pada hari ini..Insyallah..

Kalio ayam ini merupakan menu yang anak-anak suka di rumah Naz. Rasa kalio ayam ini seharusnya sedikit masam dan sedikit pedas tapi bukan pedas menyengat macam masak lemak cili padi tu, serta wangi dengan bau daun limau purut atau daun kunyit yang digunakan. 

Pertama kali Naz masak lauk ni dulu semasa sedang belajar. Dalam kursus yang Naz ambil, memang ada praktikal untuk memasak dan mengubah suai resepi. So this is what i've done in the kitchen lab long time ago. Apa yang diubah di dalam resepi ialah penggunaan susu segar rendah lemak menggantikan santan. But depends on masing-masing punya tastebud lah kan. Kalau tak suka susu segar dalam masakan, just kekalkan penggunaan santanya.


KALIO AYAM

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (5-6 ketul ayam) - dibersihkan, dibuang kulitnya dan ditoskan
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 5 ulas bawang merah 
  • 3 biji cili merah 
  • 5 biji cili api 
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 inci lengkuas - diketuk
  • 2 biji ubi kentang - dibelah 4
  • 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
  • Sedikit bunga kobis - dipotong-potong kecil
  • 2 helai daun limau purut ATAU 2 helai daun kunyit - dihiris
  • 400 ml air
  • 200 ml susu segar rendah lemak ATAU 200 ml santan 
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Ayam yang telah dibersihkan, digaul dengan serbuk kunyit dan 1/2 sudu teh garam.
  2. Kisar bersama bawang merah, cili merah dan cili padi serta halia.
  3. Masukkan bahan kisar bersama ayam, ubi kentang dan 400 ml air ke dalam periuk. Masukkan juga serai dan lengkuas yang diketuk. Biar hingga mendidih.
  4. Bila kentang telah separa empuk, masukkan asam gelugur, bunga kobis, lobak merah, daun limau purut dan juga susu segar rendah lemak. Masak hingga mendidih sambail dikacau sesekali. Rasakan garamnya. Boleh dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!

21 comments:

Mas said...

mas tak pernah try lagi resepi kalio ayam ni..
nampak sedapp la kak..
boleh cuba la nanti...

Qasey Honey said...

aha la...sya pon xpenah try buat lgi...
lepas ni boleh cuba buat...
mesti sedapkan n nmpk myelerakan

izahdaut said...

kak naz pernah amik krusus masak2 ye.. bestnya... berpeluang belajar betul2.. trasa nak belajar perkara yang betul2 diminati. huhuhu.. sedpnya lauk. ni leh la makan banyak sikit pas kuar peluh ek

~~zAnAfAhMi~~ said...

macam masak lemak ye Nadz? budak2 mesti suka, anak akak tu payah nak makan ayam walaupun kfc. dia cuma makan ayam yang dibuat chicken chop..

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

kALIO INI NAMPAK LAIN SEDIKIT...AKAK BIASA BUAT JENIS pADANG...BOLEHLAH SALIN DLU NANTI BUAT

Ayu said...

assalam naz,
ayam kalio nampak sedap..akak pun belum pernah cuba lagi ni..gamabr makin mangancam naz..ada rasa mcam lemak padior gulai gitu ke naz..

ady said...

as-salam Naz
sedapnye ayam kalio ni...belum pernah cuba..masuk list dulu..

IeRA said...

Salam kak...

Masak tak pernah cuma pernah makan kat kedai je..

Nieza said...

salam rindu kak Nadz cyng, lama tak singgah dapur akak ni.sedapnya tgk kalio ayam akak ni...memang menyelerakan dan bagus yer guna susu cair tu:)

tun_telani said...

teringat food lab kt usm, tempat lepak2 sambil kacau kak mira. hihi... mcm pernah masak resepi gini, tp kalio tu 1st time tun dgr. hihi.. maybe resepi dia lebih kurang kot.

quinnie said...

saya tak pernah masak kalio ni kak..teringin nak cuba...:)

saya tak ternak ikan talapia kak..hehehhe..beli je...meamng 1 family suka...:)

Melly Octaviana said...

kayanya enak banget nih .. kapan kapan melly mau buat juga , belum pernah masak ayam kalio ini. makasih yah Naz dah share recipe nya.. ;)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

So inviting lor dear but I'm vegetarian for a month so kena tahan dulu la..hehehe. How you been? ;)

inahar ali said...

iyela naz..lbh kurang cam mcm masak lemak jek kan..boleh la try nnti!!sempoi tp sodaap..!!

Mama2Q said...

salam naz, just nak tanya, semua masakan yg naz buat ni, cthnya kalio atau kek atau apa saja masakan naz kat rumah tu, naz masak dgn buku resepi ke atau memang semua resepi dalam kepala? sbb kalau saya kan, susah tul nak ingat apa bahan utk pelbagai jenis masakan ni..camne eh

ijan said...

Salam kak Nadz,
Memang nampak menyelerakan. Saya pun suka kalau apa2 masakan yang boleh gunakan susu untuk gantikan santan. Dapatlah menu yang lebih sihat kan kak :)

leen said...

Assalamualaikum...salam kunjung kat sini...banyaknya resepi kat sini..nampak sedap semuanya..

LinRosly said...

Assalamualaikum Nadz

Lapor Kak Lin Tgk Kalio Ayam Tu...Insya Allah Nnt Kak Lin Cuba Masak...Ada Bubuh Cili Api Tu Tentu Pedas dan Sedap!

Mamasya said...

Aslmkum Naz.lama tak bertandang ke dapur Naz.Naz sekeluarga sihat ke?
ayam kalio pernah buat dulu...tp dah lama

hijabisbeauty said...

Assalamualaikum semua..

salam perkenalan dan jemput singgah ke hijabismybeauty.blogspot.com
Kami menawarkan tudung bawal plain no.1 'Dian Pelangi'
dengan warna yang menarik dan harga yng berpatutan..

http://hijabismybeauty.blogspot.com/

dan juga page facebook
http://www.facebook.com/hijabisbeauty

sebarang order boleh dibuat melalui sms 013-3189358 atau email ke hijabisbeauty@yahoo.com

Wanita Hiasan Dunia Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah..
InsyaAllah

terima kasih senyum2 [:)]

Amie said...

Teringin nak makan masakan kalio begini... memang sedap dan menyelerakan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...