Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, March 31, 2012

BINGKA NESTUM PANDAN CRUNCHY


ASSALLAMUKALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Bersua kembali pada hari yang diharapkan terus ceria dan indah ini. Semalam buat kuih bingka. Hehehe..first time buat bingka ni tau! Memang Naz tak pernah buat apa jenis bingka pun sebelum ni. Niat asal tu nak mencari-cari apa-apa resepi yang menggunakan nestum sebab nak menghabiskan stok nestum di rumah ni. Terjumpa resepi dari blog HaSue. Belek-belek resepi dari blog HaSue dan juga resepi asalnya dari DatinLulu, Naz ambil keputusan untuk buat yang versi ada pandan sebab tertarik dengan warnanya.

Baru keluar dari oven. Bijirin-bijirin nestum yang di atas tu, memang rangup masa ni.

Naz kongsikan di sini pula resepi ini. Untuk merujuk resepi asal, silalah klik pada link yang Naz sertakan di bawah yer.



BINGKA NESTUM PANDAN CRUNCHY
Rujuk dari : HaSue: I Love My Life

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan susu sejat/cair
  • 2 biji telur gred A
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/3 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar butter - dicairkan (Naz guna majerin)
  • 1/2 sudu teh pes pandan (Naz guna 1 sudu teh)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla (optional)
  • 3/4 cawan nestum original
*Nestum secukupnya untuk ditabur di atas adunan
*1 sudu besar butter atau sedikit minyak masak untuk melengser loyag


Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Blend/ kisar semua bahan hingga sebati.
  2. Sediakan loyang. Masukkan 1 sudu besar butter dan panaskan atas api yang kecil ATAU boleh juga lengser loyang dengan sedikit minyak masak sahaja.
  3. Tuang masuk adunan yang telah dikisar tadi ke dalam loyang. Taburkan bijirin nestum di atasnya.
  4. Bakar 45-50 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan dulu sebelum dipotong.
NOTA NAZ :

  • Sedap kuih bingka ni. Yang paling Naz tak sangka anakanda Haris pun kata sedap dan sukakan bingka ni. Sebelum ni memang tak pernah buat kuih bingka sebab rasanya anak-anak macam tak suka sangat.
  • Bahagian atas yang ditaburi dengan bijirin nestum memang rangup sekiranya dimakan ketika suam selepas keluar dari oven. Sekiranya dibiarkan lama pada suhu bilik, ianya akan kurang rangup.


SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

ady said...

as-salam Naz
waa sedapnye nampak..terliur nih..Yum yummm

JUICY CAFE said...

as-salam siss..wahhh..pandai u buat talamm..i lgsg xtau sis huhuhu..

ASMAH YUSOF said...

Salam k.naz...suka sgt kiuh bingka,dpt pulak bingka rangup mcm nie..sure nyaman je makan...:))

quinnie said...

dah lama betul saya tak buat bingka kak..dia kalau tengah musim tu asyik kuar resepi bingka je kat blog...hahahha..nampak sedap resepi si z nih..:)

lina_pg said...

assalam naz..nmpk sedap dan bahan2 pun senang jer tu..
bolehlah kaklina try nanti

Amie said...

Cantik kejadiannya...resepinya pun mudah saja ye, bolehlah cuba nanti

Mamasya said...

Salam Naz.resepi bingka pandan ni dah lama masuk senarai sbb nya sama jugak nak habis kan stok nestum....tangguh2 last2 nestumpun dah expire....rugi tak buat.kena beli nestum lagi...
re; Syakirah tak jadi model kuih ketayap sbb baru je jadi model kuih koci..hi..hi..

ijan said...

Salam kak Nadz,
Terima kasih tinggalkan komen di blog tempohari. Saya suka kuih2 yang guna nestum. Saya cukup suka dengan bau dia yang wangi tu :)

Rohah said...

mmg first time nampak bingka bersalut nestum di permukannya, belum cuba, belum rasa, tp dah ada feel yg mengatakan ianya sedap..tq ada resepi camni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...