Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Friday, September 21, 2012

RED VELVET CAKE (MAYA) WITH CHOCOLATE GANACHE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Apa khabar kawan-kawan semua? Harap semuanya sihat sejahtera ya. Hari ni nak letak resepi Kek Baldu Merah yang Naz ambil dari blog kak Ayu(Curlybabe's Satisfaction). Dulu dah pernah letak resepi ni. Tapi Naz letak jugalah lagi sekali.

Kek ni Naz buat untuk tempahan dari member di USM untuk jamuan di tempat kerjanya. Jadi gambar kek yang dah dipotong tak ada ye. Tapi kalau nak tengok juga, boleh klik di SINI untuk melihat kek ini yang sama Naz buat dahulu. 

Kek ini dibelah 3, dilapisi dengan cream cheese dan filling blueberry di setiap lapisan dan disalut dengan cream cheese frosting serta dicurahkan dengan coklat ganache di atas kek. Memang tak puas makan kata member Naz ni..hahahaaaaa...


RED VELVET CAKE (Maya)

Bahan-bahan :
(A)
  • 1 2/3 cawan tepung naik sendiri 
  • 2 Tbsp serbuk koko
  • 1/2 tsp baking soda
  • 110 gm mentega (Naz guna 125 gm)
  • 1 cawan gula halus

(B)
  • 2 biji telur besar
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/4 cawan buttermilk (substitute: 1/2 cawan susu segar + 1/2 Tbsp cuka, biarkan hingga 15-20 min.  Gunakan 1/4 cawan saja utk resepi ini) 
(C)
  • 1 tsp cuka
  • 1/2 botol pewarna merah cecair atau 1 tsp pewarna merah gel

Cara-cara:
  1. Pukul  mentega dan gula hingga berkrim
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak, bersama susu dan buttermilk bergilir-gilir bermula dan berakhir dengan bahan kering.
  5. Akhir sekali masukkan cuka dan gaul rata
  6. Bakar dalam oven yang sudah di panaskan selama 30-40 min pada suhu 170C atau mengikut kepanasan oven masing-masing hingga masak
  7. Biarkan sejuk. Lepas tu boleh di lapis dengan frosting cheese dan coklat di atasnya..

RESEPI CREAM CHEESE (**Naz buat 2 adunan utk salut kek 8")
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
  • 250 gm cream cheese
  • 30 gm butter
  • 1 sudu besar perahan lemon @ lime
  • 1 sudu besar esen vanilla
  • 1 sudu besar susu segar
  • 100 gm gula ising

Cara-cara :
  • Pukul cream cheese bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan gula icing & pukul lagi sehingga gebu.
  • Kemudian masukkan semua bahan2 lain, sebatikan.



RESEPI COKLAT GANACHE
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com
SOURCES: Anna QawinaMat Gebu
  • 200 gm coklat masakan  
  • 100 ml susu cair ATAU 150 ml whipp. cream 
  • 1tsp butter


Cara-cara : 
  1. Doubler boiler susu ATAU whipping cream bersama coklat masakan.
  2. Dah agak mencair coklat tu tutup api sambil terus mengacau hingga larut semua coklat.
  3. Masukkan butter, kacau sebati.
  4. Biarkan seketika baru digunakan. 

SELAMAT MENCUBA!

11 comments:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum..
selamat tengah hari..
uwaa uwaaa uwaaa... kejamm !!!
sangat lawa kek itu.. tengok cream kat atas tu dah tau kesedapannya.. pandai nye naz deci2 kek tu... cantekkkk sangat...

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaaiii nampakkk cantikkk sgtttt, mesti sedap niii

Gya Duniaku said...

sgt marbelesssss... jelesss

ijayuji said...

Salam kak! aduhhhhhh... pinjam tgn akak setahun kita nak berniaga jugak hihihi... cantik ler deco akak walau simple gini kita suke deco yg simple tak semak samun mcm nii :D lama tak mkn RV lerrr, malas nak buat sbb yg lain2 tak makan, klu nk mkn buat sepotong aci tak? mcm mana ler nk sukat tu ya kikiki...

Chah said...

mendera nih! sungguh syomel la kak naz!...

nanonano said...

kagumnye akak blh curah choc ganache ats tu tanpa tumpah? cmne nak bajet tu?

zila norazila said...

salam syg naz.
cun melecun cam tuanya jgk..alif lam lam haa..cantikk:)

izahdaut said...

tgok kat fb tadi lawa betul kek kak naz neh. cantikkkkkkkkkkkkk.. suke bila ada kaler2 tone gitu.. pandai la akak neh.. pinjam tangan

Ayu said...

Asslam Naz,
shukur alahamdullilah, Naz pun buat tempahan dgn recipe RVC recipe maya tu ya..Memang sedap recipe tu..thank you Naz for the trust ya..

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz :D
Nampak sedap Kek Ni...cantik pulak tu Naz...

Naz pun pandai buat kek secantik mcm ni...kalau Kak Lin nak buat kek biasa pun tak mampu lagikan nak buat kek yg secantik mcm ni...huhuhuhu...



Ain Fajar said...

cantinya kek, sesedap rasenye..mmg xpuas mkn bila semua rase masam, manis, lemak dan coklat di gabungkan...hhhmmm nyamyyyy..lm xsinggah cni..tenet slow..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...