Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, September 6, 2012

BISKUT DONUT/ SNOW WHITE COOKIES

 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang memasukkan resepi ke dalam blog ini. Apa khabar semua ye? Semoga kawan-kawan semua dalam keadaan yang baik-baik saja di saat ini.

Biskut ni Naz buat sebelum Syawal dulu. Sekarang baru berkesempatan untuk update ke dalam blog. Ramai juga rasanya yang dah mencuba resepi biskut donut ini yang datangnya dari dapur kak Wan. Memang sedap biskut ni pada tekak Naz. Naz lebih suka biskut ni tanpa salutan coklat tu sebenarnya. Best juga rasanya walaupun togel saja. 

Masa tengah list down senarai biskut yang nak dibuat Ramadan lalu, biskut ni adalah salah satu biskut yang masuk dalam senarai. Kemudian ternampak pula biskut ni dibuat oleh Qasey Honey di blognya. Lagi meluap-luap keinginan nak membuat biskut ni.

Jadi sekarang Naz kongsikan pula resepi ini di blog Naz. Naz salut biskut ni dengan coklat masakan putih dan yang coklat.

BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES
SOURCE: Qasey Honey


Bahan A:
  • 150 gm mentega
  • 30 gm shortening
  • 100 gm gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh emplex



Bahan B:
  • 200 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 30 gm nestum (dikisar)
  • 3 sudu besar susu tepung



Hiasan:
Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand


Cara-cara:
  1. Satukan bahan A dan pukul hingga sebati. Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Canai dan terap dengan acuan berlubang. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit. Sejukkan.
  3. Celup biskut dgn coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manic warna warni.
  4. Biar coklat beku baru di simpan di dalam bekas.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

JUICY CAFE said...

As-salam sis..
ehhh kiut kiut laa donut cookies nih..ganache pun nmpk rata aje sis..

Mas said...

cantikkkknya cookies...
budak2 suka gini kan..

zila norazila said...

cantik la naz..x berkesempatan lg nk buat thn nie..tggu thn depan:)..mesti byk kuih naz kan:)

Mas Sani said...

raya kali ini pergi raya rmh org ramai betul yg buat sekut bentuk donut n tembikai... budak2 cukup suka! memang sedap!

biskut donut kak naz sgt cantik, berkilat je coklat nye...geram mas tgk hehehe...

ijayuji said...

Salam kak naz!! Kelakar klu nk citer pasal kukus ni, kita dr sini dah beli cetaknya, bwk mesia last2 tak buat pastu g tggl cetak tu kat umah mak ahahaha... Tak buat ler nmpknyer :D

Amie said...

Tabiklah buat Naz yang rajin buat biskut... cantik pula tu, coklat tu yang buat liur nak meleleh nih...

Qasey Honey said...

jelesnya kak Nadz tgk biskut donut akak yg cantik tu...bkilat lg tu haaa coklatnye...cmne bikin tu..hihi

akak kalau nk tau mak QH pon suka yg togel tu aje..katanya tupon sedap..tp nk cantik buh jugak la coklat atsnya tu...yg togel pon QH tinggalkan jugak sikit utk mak...

fatin nabillah :) said...

Sedaaaaaaaappppppppnyaaaaaaaaa! XD

Rohah said...

salam lebaran Naz..
rajinnya Naz wat biskut comei2 n bersalut coklat lagi..

Ayu said...

Assalam Naz, waduh kukis ni sebiji macam donut ler.. only thing ia rangup kan..banayk buat kukis tahun ni Naz?

nOOrsha said...

salam k naz..ade lg x kukis ni..sy mau yg ceklattt..nyumnyum/.nmpak sodapp:)

Mamasya said...

Salam Naz.tengok dari jauh gambar ingatkan donut yg goreng...rupanya biskut donut. comei2 saiznya....geram tengok....pasti budak2 sukakan.
re; Naz, karipap mini tu mmg rangup dan elok licin kulitnya.cuma akk buat ada yg terbuka masa goreng....mungkin nipis sgt canainya....jadi tak lekat elok masa tutup.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam Naz..cantiknya kukis donut tu.klu salut ngan coklat lggg la budak2 suka:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...