Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, September 10, 2012

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI (KAK ANYMZ)

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua pengunjung yang sudi menjenguk blog ini sihat sejahtera hendaknya. Kali ni Naz nak tayang menu asam pedas kak Anymz. Lebih kurang sama je macam asam pedas yang Naz selalu buat cuma tang serai tu, biasanya Naz ketuk je. Tak pernah pula dikisar. Anyway, Naz memang suka asam pedas sebab dah biasa makan dari kecil lagi. Kuah tu Naz suka buat banyak dan pekat biar ada baki yang boleh dipanaskan dan dimakan dengan roti..hehehee...

Okey, mari kita lihat resepi kak Anymz nie...

ASAM PEDAS KAK ANYMZ
TRIED BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ikan tenggiri batang-akak guna 6 keping-bersihkan gaul sedikit dgn serbuk kunyit dan ketepikan
  • 1 batang terung panjang-di belah dua dan di kerat 4.rendam dlm air sejuk sebentar (Naz ganti bendi)
  • 15 tangkai cili kering-di kisar
  • 1 labu bawang besar-di kisar
  • 3 ulas bawang putih-di kisar
  • 2 batang serai-di kisar
  • sedikit belacan-jika suka-di kisar
  • 3 batang daun kesum-ambil daunnya
  • 2 batang bunga kantan-di belah dua
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air asam jawa-agak2 le
  • 1 st serbuk kunyit
  • minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
  3. Setelah terbit minyak,masukkan serbuk kunyit,garam dan kiub ikan bilis.
  4. Masukkan air asam jawa.
  5. Masukkan juga ikan dan daun kesum.
  6. Bila sudah mendidih masukan terung yang sudah di toskan airnya dan juga bunga kantan.
  7. Jerang hingga terung masak.
  8. Renihkan sebentar dengan api perlahan dan tutup api.
  9. Sedia untuk di hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

ijayuji said...

Salam kak naz! Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sgt tak makan asam pedas :D nmpk asam pedas akak ni terbyg2 asam pedas mak kita alahaiiiiii... da balik itu hari tak sempat nak makan asam pedas sbb puasa pastu bukak puasa pun mkn benda lain, pastu sambung pulak raya dgn lauk2 raya pulak mmg tak sempat nak makan2 asam pedas tp nasib baik sempat makan ubi rebus hihihi...

Chah said...

terbaik ni kak naz! err selamat ari raya kak! cantik kek bola akak tu...kemas ke rumput tu...guna mesin rumput cap apa yer? heeee

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, akk dulu2 hanya tau 2 jenis asam pedas je, asam pedas klate n asam pedas yg guna buah keras tu, la ni mcm2 jenis asam pedas yg ada, paling akk kerap msk asam pedas kak nim ni lah hehe, suka sbb senang je blender je semua hehe

Mas said...

memang terbaikk la asam pedas resepi kak anim ni....
like sangat

Norzie hany said...

Sedapnya asam pedas.

♥MAMASYAZA♥ said...

alahaiiii sedapnye asam pedas ikan tenggiri...feveret saya tu

HaSue said...

salam kak naz cyg...
Baru terkedek2 jenjalan blog org ni kak..siap bekal nasik nk ngadap asam pedas masakan akak ni hah.. Meh laa share seperiuk wat merasa..heee

LinRosly said...

Assalamualaikum Naz :D

Sedapnya Asam Pedas! Bubuh kuahnya atas nasi lepas tu curah kicap...perhhhh sedap!!!

lina_pg said...

Assalam Naz..sedapnya asam pedas.rcp kak Anym ni cukup femes..tp kak lina xbale nk pandai la wat asam pedas..

Qasey Honey said...

asslm Kak Naz...sedapnye tgk asam pedas ikan tenggiri tu..terliur la tgk..terbaekkk..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam naz..klu k.atie ni mmg suka lar menghirup kuahnya :D

Mas Sani said...

Saya suka...sy suka....sedapnya kak asam pedas ada bende...alahaiiii kecur plak dah :-)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terliur akak tengok asam pedas Naz ni... dah lama akak tak asam pedas.. nanti nak buatlah :D

zila norazila said...

asam pedas mmg kgmaran zila n family..dalam semingg mesti buat sekali..klu x buat mmg x sah..:)samalh suka buat pekat2..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...