Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Wednesday, September 5, 2012

MEWARNA FONDANT


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ini cuma entry ringkas saja untuk berkongsi cara bagaimana untuk mewarnakan fondant putih kepada warna yang diingini. Naz pun bukan pakar dalam bab fondant ni. Baru je cuba-cuba menggunakannya untuk hiasan cuppies dan juga kek.

Ada juga rakan-rakan di fb yang bertanya fondant apa yang Naz guna dan adakah ianya halal. Untuk makluman semua, Naz menggunakan fondant yang siap untuk terus digunakan (seperti gambar di atas tu) dan Naz membelinya dari kedai menjual alatan dan bahan kek. Fondant yang Naz gunakan ini pula ada cop halal dari JAKIM. Boleh lihat gambar di bawah. Tak boleh nak fokus lebih dekat cop tu sebab pakai kamera cabuk je. Nanti gambar jadi kabur.


Okey sekarang kita bercerita pula cara untuk mewarnakan fondant putih kepada warna yang diingini. 

Mula-mula ambil sejumlah fondant putih yang ingin diwarnakan. Lebih kurang macam dalam gambar ni. Kemudian, dengan menggunakan lidi satay atau lidi pencungkil gigi (yang belum digunakan tau!), celup dalam pewarna yang kita inginkan. Kemudian calit-calit pada fondant cam kat atas tu. INGAT!! Setiap kali nak mencelup warna, kalau boleh gunakanlah lidi lain yang masih bersih. Bukan apa, nak elakkan kontaminasi pada pewarna tu.


Kemudian, ulilah fondant tadi. Nanti awal-awal menguli tu, warna fondant akan jadi macam gambar di atas ni. Ada corak marble pada fondant tu. Kalau nak guna terus pun boleh utk corak marble ni.


Tapi kalau nak warna yang sekata, teruskan menguli hingga anda puas hati dengan pewarnaan anda. Macam di atas ni, inilah warna hijau sekata yang Naz dapat selepas menguli sambil tengok tv..hehehee...

Ok, ini ada beberapa tips tentang mewarnakan fondant. Naz kongsikan apa yang Naz tau ok!

TIPS MEWARNA FONDANT
  1. Seeloknya, ambil jumlah fondant yang ingin diwarnakan, sebesar saiz kepalan tangan kita agar mudah untuk kita uli dalam proses mewarna ini. Sebab kita uli fondant ni di atas dua tapak tangan kita jer.
  2. Kalau kita ingin mewarnakan fondant dalam kuantiti yang banyak, maksudnya lebih besar dari sekepal yang muat atas tapak tangan kita, warnakan sedikit dulu hingga mendapat warna yang agak pekat. Kemudian, fondant dengan warna yang pekat ini kita uli pula dengan fondant putih lain hingga mendapat jumlah fondant berwarna yang kita inginkan. Warna pekat pada fondant tadi dengan sendirinya akan menjadi sedikit cair bergantung banyak mana fondant putih yang kita campurkan pada yang pekat tadi.
  3. Semasa awal proses menguli, mungkin fondant ni akan melekat-lekat sikit pada tapak tangan. Sapukan sedikit tepung jagung di atas tapak tangan untuk mengatasi masalah ini.
  4. Gunakan pewarna gel atau serbuk untuk mewarnakan fondant. Kalau kita gunakan pewarna cecair, fandant akan melekit-lekit.
  5. Fondant yang telah siap diwarna boleh digunakan terus atau lagi baik kalau kita simpan semalaman kerana ada sesetengah warna akan menjadi lebih cantik dan terang selepas sehari.
  6. Untuk menyimpan fondant yang telah diwarnakan atau lebihan fondant yang telah digunakan, balut fondant ini dengan plastik wrap secara berasingan. Maknanya jangan campur semua warna fondant dalam plastik wrap yang sama. Lepas balut tu, simpan fondant ini dalam bekas kedap udara dan biar saja pada suhu bilik. Jangan simpan di dalam peti sejuk tau!
  7. Jangan sesekali menyimpan lebihan fondan ke dalam bekas fondant yang masih terdapat fondant yang belum digunakan. Ini boleh menyebabkan kontaminasi berlaku. 
  8. Fondant yang betul cara penyimpanannya, boleh tahan berbulan-bulan lamanya pada suhu bilik.
Ok. Setakat ini dulu sedikit maklumat tentang mewarnakan fondant. Kalau ada lagi maklumat lain, akan Naz kongsikan lagi di sini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA DAN SELAMAT MEWARNA!

15 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Errrrr...

Salam, Naz.

Kontiminasi tu apa????

hehehehe.. jangan marah nAz, larikkkkkkkkkkkk!!

aizacakes.blogspot.com said...

salam....mmg terbaeeek naz...tq info

Mas Sani said...

slmt hari raya kak nazd......

Owh...baru mas tahu....kalo nak fondan kn kek beli je yg dh sedia ada kt kedai then tggl buh warna je, alahaiiiii sgt lah ketinggalan mas ni huhuhuhuhu..... Thanx for the info kak....muahhhhh!

ninazsyafinaz said...

Good tips kak..Thank you!

chikadakbiru said...

salam kak naz...
wahh beshnyerr baca tip2 alatan fondant dan skill mewarna fondant...lepas nih..boleh ler cuba hihihi

salwana nordin @ che'wa said...

thanks for the info kak..

saya teringan belaja buat fondant..

kalo dah ada instant lg senang keje..pasni nk try cari :)

Melly Octaviana said...

Hello Nadz... lama tak jumpa yah..hehe
hmm.. tips yg bagus sekali, melly sih belum pernah bermain main dengan pondant, makan nya belum pernah, tunggu Nadz antar ke kuching yah.. hehe

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak dah jumpa fondant yang ready made naz.. malam ni nak start menguli utk buat kek hari jadi nabilah ahad ni.. tq info yg guna cecair gel atau serbuk.. kalau tak akak dah tuang pewarna yang buat kek tu hehehe :D

tun_telani said...

tun xpernah beli dan guna fondant. tunggu adik tun yg sorang lagi pulak kawin, nnti blh wat cupcake cantik2 utk hantaran dia ^^

Qasey Honey said...

ohhh cmtu yer kak Nadz nk colorkan fondant tu..QH buat hrtu guna yg cair tu..kononnye ingatkan lg senang rupanya melekit...kena tabur tepung sikit bru ok..hihi...tq kak info yg bguna tu..

Rohah said...

tq infonya Nadz..

inahar ali said...

salam aidilfitri & maaf zahir batin wat naz sekeluarga ye!

-<@ * Liana * @>- said...

As Salam, saya tak pernah guna fondat tapi baru nk cuba. Kalau wat tulisan fondant nak diletakkan atas kek yang memerlukan kek yg disimpan dalam fridge camner ye? Akan ada pape effect pada font tu? :-)

Anonymous said...

Kdai kek mana ye sng nak cri if i stay kt kl..tgk kt bake yen cm xde je?

tq. nurul

Eyna Zamilah said...

Thanks a lot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...