ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Alhamdulillah rezeki datang lagi. Tempahan kek bertema padang bola sepak pada hari Jumaat yang lalu (7/9/2012). Tempahan kek dari Elfa dan suaminya yang diberi kepercayaan untuk organize sebiji kek bagi kelab bola sepak SUK (kalau tak salah).
Ini merupakan tempahan dari Elfa kali ke dua. Pertama kali dulu Elfa menempah RVC untuk sambutan hari lahir anaknya yang ke 2. Kali ini Elfa meminta buatkan apa-apa jenis kek dengan berat 3 kg dan bersaiz besar dengan berhias seperti padang bola sepak. Jadi inilah hasilnya....
Sejurus selepas membuka kotak kek dan melihat hasil kek ini, Elfa terus membuat panggilan telefon kepada Naz melahirkan rasa puas hati suami serta dirinya sendiri. Alhamdulillah.. Lain kali boleh order lagi ye..heheheee...
Chocolate moist cake
3++ kg
Tema padang bola sepak
10" X 16"
Deco dan layered dengan buttercream
Filling blueberry
SELAMAT MENJAMU MATA!
9 comments:
Salam minggu kak naz!!! Moga rezeki akak dimurahkan selalu insyaAllah! Tumpang gembira sbb kita tak pandai berniaga :D suke tgk org berniaga gini :))
selamat maju jaya kak... waahhh mmg dasat kek gini. besoo tu mmg puas hati kan bila tengok kek dihias ikut tema, kira lagi mencabar la player tu sebab kene main kat rumput panjang tu kan. iikiki.. gurau jek kak naz. slamat hari rayaaaa :-)
Salam rindu Nadz....kalau la si Aziz nmpk kek ni, mau dia paksa ibunya buatkan...huhu...pandai Nadz deko.
besarnyaaa puas makan tu he3...cantik kak...kalo dpt kt mas ni syg nk makan sbb cantik...
blog mas dh boleh post coment, terima kasih kak :)
assalam
cantiknya...sayang nak potong
alhamdulillah..
smoga murah rezeki naz..cantik pulak tgk naz deco camtu..mesti diorg puas hati kan:)
aslmkum naz.. bertambah rezeki naz hendaknya.. mmg cantik.. klau akk nk deco plain2 pun dah fail, inikan pulak nk brtema2.. mmg outtt.. hihihi..
wow sangatlah kreatif...ih..sih kagum tul ni..akak ni xtau bila nak start ni tool suma ada,rajin jer yg tadak..skill entah ke mana hahaha..
teringin jugak nk deko kek pdg bola nih..tp xder masa..kena amik cuti hr bekerja kot sbb ank anta kat pengasuh..so br blh bertenang nk bersilat kat dapur...kikiki...anyway,,tq share..
Post a Comment