Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 29 April 2011

SERIMUKA DURIAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salam di hari Jumaat untuk semua. Pertama sekali nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang bertanya khabar serta mendoakan kesejahteraan Naz dan anakanda Maisarah Hani. Naz ada post satu entry khas untuk ini sebenarnya tapi mungkin ramai tak perasan. Anyway, alhamdulillah kami beransur baik walaupun belum 100%.. Terima kasih kepada semua yang meninggalkan pesanan di ruangan komen dan juga di shout box.. Oh ya! Di entry khas ni, Naz tengah survey tentang cadangan nak buat satu GA bergantung kepada sambutan. So sesiapa yang rasa-rasa berminat boleh tinggalkan komen di situ. Kalau ramai yang ingin menyertai, Naz akan buat GA ni. Nak tau GA apa, jemput baca entry khas tu.

Ramai betul kawan-kawan yang dah men'durian'kan menu-menu mereka di dapur ye. Di sini, musim durian masih baru lagi. Jadi giliran orang di sini la pula nak men'durian'kan resepi dia di dapur ye.


Serimuka durian ini merupakan antara menu yang agak terkenal yang dihasilkan apabila tiba musim durian. Macam-macam versi resepi serimuka durian yang timbul di perairan blogger-blogger. Naz sendiri, suka menggunakan resepi di bawah ni sebab Naz suka menyukat dengan menggunakan cawan penyukat saja. Resepi ni dah pernah diletakkan dulu. Tapi dulu, Naz guna gula perang. Jadi warna kuih tu tak sama dengan yang ini. Kali ini Naz guna gula pasir putih tu dan tambah sedikit warna kuning. Jadi kejadian serimuka durian kali ini seperti dalam gambar-gambar ni lah. Kalau nak tengok yang dulu punya versi boleh klik di sini.


Sebenarnya teringin nak mencuba resepi lain dari blog kawan-kawan. Tapi kebanyakan resepi, sukatan bahan-bahannya dalam ukuran metrik. Alamak! Nak kena timbang dulu.. Bukan malas tapi si kenit Maisarah Hani tu masih tak berapa sihat sepenuhnya. Jadi nak kena buat kerja cepat-cepat. Itu pun masa tengah membancuh lapisan atas yang ada durian tu dia dah mula menangis nak umminya. Tak nak duduk dengan ayahnya langsung. Hai...macam lipas kudunglah ummi dia menghabiskan kerja di dapur. 

Jadi seperti kebiasaannya, selesai sessi membebel, baru resepi menyusul.

SERIMUKA DURIAN

Bahan-bahan lapisan bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam


Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan. Masukkan beras pulut dan santan serta garam ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  2. Minyakkan atau lapikkan dengan sehelai plastik satu loyang lain dan masukkan pulut yang telah masak tadi. Tekan dan ratakan pulut di dalam loyang. Kukus semula lebih kurang 5 minit.
  3. Tuangkan adunan lapisan atas.

Bahan-bahan lapisan atas :
  • 1/2 cawan isi durian (150 gm)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula pasir putih (boleh kurangkan kalau durian dah manis sangat)
  • 2 1/2 Tbsp tepung gandum
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 2 biji telur (pukul sikit)
  • 1 tsp garam halus

Cara-cara :
  1. Santan dan isi durian dikisar di dalam pengisar agar halus. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semua bahan lain dan gaul hingga tiada ketulan. Masukkan adunan ke dalam periuk(lebih elok kalau periuk non-stick) dan masak sekejap di atas api sederhana sambil dikacau hingga naik wap.
  3. Tuangkan adunan ini ke atas lapisan pulut tadi dan kukus atas api sederhana selama 30 minit atau sehingga masak. Tutup api dan sejukkan dulu kuih sebelum dipotong.

SELAMAT MENCUBA!

16 comments:

izahdaut said...

akak..lagi senang rupanya serimuka durian resepi akak nih.sebab pakai cawan je. i like.. nanti kalau rajin leh try buat. akak saya dah komen kat mapin tu. maaf terlewat ye kak. hehe.. cantik mapinnya tu.. i like... kesilapan yang membawa sedap ekk.hehe

Kak Rose said...

wah sana sini asik menu doyan jer... td nampak kat rumah nieza talam doyan... bila nak nyinggah kat umah kak rose nih!

Unknown said...

sedap...sedap...kita tukar ngan talam doyan la ye..hehe

Nazrah said...

hmmm...sedap ni...saya suka doyan...
tapi doyan tak der kat rumah
mintak boleh ke...

LiNa_Pg said...

naz, walau dari angle mana pun serimuka derianmu ini tetap nmpk sungguh sedap..bak mai 4ketoi nk wat minum petang.
Maisarah dah sihat ke?kak lina nyer maisarah lak dmm,selmsema n batuk sekali.Ni ngah tido bleh lah jengok blog jap

Wattie said...

Assalamualaikum Naz,
Sedapnyaaaaa nampak serimuka durian tu, cantik jer kejadiannya...

Chik Mimi said...

Naz bestnya sermuka doyan pebret akak tp anak2 suka serimuka yg biasa tu

Mas said...

akak....terasa rasa lagi sedapnya serimuka doyan ni...

Nadz Nazharzan said...

izahdaud,

Aaahhh Izah..resepi ni sukat guna cawan dan sudu penyukat tu jer.. tu yg akak suka guna resepi ni.. Maleh den nak nimbang2...

Nadz Nazharzan said...

Kak Rose,

Buat la kak Rose..Nanti musim doyan abis.. heheheee...

Nadz Nazharzan said...

Nieza,

Jom2 kita tukar kuih kita...

Nadz Nazharzan said...

Nazrah Bakery,

Boleh..kalau dekat dah anto sepiring dah ni..heheheee

Nadz Nazharzan said...

lina_pg,

Kak, alhmdulillah Maisarah di sini dah sihat..Sian..Maisarah di sana pula demam yer.. Letih jugak kita ni bila yg kecil tu demam kan...

Nadz Nazharzan said...

Wattie,

Mmg sedap kuih ni... Wattie, kalau tak cantik kejadian kuih ni, tak letak kat sini.. heheheeee..

Nadz Nazharzan said...

Chik Mimi,

Tak pe chik mi, meh sini makan di rumah Naz...:))

Nadz Nazharzan said...

Mas,

Mmg pun mas.. Dah abis kuih ni cam terbayang2 lg kesedapannya...heheheee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...