Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, April 19, 2011

SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini tiba-tiba tekak rasa nak makan makanan yang berserai pula. Serai pula memang merimbun banyaknya di belakang rumah. Jadi masaklah menu sambal serai wangi bebola ayam ini untuk makan tengahari tadi.



Perhhhhh.. Memang sedapppppp sangat.. Encik hubby pun makan bertambah nampaknya sampai berpeluh-peluh.. Maklumlah sekarang musim panas di sini. Bau yang harum dari kombinasi serai dan daun limau purut turut membuka selera.

Kepada sesiapa yang ingin mencuba, dipersilakan. Resepinya ada di bawah ye.
   

SAMBAL SERAI WANGI BEBOLA AYAM

Bahan-bahan kisar :
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 30 batang cili kering (direndam)
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 6 batang serai (dihiris kasar)
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan lain :
  • 20 biji bebola ayam
  • 2 biji kentang (dibelah 12 - macam wedges tu)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 batang serai (hiris nipis)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1 tsp asam jawa + 1/4 cawan air
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorang kentang. Angkat dan toskan. Kemudian goreng bebola ayam seketika dan toskan.
  2. Tinggalkan sedikit minyak tadi untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar bersama bawang besar, hirisan serai, serai yang diketuk dan daun limau purut. Biar hingga kering.
  3. Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa.
  4. Masukkan bebola ayam dan kentang goreng tadi ke dalam kuali dan gaul rata. Sesuaikan rasanya. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi panas.
SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

Mas said...

akak..sedapnya sambal tu......
terliur mas..

Sari Yusa Ibrahim said...

mesti lawan2 tambah nasi tukan.. hehehe

Nieza said...

wahh sedapnya....nieza suka bebola ayam tu...suka ratah gitu jer...hehe

Cendana Kasih said...

waaa..bestnya..Irfan tentu suka..nk beli ball tu dulu ler...

a'in fajar said...

hai naz..mmm nmpk sedap n simple..ain mst nk try nnt tak penah wat lauk dr ball ayam..1 pembaharuan

suraya said...

Sedapnye sambal serai nih. Tak kiralah apa isinya..memang sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...