Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, April 5, 2011

KEREPEK PISANG



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Malam tadi MIL bagi 2 sisir pisang(tak tau nama pisang ni hehehe...Dah tau nanti Naz update..). Sesisir dah masak dan sesisir lagi masih muda. Jadi yang sesisir muda tu, Naz buat kerepek pisang. Dapatlah 2 botol kuih yang saiz besar tu. Resepi yang senang ni patutnya tak payah letak kan tapi tulis juga lah...

KEREPEK PISANG

Bahan-bahan :
  • Pisang muda 
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 tsp garam + 1/2 cawan air suam


Cara-cara :
  1. Lumurkan pisau dengan minyak masak untuk mengelakkan getah pisang dari melekat pada pisau.
  2. Kupas kulit pisang hingga habis.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Dengan menggunakan penyagat, sagat pisang tadi masuk ke dalam kuali. Masukkan 1 -2 tsp air garam. Balik-balikkan pisang agar masak sekata. Apabila telah kekuningan, angkat dan toskan. Sejukkan dulu sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Hahaha... senang je kan nak buatnya..Harus habis hari ni juga bila anak-anak balik dari sekolah nanti.

6 comments:

Nuridah said...

Assalamualaikum Naz,

Kak nur suker sekali kerepek pisang...1 balang tu pun boleh kasi habiss...sedap mengunyah....

intan morsalin said...

senang ajer rupanya wat krepek yer...kna try gak la nnti...ehe

Chik Mimi said...

Naz 1 baling pos ke Penang ye Naz

Mamasya said...

Naz...2 balang tu dah booking tau...suka kerepek pisang...selalu beli sbb anak2 pun suka. belum rajin nak buat sendiri.minggu lepas pergi pasar minggupun cari kerepek pisang sbb ada seorg kakak tu jual kerepek pisang yg sedap sbb baru buat tp dia tak jual pula...

Sari Yusa Ibrahim said...

wah! 1 sisir jer dpt byk cenggitu, best tu..

Anonymous said...

pisang apa yg sesuai digunakan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...