Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah beberapa kali tertangguh untuk mencuba puding ni. Tertarik sebab cara membuatnya yang mudah dan boleh dikaler-kalerkan puding ni.
Resepi asal dicipta oleh Kak Nor dari blog Secubit Garam. Ramai blogger-blogger yang dah mencuba puding ni. Semuanya mempamerkan hasil yang cantik di blog masing-masing.
Warna puding ni boleh ditukar mengikut kehendak si pembuatnya. Kalau nak tengok rupa asal puding ni dari penciptanya sila klik pada nama kak Nor ni. Kak Nor buat lagi cantik sebab ada 3-4 lapisan. Naz cuma buat 2 lapisan je. Nak cepat siap..heheheeeee...
Untuk resepinya, Naz copy & paste dari blog kak Nor. Halalkan ye kak Nor.. Naz tengah malas nak menaip ni..heheheeee..
PUDING BALQIS
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Kak Nor- Secubit Garam
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
Cara-cara :
- Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
- Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
- Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
- Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
SELAMAT MENCUBA!
20 comments:
amboiii kak..cantiknya puding tu berposing....
menarik....cantik berseri2 jerk puding tu..
pg2 dah mjamu mata ngan si manis ni...mmmm sedap!
*nak pinjam payung tu jap :)
wahh..bestnyer..cantik lak tu berpayung2.. =)
wah..cantik menarik tul Puding Balqis Naz ni..sedap kan lemak n xbrp manis..suka la yang pose ada payung n munge kecik tu...cute jerr
naz.. pinjam payung! panas terik kat sini ni hehe
Cantiknya puding Naz tu...siap posing dgn payung lagi...
Naz ,anak dah sihat ke...
wah...sangat teruja tgk puding Naz yg sungguh comey lagi tiut miut tu..siap pakai payung tu yg tak tahan tu...hehehe...
semua nak pinjam payung nih kak..bagi kite pudingnya aje cukup lah..hihi..
cantik la gambar puding akak nih..berseri2 jer..hehe
Cantik nya puding tu Naz, siap berpayung...maalum la skrg nie ngah musim panas...heheh...berseri2 tu...rasa mcm nak nga aje..
> Mas,
Heheheee.. terima kasih mas.. Saja posingkan dia cantik2 sblm kena ngap..
> Deliah's Deli,
Yup mmg sedap puding ni.. Nak pinjam payung tecik tu Del?? Kang basah gak kena hujan..heheheee..
Norul Mas Hana,
Tq Norul..
Kak lina_pg,
Aaah kak.. sebab tak berapa manis tu yg best.. Rasa lemak2 susu cair tu mmg best..
Kak Nor..
Heheheee...malulah sifu puding dah datang..
Nak pinjam payung kak Nor... Boleh tutup cahaya matahari ker tu?heheheee..
Mamasya,
Terima kasih kak.. Anak dah sihat.. alhamdulillah.. Tu yg sempat ummi dia posing2kan puding tu..:))
Mama2Q,
Hehehe... Bukan kita jer nak posing ciut miut time amik gmbr.. Puding pun nak jugak :))
HaSue,
Aaahh la sue.. Semua org sibuk nak payung jer.. Tak de siapa nak puding.. Akak bagi sue je lah..Nah amik...
Nurindah,
Heheheee... beri sedikit kelainan pada sentuhan gambar tu.. Tapi ok gak kan.. Nak makan eh...tp jgn makan komputer lak.. meh datang sini makan puding..:))
Wow, that's what I was searching for, what a stuff! existing here at this weblog, thanks admin of this web site.
My web-site Steinzeit Diät Rezepte
Keep this going please, great job!
My web blog Behandlung
Post a Comment